omniture

YuppTV Memperoleh Hak Penyiaran Eksklusif Untuk Piala Dunia T20 Lelaki ICC Tahun 2021 Bagi Benua Eropah Dan Rantau Asia Tenggara*

YuppTV
2021-10-15 05:59 57

- Siri ini akan disiarkan pada platform di 70 buah negara bermula dari 17 Oktober hingga 14November 

ATLANTA, 15 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- YuppTV, platform OTT terkemuka di dunia bagi kandungan Asia Selatan telah mengumumkan bahawa ia telah memperoleh hak penyiaran eksklusif untuk Piala Dunia T20 Lelaki ICC Tahun 2021. 45 perlawanan T20 semasa siri ini yang dianjurkan di 2 buah negara akan disiarkan kepada para pengguna di 70 buah negara bermula dari 17 Oktober hingga 14 November. Uday Reddy, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif YuppTV mengulas tentang perkembangan ini - "Dengan pangkalan peminat dan minat yang tinggi terhadap sukan kriket, Piala Dunia T20 Lelaki ICC merupakan salah sebuah acara sukan yang paling dinanti-nantikan di seluruh dunia. YuppTV bermatlamat dan komited untuk menyampaikan acara ini kepada semua peminat fanatik kriket melalui bidang kemahiran kami serta menyumbang kepada pertumbuhan penonton dan peminat kriket. Acara ini juga akan membantu kami meningkatkan tontonan di wilayah yang berbeza di pelbagai negara."

YUPPTV BAGS BROADCASTING RIGHTS FOR ICC MEN’S T20 WORLD CUP 2021 FOR 70 COUNTRIES
YUPPTV BAGS BROADCASTING RIGHTS FOR ICC MEN’S T20 WORLD CUP 2021 FOR 70 COUNTRIES

"Kami teruja untuk meneruskan kerjasama jangka panjang kami dengan YuppTV bagi memacu penglibatan dan populariti Piala Dunia T20 Lelaki ICC. Platform ini menyediakan jangkauan global yang luar biasa dan kami berharap dapat menyediakan semua peminat kriket dengan liputan bertaraf dunia dan pengalaman tontonan yang dipertingkatkan di seluruh rantau," kata Harry Griffith, Ketua Pensindiketan, Star TV Network.

Perlawanan T20 yang dijadualkan akan berlangsung di Dubai, Sharjah, Abu Dhabi dan Oman ini akan disiarkan di 70 buah negara di seluruh wilayah – Benua Eropah dan Asia Tenggara (*kecuali Singapura dan Malaysia).

Dengan menyampaikan salah satu siri kejuaraan kriket yang amat dinanti-nantikan kepada para peminat di pelbagai negara, YuppTV akan menambah lebih ramai penonton ke platform miliknya yang memberikan pengalaman terbaik perlawanan dengan suasana stadium di rumah mereka.

Tentang YuppTV
YuppTV merupakan salah sebuah penyedia perkhidmatan TV berasaskan Internet dan Atas Permintaan yang terbesar di dunia untuk kandungan Asia Selatan yang menawarkan lebih 250 buah saluran TV , lebih 3,000 buah Filem dan lebih 100 buah Rancangan TV dalam 14 bahasa. YuppTV menerima pembiayaan daripada Emerald Media baru-baru ini, sebuah platform Pan Asia yang ditubuhkan oleh firma pelaburan global terkemuka KKR untuk melabur dalam sektor media dan hiburan, dengan Emerald Media memperoleh saham minoriti yang signifikan dalam syarikat tersebut sebanyak USD50 juta. YuppTV kini berada di kedudukan nombor #1 sebagai platform TV Internet Berbayar untuk rakyat India yang tinggal di luar negara.

Sila layari  https://www.yupptv.com/cricket untuk maklumat lanjut.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1659298/ICC_T20_World_Cup_YuppTV.jpg?p=medium600

Source: YuppTV
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements