LONDON, 30 Julai 2013 /PRNewswire/ --
PANDUAN UK BAHARU PATUT MEMPERBAIKI AKSES PESAKIT UNTUK MIKROSFERA SIR-SPHERES® BAGI BARAH HATI PRIMER
Institut Kebangsaan UK untuk Kecemerlangan Kesihatan dan Klinikal (NICE) menerbitkan panduan bagi menyokong penggunaan rutin SIRT (Terapi Radiasi Dalaman Selektif) untuk rawatan pesakit dengan barah hati primer.[1] Keputusan ini merupakan berita baik untuk pesakit dengan bentuk barah hati primer yang paling biasa didapati, bernama karsinoma hepatoselular atau HCC, kerana mereka hanya mempunyai sedikit pilihan rawatan yang berkesan buat masa ini.
SIRT digunakan untuk rawatan tumor hati yang tidak boleh dibedah dan memerlukan jutaan mikrosfera radioaktif kecil disuntik ke dalam hati melalui arteri hepatik (bekalan darah). Setiap mikrosfera dilapisi dengan isotop radioaktif yang memancarkan gelombang beta bernama yttrium-90. Radiasi ini memberikan rawatan kepada sel tumor sambil memelihara sel hati normal. Mikrosfera SIR-Spheres, sejenis bentuk SIRT, telah diluluskan di Eropah pada tahun 2002 dan lebih 35,000 rawatan telah dibekalkan ke seluruh dunia. Lebih 500 pesakit telah menerima rawatan ini di Britain. Panduan NICE, yang dikeluarkan pada 24 Julai 2013, mengesahkan bukti saintifik keselamatan dan keberkesanan SIRT untuk pesakit dengan HCC kini dianggap sudah mencukupi, bermakna para pesakit Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang layak kini mempunyai akses yang lebih baik untuk rawatan itu.
Dr Harpreet Wasan, Perunding Pakar Onkologi di Hammersmith Hospital, Imperial College, berkata:
"SIRT ialah rawatan inovatif untuk para pesakit dengan tumor hati primer yang tidak boleh dibedah kerana hanya ada sedikit pilihan rawatan yang berkesan. Ini berita baik apabila NICE kini telah menerbitkan panduan yang menyokong bukti terbaharu tentang SIRT dalam HCC dan ini patut memastikan para pesakit yang sesuai boleh mengakses SIRT di NHS. Saya harap, hasilnya, 'preskripsi mengikut poskod' dan penangguhan rawatan kerana permohonan pembiayaan dan proses kelulusan yang lama takkan menjadi masalah lagi untuk merawat pesakit NHS layak dengan SIRT."
Tentang Karsinoma Hepatoselular
HCC sering berlaku kepada orang dengan hati yang sudah rosak teruk atau kebanyakan selnya sudah mati, biasanya kerana penyakit hati tersembunyi seperti jangkitan virus hepatitis terdahulu atau kerosakan hati yang berkaitan dengan alkohol. Penyakit ini adalah salah satu daripada sepuluh barah paling biasa ditemui di dunia, dengan hampir 750,000 kes didiagnosis setiap tahun, dan punca kematian akibat barah yang ketiga tertinggi.[2] HCC berlaku dengan kekerapan paling tinggi di rantau-rantau tempat hepatitis sering didiagnosis, seperti rantau Asia Pasifik dan Eropah Selatan.
HCC hanya boleh disembuhkan dengan pembedahan, sama ada dengan membuang atau memotong keluar bahagian hati yang sudah rosak, atau dengan pemindahan hati oleh seorang penderma. Namun semua kaedah intervensi ini tidak sesuai untuk kebanyakan pesakit, kerana jangka hayat mereka mungkin selama antara beberapa bulan hingga setahun atau dua tahun bergantung besar kepada keadaan hati mereka pada masa diagnosis dibuat dan tahap tumor dalam hati.
Untuk Maklumat Lanjut:
Mikrosfera SIR-Spheres diluluskan penggunaannya di Australia, Kesatuan Eropah (Tanda CE), New Zealand, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain untuk rawatan tumor hati yang tidak boleh dipotong keluar.
Mikrosfera SIR-Spheres juga mendapat kelulusan penuh FDA PMA dan diperlukan dalam AS untuk rawatan tumor hati metastatik yang tidak boleh dipotong keluar daripada barah kolorektal primer dengan gabungan kemoterapi intra arteri hepatik menggunakan floxuridine.
®SIR-Spheres ialah tanda dagang berdaftar Sirtex SIR-Spheres Pty Ltd.
Rujukan:
732-EUA-0713
SUMBER Sirtex Medical Limited