DUBAI, UAE, 30 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Jenama supperclub yang dikenali di seluruh dunia dari pusat kreatif Amsterdam secara rasminya membuka pintu ke sebuah alamat baharu di bandar kosmopolitan Dubai. Terletak di Jumeirah Zabeel Saray, resort mewah berilhamkan Tamadun Uthmaniyyah di Palm Jumeirah, supperclub Dubai secara rasminya ditambah kepada liga bandar global termasuk Istanbul, San Francisco, Los Angeles, dan London.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/630450)
Dengan konsep yang tiada tolok bandingan di rantau Timur Tengah, di supperclub Dubai, para tetamu boleh mengalami sebuah perjalanan mengasyikkan persembahan artistik yang dipadankan dengan sajian mewah ekletik dan muzik lounge bertaraf dunia, semuanya dijamin untuk memenuhi selera yang paling sukar dipuaskan sekalipun.
Yassin Matbouly, Pengasas dan Rakan Kongsi supperclub MENA, berkata: "supperclub Dubai akan mencipta semula landskap dan konsep gastronomi mewah, sambil menaikkan penanda aras sektor hospitaliti dan menyediakan pengalaman sajian dan hiburan yang paling unggul pernah dilihat di bandar itu."
Bert Van der Leden, kuasa pemikir francais supperclub, dan rakan kongsi syarikat yang memilikinya IQ Creative, menambah: "Apabila supperclub dilancarkan 20 tahun lalu di pusat kreatif Amsterdam, kami mahu mencipta sebuah tapak pertemuan yang memenuhi keperluan pemuzik, penulis dan artis prolifik. Cawangan di Dubai ini akan membawakan bakat-bakat industri seni, muzik dan kulinari menuju satu destinasi yang mengagumkan."
Terletak seluas dua tingkat dan menghadap pemandangan Dubai Marina, supperclub Dubai, memberikan para tetamu bercitarasa tinggi dengan santapan bagi kesemua deria dalam enam kawasan sajian dan hiburan termasuk: meja chef 'Salle Neige,' dan bilik emas indah 'Salle d'Or,' yang akan menyajikan hidangan daripada dapur 'busana', sementara minuman lazat daripada pakar pencampur minuman yang dikenali seluruh dunia akan dihidangkan di 'Balcony Noir,' 'Bar rouge' dan teres al fresco yang menawan.
Dengan memberi penghormatan kepada fenomena restoran rahsia yang akan berperanan sebagai tempat bersantai malam yang berprestij untuk golongan masyarakat kelas atasan rantau itu, supperclub Dubai, destinasi pertama francais global ini di Timur Tengah akan menerima kunjungan DJ antarabangsa dan tempatan, sambil menyediakan pentas pertunjukan seni persembahan yang meriah dan prolifik.
Untuk membuat tempahan atau untuk maklumat lanjut lawati http://www.supperclub.com, emel reservations@supperclubdubai.com atau hubungi +9714-451-1100. Tempahan dibuka sepanjang musim panas mulai 7 petang ke 3 pagi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Divya Khanna
ASDA'A Burson-Marsteller
+9714-4507-600
divya.khanna@bm.com
SUMBER supperclub MENA