omniture

Uma Thurman Menerajui Sambutan Sedunia Kalendar Campari 2014

Gruppo Campari
2013-07-31 14:44 147

MILAN, 31 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Bintang filem ikonik Uma Thurman diumumkan sebagai bintang utama dalam Kalendar Campari dan Koto Bolofo sebagai jurugambar

Hari ini, Campari® dengan rasminya mengumumkan Uma Thurman sebagai bintang Kalendar Campari 2014, yang akan diabadikan oleh jurugambar fesyen terkenal Koto Bolofo. Pelakon ikonik dan lain daripada yang lain itu menerajui dalam edisi 2014 Kalendar itu yang bertajuk 'Sambutan Sedunia', dengan setiap bulan menumpukan kepada satu festival unik daripada beberapa budaya berbeza seluruh dunia. Melalui tema baharu yang menarik ini, Campari ingin menekankan pengglobalan budaya seluruh dunia berbanding sebelum ini, dan menafsirkan semula setiap sambutan melalui semangat yang berunsur keghairahan, gaya dan karisma.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/630486-a )

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/630486-b )

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/630486-c )

Uma, yang pernah membintangi beberapa filem pecah panggung berprofil tinggi seperti Pulp Fiction dan Kill Bill, mengikuti jejak langkah heroin Kalendar Campari sebelum ini, termasuk pelakon bergaya dan bersemangat tinggi Salma Hayek, Eva Mendes, Jessica Alba, Milla Jovovich dan Penelope Cruz.

Tentang membintangi Kalendar Campari 2014, Uma Thurman memberi komen:

"Menjadi sebahagian daripada projek yang begitu dikenali di peringkat global untuk satu jenama ikonik seluruh dunia adalah satu nikmat. Saya sendiri mengagumi tema tahun ini kerana saya boleh berkongsi perjalanan seluruh dunia untuk penemuan, keghairahan dan gaya bersama para penggemar Campari seluruh dunia. Setiap bulan, intipati sebenar 'sambutan sedunia' digarap begitu indah oleh Koto, seorang jurugambar terkemuka dengan citarasa tinggi bagi mencipta imej yang menarik, merangsang dan benar-benar dinamik."

Koto Bolofo ialah jurugambar terbaharu yang menangkap gambar untuk Kalendar Campari, bagi edisinya yang ke-15. Dilahirkan di Afrika Selatan, dibesarkan di Great Britain dan kini menetap di Perancis, Bolofo ialah penduduk dunia sebenar, dan ini membolehkan beliau menjelmakan tema Kalendar itu dengan lebih baik. Bolofo dikenali dengan potret-potret beliau yang berkuasa, penggambaran fesyen inovatif dan pelbagai filem pendek. Beliau telah menangkap gambar bagi beberapa penerbitan berprofil tinggi termasuk Vogue, Vanity Fair dan GQ, dan telah mencipta kempen-kempen pengiklanan untuk jenama-jenama mewah seperti Louis Vuitton dan Dior.

Bolofo dikenali dengan pemerhatian tajam beliau untuk imej yang hidup dan dinamik, yang akan beliau gunakan bagi menawarkan jendela dunia kepada para penggemar Campari seluruh dunia dalam Kalendar 2014.

Tentang tugas penggambaran beliau untuk Kalendar Campari 2014, Koto Bolofo memberi komen: "Etos Campari yang sentiasa ingin mewujudkan imej yang menawan dan berkuasa untuk Kalendarnya yang dikenali seluruh dunia padan sempurna dengan matlamat  saya dalam semua karya yang saya hasilkan. Bekerja dalam projek ini dengan aktres jelita dan berbakat seperti Uma Thurman merupakan satu penghormatan untuk saya dan memberi saya peluang untuk melangkaui sempadan Kalendar itu dan menggarap semangat dan gaya yang berpusatkan tema tahun ini yang penuh inspirasi."

Bob Kunze-Concewitz, Ketua Pegawai Eksekutif Gruppo Campari, memberi komen: "Legasi Kalendar Campari yang tiada tolok bandingan bersedia untuk meneruskan tahun ini dengan sasaran untuk memberi imej yang lebih segar dan penuh inspirasi. Sekali lagi, sempadan akan dilangkaui bagi merangsang daya imaginasi orang ramai dengan perjalanan penemuan setiap bulan bagi menerokai sambutan seluruh dunia, dan tema tahun ini memang begitu sesuai untuk itu. Dengan ini, kami tidak sabar-sabar lagi untuk mengeluarkan Kalendar 2014 kami lewat tahun ini."

Tentang Campari

Campari ialah satu minuman klasik yang kontemporari dan berkarisma. Resipi rahsianya, yang kekal tidak berubah, berasal dari Novara pada tahun 1860 dan merupakan asas untuk beberapa koktel paling dikenali seluruh dunia. Campari ialah arak beralkohol yang didapati daripada seduhan herba pahit, tumbuh-tumbuhan aromatik dan buah-buahan dalam alkohol dan air. Dengan warna merah menyalanya, aroma yang menusuk dan perisa yang penuh inspirasi, Campari telah menjadi simbol tarikan minat dan kenikmatan, yang menjelmakan satu pengalaman penghilang dahaga yang menawan hati. Nilai-nilai ini membuat jenama Campari terkenal seluruh dunia sebagai satu ikon gaya dan kecemerlangan Itali yang penuh keghairahan.

Nikmati Campari dengan berhemah

Hubungan Media:

International Media Contact

Pautan berkaitan:

http://www.campari.com - http://www.facebook.com/campari - http://www.camparigroup.com

Sumber: Gruppo Campari

Source: Gruppo Campari
Keywords: Entertainment Trade show news