omniture

Keputusan Separuh Tahun 2013: Union Bancaire Privee Tingkatkan Pendapatan Bersih Sebanyak 10%

UBP Union Bancaire Privee
2013-07-31 14:49 154

GENEVA, 31 Julai 2013 /PRNewswire/ --

  • Union Bancaire Privee, UBP SA (UBP) mengumumkan peningkatan sebanyak 10% dalam keuntungan bersih disatukan berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, daripada CHF 70 juta pada bulan Jun 2012 ke CHF 77.2 juta (USD 81.6 juta) pada hujung bulan Jun tahun ini.
  • Aset di bawah pengurusan berjumlah CHF 81.1 bilion (USD 85.7 bilion) setakat 30 Jun 2013, dibandingkan dengan CHF 80 bilion pada hujung tahun 2012. Peningkatan ini merupakan hasil pengaliran masuk bersih wang baharu daripada klien persendirian dan institusi, tetapi tidak termasuk aset daripada pemerolehan, yang diumumkan pada hujung bulan Mei 2013, daripada aktiviti perbankan persendirian antarabangsa Kumpulan Perbankan Lloyds, yang akan disepadukan apabila persetujuan itu dimeterai (pada 31 Oktober 2013).
  • Bank itu mengekalkan tapak kewangan yang kukuh hasil pendekatannya yang berhati-hati terhadap pengurusan risiko dan pemerhatian tajamnya terhadap kunci kira-kira. Dengan nisbah Tingkat 1 melebihi 30%, UBP merupakan salah satu bank Switzerland yang dimodalkan paling baik.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/630313 )

Peningkatan dalam aset di bawah pengurusan dan pendapatan bersih

Dalam separuh tahun pertama 2013, UBP meletakkan pendapatan bersih sebanyak CHF 77.2 juta, sebuah peningkatan sebanyak 10% berbanding hasil separuh tahun yang lepas (CHF 70 juta). Angka hujung bulan Jun untuk aset di bawah pengurusan adalah CHF 81.1 bilion; ini tidak termasuk aset daripada pemerolehan, yang diumumkan pada hujung Mei 2013, daripada aktiviti perbankan persendirian antarabangsa Kumpulan Perbankan Lloyds, yang akan disepadukan apabila persetujuan itu dimeterai (pada 31 Oktober 2013).

Pendapatan adalah sejumlah CHF 349.4 juta (USD 369.3 juta) daripada separuh tahun lepas, meningkat daripada CHF 344.5 juta tahun sebelumnya. Peningkatan sebanyak 11% dalam fi dan komisyen, kepada CHF 233.4 juta (USD 246.7 juta), menyeimbangkan semula kejatuhan dalam margin faedah. Perbelanjaan pengendalian dikawal ketat, dan telah jatuh sebanyak 11% berbanding hujung Jun 2012, kepada CHF 232.2 juta (USD 245.5 juta), lalu membawa nisbah kos/pendapatan disatukan Kumpulan itu menjadi 66% (jatuh berbanding 76% setahun lalu), walaupun dengan tekanan kuat yang kini dirasai oleh margin dalam industri perbankan.

Asas kewangan kukuh

Kunci kira-kira menghasilkan jumlah CHF 18.8 bilion (USD 19.9 bilion). Secara keseluruhan, kunci-kira-kira kekal stabil dan sangat cair. Dengan menggunakan pendekatan konservatif terhadap pengurusan risiko, UBP mampu mengekalkan tapak kewangan kukuh serta kunci kira-kira yang kuat dan seimbang. Dengan nisbah Tingkat 1 melebihi 30%, UBP merupakan salah satu bank Switzerland yang dimodalkan paling baik.

Pembangunan strategik

Dalam separuh tahun pertama 2013, dirangsangkan dengan lantunan pasaran dan pacuan jualan produknya yang diperbaharui, UBP mampu memperkukuhkan kedudukannya dengan klien persendirian dan institusi, bukan hanya di Switzerland, tetapi juga dalam pasaran memuncul. UBP percaya pasaran kewangan Switzerland mempunyai kekuatan dan kualiti sebagai pusat pengurusan kekayaan bagi menyediakan kliennya dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam zaman perubahan peraturan ini.

Tentang Union Bancaire Privee (UBP)

UBP ialah salah satu peneraju bank persendirian Switzerland dan antara yang mempunyai permodalan terbaik, dengan nisbah Tingkat 1 sebanyak 32.9%. Bank itu berkepakaran dalam bidang pengurusan kekayaan untuk klien persendirian dan institusi. Ia berpusat di Geneva dan menggajikan 1,250 orang di dua puluh lokasi seluruh dunia; ia mempunyai CHF 81.1 bilion (USD 85.7 bilion) dalam nilai aset di bawah pengurusan setakat 30 Jun 2013.

http://www.ubp.com

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Jerome Koechlin - Ketua Komunikasi: Tel. +41-58-819-26-40, emel jko@ubp.ch

http://www.ubp.com

SUMBER  UBP Union Bancaire Privee

Source: UBP Union Bancaire Privee
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Earnings