omniture

CGTN: Festival Chongyang: Legasi taat kepada ibu bapa bangsa Cina

CGTN
2021-10-14 20:20 140

BEIJING, 13 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Menghormati dan menjaga warga tua, terutamanya ibu bapa sendiri, dianggap sebagai satu legasi melalui peradaban China yang berusia 5,000 tahun lamanya. Konsep taat kepada ibu bapa bermula sejak 400 SM apabila ia disebut dalam karya-karya awal oleh ahli-ahli falsafah purba yang ternama.

Chongyang, atau Festival Kesembilan Berganda, diraikan pada hari ke-9 dalam bulan kesembilan pada kalendar Cina lunar yang jatuh pada 14 Oktober tahun ini. Ia telah lama menjadi hari untuk warga Cina menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kepada warga tua.

Anak-anak yang sibuk bekerja akan meluangkan masa di rumah untuk bertanyakan khabar saudara-mara yang lebih tua, dengan Presiden Cina Xi Jinping memimpin jalannya.

Xi, anak lelaki yang berbakti

Walaupun dengan jadual yang padat, Xi akan berjalan-jalan bersama ibu beliau, memegang tangannya, setiap kali beliau mempunyai masa terluang.

Menurut CMG, terdapat dua foto di atas rak buku beliau: satu foto beliau sedang berjalan di samping bapa beliau yang berkerusi roda dan ahli-ahli keluarga yang lain manakala satu lagi foto beliau berjalan-jalan bersama ibu beliau.

Rasa hormat terhadap warga tua telah menjadi salah satu sifat Xi, bukan sahaja kepada warga tua dalam keluarga beliau, tetapi seluruh masyarakat secara amnya.

Xi menyeru untuk menghormati veteran 

Pada tahun 1984, Xi, ketika itu merupakan setiausaha Jawatankuasa Daerah Zhengding Parti Komunis China (CPC) di Wilayah Hebei, utara China, menulis sebuah artikel yang menyebut "pegawai-pegawai muda dan pertengahan usia harus menghormati para veteran dalam membina hubungan kerjasama yang ikhlas, seterusnya saling bekerjasama dan memajukan kerja-kerja Parti."

Ketika itu, beliau menyeru agar lebih prihatin terhadap warga tua. Beliau mengosongkan bilik mesyuarat dan menukarkannya menjadi ruang rekreasi untuk warga emas. Di samping itu, beliau mengutamakan kemasukan mereka ke hospital dan menyelesaikan banyak kesukaran untuk warga tua.

Sepanjang kerjaya politik beliau, presiden Cina ini sentiasa memperjuangkan komitmen terhadap penjagaan warga emas. Detik-detik yang menunjukkan keprihatinan dan rasa hormat beliau terhadap warga emas adalah agak popular.

Sejak Kongres Nasional CPC ke-18 pada tahun 2012, Xi telah memberi beberapa arahan dan menerima pakai rancangan dan pengaturan yang relevan untuk membangunkan perkhidmatan penjagaan warga tua serta sistem pencen negara ini.

Semasa pemeriksaan domestik oleh beliau, Xi kerap melawat kemudahan penjagaan warga emas untuk memeriksa sekiranya dasar sokongan telah dilaksanakan dengan baik dan penghuninya diberi penjagaan yang sewajarnya.

Pembangunan sistem penjagaan orang tua dimasukkan dalam Rancangan Lima Tahun ke-13 dan menerima 13.4 bilion yuan (hampir $2 bilion) daripada belanjawan pusat antara tahun 2015 dan 2020.

Semasa Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025), China akan terus memperbaiki infrastruktur yang dapat membantu menyokong perkhidmatan penjagaan warga emas dan meningkatkan kualitinya. Menurut rancangan tersebut, perlindungan insurans lanjut usia asas negara ini akan mencecah 95 peratus menjelang tahun 2025, meningkat daripada 90 peratus pada tahun 2020.

Menurut banci penduduk ketujuh China yang dikeluarkan baru-baru ini, negara ini mempunyai 264 juta orang berumur 60 tahun ke atas dan 191 juta orang berumur 65 tahun ke atas, masing-masing mencakupi 18.7 peratus dan 13.5 peratus daripada jumlah penduduk.

https://news.cgtn.com/news/2021-10-13/-Chongyang-Festival-The-Chinese-legacy-of-filial-piety-14k7hkl3tS0/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service