omniture

Taiwan Innotech Expo 2021 fokus terhadap kemuncak teknologi dalam enam sektor penting

Fusionmedium
2021-10-14 23:21 76

TAIPEI, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Dunia pasca-pandemik sedang memasuki tempoh yang dicirikan oleh penstrukturan semula dan penggabungan. Future Tech Theme Pavilion (FUTEX) di Taiwan Innotech Expo (TIE) 2021 yang diadakan buat julung kalinya secara dalam talian oleh Kementerian Sains dan Teknologi (MOST), dengan sokongan Academia Sinica, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, memfokuskan kepada enam industri strategik yang penting: IT dan pendigitalan, keselamatan siber, rawatan kesihatan jitu, tenaga boleh diperbaharui dan lestari, pertahanan dan strategi negara serta hal ehwal orang awam dan kesediaan ketenteraan. Acara ini menjemput Pelbagai Ketua Pegawai Eksekutif daripada perniagaan yang telahpun kukuh untuk berkongsi secara dalam talian sudut pandangan unik mereka mengenai inovasi dan peluang pasaran dari perspektif industri.

Dengan populariti infrastruktur 5G yang semakin meningkat, keselamatan aset akan menjadi medan tempur global yang seterusnya

Sinergi antara AI, IoT dan awan serta banyak lagi teknologi baru muncul lain yang berkaitan dengan 5G menghasilkan pelbagai aplikasi rentas domain yang inovatif. Dengan populariti 5G, keselamatan aset telah menjadi isu kritikal yang tidak boleh diabaikan. Bagaimana institusi-institusi Taiwan memimpin industri-industri penting pulau ini bagi melaksanakan penyelesaian keselamatan maklumat yang dapat melindungi aset-aset tak nampak? Pengurus besar Trend Micro Hong Kong & Taiwan Bob Hung, serta pengasas bersama CyCraft Technology Jeremy "Birdman" Chiu berkongsi pandangan mereka mengenai penyelesaian yang menumpukan kepada pengurusan risiko keselamatan maklumat dan anti-penggodaman berpandukan AI.

Rawatan kesihatan dan teknologi bergabung bagi membuka laluan untuk peningkatan rawatan kesihatan jitu

Memandangkan masyarakat yang semakin meningkat usia mencetuskan permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan perubatan dan pengurusan penyakit kronik, rawatan kesihatan jitu telah menjadi trend yang tidak dapat dibalikkan di seluruh dunia. Beberapa institusi perubatan yang terkemuka menggunakan teknologi canggih untuk meningkatkan perkhidmatan rawatan kesihatan pintar dan hospital pintar mereka. Presiden Taipei Veterans General Hospital Wayne Huey-Herng Sheu, mengambil alih jawatan ini pada tahun ini, berkata bahawa beliau berhasrat untuk menjadikan rawatan kesihatan pintar sebagai tumpuan dalam peringkat pembangunan yang seterusnya di hospital tersebut, dengan matlamat untuk mencapai penggunaan puncak teknologi termaju yang menggabungkan rawatan kesihatan jitu dan data raya.

Sains dan teknologi membantu meningkatkan kekuatan ketenteraan dengan mempercepatkan transformasi industri pertahanan

Apabila melibatkan pertahanan dan strategi, Taiwan telah mengumpul banyak pengalaman hasil daripada pembangunan satelit FORMOSAT-5 dan gugusan satelit FORMOSAT-7, digabungkan dengan rantaian bekalan lengkap sedia adanya serta keupayaan pembuatan dalam sektor semikonduktor, elektronik komunikasi maklumat dan jentera jitu, bagi menjamin keupayaan yang berterusan kepada pulau ini untuk membangunkan dan mengeluarkan satelit serta bertindak sebagai tapak penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembuatan yang penting untuk komponen satelit global, komunikasi darat, terminal darat dan juga peralatan lain.

Individu-individu berpengaruh yang penting berkongsi pengalaman antarabangsa dari perspektif antarabangsa

Di Future Tech Theme Pavilion (FUTEX), eksekutif-eksekutif perniagaan antarabangsa yang terkemuka serta pakar-pakar akademik dijemput untuk berucap dari perspektif global. Pentadbir NASA Bill Nielson yang memimpin banyak projek penerokaan yang inovatif dan mampan, serta pengerusi Czech Space Alliance Petr Bares, tokoh penting dalam memajukan kolaborasi antara industri-industri aeroangkasa Czech dan Taiwan serta Christian Patouraux, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif pengendali satelit baru muncul Singapura, Kacific Broadband Satellites Group berkongsi pandangan mereka mengenai trend dalam sektor aeroangkasa global.

Maklumat Pameran
Tarikh: 2021/10/14-10/23
Ekspo Dalam-Talian TIE 2021: https://tievirtual.twtm.com.tw/
Ekspo Dalam-Talian FUTEX(Future Tech): https://reurl.cc/Rby4Ng
Laman Sesawang Rasmi FUTEX(Future Tech): https://www.futuretech.org.tw/futuretech/index.php
Facebook FUTEX(Future Tech): https://www.facebook.com/futuretech.org.tw/

Source: Fusionmedium
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Medical/Pharmaceuticals Telecommunications Trade show news