omniture

Cloud4C mengumumkan pelantikan Debdeep Sengupta, bekas Pengarah Urusan SAP India sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Hasil

Cloud4C
2021-10-15 05:09 57

SINGAPURA dan HYDERABAD, India, 15 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Cloud4C, sebuah syarikat perkhidmatan terurus Awan global kumpulan CtrlS, telah mengumumkan pelantikan Debdeep Sengupta sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Hasil. Debdeep merupakan seorang yang berpengalaman dalam industri dan telah mewujudkan piawaian penanda aras dan pertumbuhan lestari dalam industri Teknologi Maklumat India, yang telah membawa perniagaan ke kemuncak kejayaan, mewujudkan nilai pemegang saham yang berdaya tahan dengan menggabungkan pemahaman yang mendalam tentang perbezaan budaya yang wujud dalam organisasi global.

Debdeep_Sengupta_Cloud4C
Debdeep_Sengupta_Cloud4C



Beliau menyertai Cloud4C daripada SAP India, di mana beliau memainkan peranan penting sebagai Presiden dan Pengarah Urusan SAP India dan Asia Selatan dan juga merupakan sebahagian daripada Pasukan Eksekutif Kanan SAP di Asia Pasifik & Jepun. Sebelum menyertai SAP, Debdeep memegang pelbagai jawatan kepemimpinan dan Pengurusan jualan dalam syarikat multinasional global – iaitu IBM dan Digital Equipment Corporation, yang akhirnya bergabung dengan HP.

Sridhar Pinappureddy, Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Cloud4C berkata, "Debdeep ialah seorang ahli strategi yang sempurna dan pemimpin yang memupuk kerjasama, pertumbuhan serta inovasi dan merupakan seorang yang mementingkan pelanggan." Beliau menambah lagi, "Debdeep sememangnya merupakan penambahan yang penting kepada pasukan kepemimpinan kami. Pengalaman beliau yang kaya dalam mengendalikan silang disiplin, rantau dan teknologi akan memberikan nilai yang luar biasa kepada pasukan pengurusan dan operasi kami di seluruh dunia. Saya mengalu-alukan kedatangan beliau ke dalam keluarga Cloud4C dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau."

Cloud4C ialah pemain perkhidmatan terurus Awan terkemuka di Dunia dengan penampilan di 25 buah negara dan 52 buah lokasi serta memberi perkhidmatan kepada 60 buah syarikat Multinasional Global Fortune 500 dan dianggap sebagai salah satu penyedia perkhidmatan yang paling inovatif untuk penggunaan awan Hiperskala seperti AWS, Google Cloud dan Microsoft Azure, selain ekosistem awannya sendiri. Syarikat ini menawarkan penyelesaian awan industri khusus seperti awan komuniti perbankan, awan komuniti pembuatan, awan komuniti insurans, automasi proses robotik (RPA), penghijrahan awan, pemodenan infrastruktur, automasi hiper, penyelesaian ruang kerja digital (DAAS/VDI), DevOps, AIOps, DRaaS, perkhidmatan awan terurus dan lain-lain.

"Saya gembira dapat menyertai Cloud4C, peneraju dunia yang baru muncul dalam perkhidmatan terurus awan dan salah sebuah syarikat teknologi yang paling pesat berkembang," kata Debdeep Sengupta. Beliau menambah lagi, "Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan yang bersemangat di Cloud4C dan membangunkan penyelesaian inovatif untuk pelanggan, memupuk pertumbuhan, mewujudkan nilai pemegang saham dengan meraih keuntungan yang sihat."

Debdeep Sengupta akan memainkan peranan penting dalam mempercepat pertumbuhan, jejak global, meningkatkan bahagian pasaran dalam pasaran strategik utama di seluruh dunia dengan sasaran pertumbuhan syarikat sebanyak 3 kali ganda dalam tempoh lima tahun akan datang.

Tentang Cloud4C 

Cloud4C merupakan Penyedia Perkhidmatan Terurus Awan terkemuka di dunia yang memberikan perkhidmatan kepada 4,000 pelanggan di 25 buah Negara dan 50 lokasi termasuk 60 buah Syarikat Multinasional Global Fortune 500. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan awan (awam, swasta, hibrid) dan awan komuniti (Awan Komuniti Perbankan, Awan Komuniti SAP), penghijrahan awan pada hiperskala antaranya seperti AWS, Microsoft Azure, Google Cloud, perkhidmatan diuruskan awan yang lengkap, perkhidmatan pemulihan bencana dan perkhidmatan keselamatan terurus. Syarikat ini diperakui sebagai Tempat Hebat yang untuk Bekerja.

Hubungan Media:
B.S.Rao
Naib Presiden dan Ketua Global (Perhubungan Awam dan Komunikasi)

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1198268/Cloud4C_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1659227/Debdeep_Sengupta_Cloud4C.jpg?p=medium600

 

Source: Cloud4C
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements