omniture

EdHeroes Global Movement Berkembang ke Indonesia dan Asia, Bermatlamat Untuk Mewujudkan Paradigma Baharu dalam Dunia Pendidikan

EdHeroes Foundation
2021-10-14 21:36 63

JAKARTA, Indonesia, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pandemik COVID-19 telah membawakan perubahan yang drastik ke dalam semua aspek kehidupan harian kita, termasuk dunia pendidikan. Sekolah, universiti dan institusi pendidikan digesa untuk melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran. Walau bagaimanapun, ketika kita memasuki tahun kedua pandemik COVID-19, separuh daripada populasi pelajar di peringkat global masih terganggu dengan persekolahan secara jarak jauh yang berpotensi untuk menyebabkan hilangnya proses pembelajaran pelajar. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa dan keluarga turut menghadapi pelbagai cabaran. Di samping itu, pembangunan dunia digital dan aliran maklumat yang pantas menambahkan lagi kadar perubahan yang pesat dalam dunia pendidikan, yang menjadikan dunia ini semakin tidak mempunyai sempadan secara beransur-ansur. Kemudian persoalan mula timbul: Adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapinya?

EdHeroes Forum Asia. Indonesia Chapter
EdHeroes Forum Asia. Indonesia Chapter

 

Dilancarkan pada September 2021, EdHeroes Movement bermatlamat untuk mewujudkan sebuah rangkaian global bagi para individu, organisasi bukan berkeuntungan, perniagaan dan organisasi kerajaan dengan menyatukan pelbagai sumber yang dimiliki untuk meneroka dan merealisasikan penyelesaian baharu sebagai asas kepada cabaran yang dihadapi oleh bidang pendidikan di seluruh dunia. Lembaga Penasihat organisasi ini termasuk Cecilia Vaca Jones daripada Bernard van Leer Foundation (Belanda), Suchetha Bhat daripada Dream a Dream (India), Boris Bulayev daripada Educate (AS), Conrad Wolfram daripada Wolfram Research (UK), Peter Vesterbacka daripada Fun Academy (Finland), Francisco J. Marmolejo daripada Qatar Foundation (Mexico), Karen Giles daripada Varkey Foundation (UK), Shaun Conway daripada ixo Foundation (Switzerland), Mary Falk de Losada daripada World Federation of National Mathematics Competitions (Colombia) dan tokoh-tokoh terkenal yang lain dalam dunia pendidikan.

Suchetha Bhat berkata, "Kanak-kanak hari ini sedang menghadapi krisis yang tidak pernah berlaku sebelum ini di seluruh dunia dan sistem pendidikan kita tidak melengkapkan mereka untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh masyarakat. Sudah tiba masanya untuk membentuk semula matlamat pendidikan ke arah perkembangan, supaya kanak-kanak – terutamanya dari latar belakang yang kurang mementingkan pendidikan – dapat berkembang dalam dunia yang berubah dengan pantas dan tidak dapat diramal ini. Ini hanya boleh dilakukan apabila orang ramai dan komuniti dari seluruh dunia bekerjasama dan komited terhadap paradigma baharu dalam bidang pendidikan yang akan memberi manfaat kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan identiti sosial mereka. Ini adalah potensi EdHeroes Movement." Boris Bulyaev menambah: "Didik! Percaya kepada kehebatan kerjasama: daripada pasukan kami sendiri yang mereka bentuk bersama-sama dan menyampaikan penyelesaian kepada belia dengan kerajaan, sekolah dan golongan muda sendiri yang terlibat dalam inovasi sambil kami bekerjasama dengan organisasi bukan berkeuntungan, perniagaan, para penyelidik dan pemimpin inovasi dalam bidang pendidikan. EdHeroes Movement merupakan suatu pendekatan yang sangat penting dalam menangani cabaran yang kompleks dalam sektor kami. Hanya dengan melakukannya bersama-sama, kita dapat memenuhi keperluan hari ini dan mendorong impak yang paling besar kepada kanak-kanak, belia dan keluarga." Selain itu, menurut Cecilia Vaca Jones, "Pandemik ini telah menunjukkan betapa cepatnya pelbagai pihak berkepentingan dapat menyesuaikan diri dengan adanya empati, ketangkasan dan kreativiti. EdHeroes Movement akan menyokong dalam memastikan tindakan yang berterusan untuk menggalakkan akses kepada semua peluang yang boleh membantu kanak-kanak kecil berkembang maju. Kami berharap dapat bekerjasama untuk masa depan yang lebih sihat dan lebih adil terutamanya untuk bayi, anak kecil dan penjaga." Conrad Wolfram berkata: "Komputer telah merevolusikan fungsi masyarakat kita, kecuali dalam bidang pendidikan. Saya gembira menjadi sebahagian daripada usaha EdHeroes untuk mengubah perkara ini – bukan sahaja untuk memperbaiki cara tetapi juga untuk menetapkan semula apa yang dipelajari oleh pelajar dalam era AI."

Sebagai sebuah gerakan global, EdHeroes berkembang ke Asia dengan Indonesia menjadi negara tuan rumah pertama yang membuka siri EdHeroes di negara-negara Asia lain seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Thailand, Laos, Jepun, India, Taiwan dan Turki. Forum EdHeroes Asia: Cawangan Indonesia  akan diadakan di Jakarta, Indonesia pada 16 Oktober 2021, yang akan menampilkan para penceramah dari seluruh pelosok dunia seperti Osama Obeidat, QRTA (Jordan), Harry Patrinos, World Bank Education (AS), Fabien Roudier, IGSC (Jepun), Angkie Yudista, Penasihat Khas kepada Presiden Indonesia dan ramai lagi.

Dengan menggabungkan nilai-nilai asas kekeluargaan, perbincangan dan penyampaian dasar serta peraturan dengan pemikiran aktivis pendidikan dan ikon belia yang sentiasa aktif dalam menggalakkan literasi, Forum ini dijangka akan menjadi forum untuk ibu bapa, pelajar, pendidik, organisasi bukan keuntungan, usahawan yang terlibat dalam bidang pendidikan, para dermawan dan pemerintah pelbagai negara yang bergabung untuk mewujudkan ekosistem pendidikan global yang lebih baik.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1659242/EdHeroes_Foundation.jpg?p=medium600

 

 

Source: EdHeroes Foundation
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Children-related news Not for profit