omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan tahunan ke-6 Forum Kebudayaan Dunia Taihu bermula di Anhui, Timur China untuk bersama-sama galakkan pembelajaran antara tamadun

Xinhua Silk Road
2021-10-16 05:35 482

BEIJING, 16 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Dengan tema "Saling mempelajari antara tamadun-tamadun: Bersama-sama membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia," persidangan tahunan keenam Forum Kebudayaan Dunia Taihu ini bermula pada hari Selasa di Bandar Bengbu, Wilayah Anhui, timur China yang mana pakar-pakar dan para pegawai dari serata dunia berhimpun untuk berkongsi pandangan dan pendapat mengenai tamadun-tamadun antara budaya-budaya yang berbeza.

Foto diambil pada 12 Oktober 2021 menunjukkan persidangan tahunan keenam Forum Kebudayaan Dunia Taihu yang diadakan di Bengbu, Wilayah Anhui, timur China.
Foto diambil pada 12 Oktober 2021 menunjukkan persidangan tahunan keenam Forum Kebudayaan Dunia Taihu yang diadakan di Bengbu, Wilayah Anhui, timur China.

Wang Chen, anggota Biro Politik Parti daripada Jawatankuasa Pusat Komunis China (CPC) dan naib pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, berucap di forum tersebut dengan menyatakan bahawa usaha China dalam mengukuhkan dialog serta pertukaran antara tamadun-tamadun selain menggalakkan pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia menunjukkan sepenuhnya kesungguhan teguh China dan keinginan yang tulus untuk mematuhi kepelbagaian budaya serta kerjasama yang saling menguntungkan.

Wang Chen turut menganjurkan agar negara-negara dan budaya-budaya yang berbeza di dunia mematuhi prinsip pembangunan saling hormat menghormati dan mencapai pertumbuhan bersama melalui perbincangan dan kerjasama.

Sebagai forum kebudayaan antarabangsa peringkat tinggi yang dimulakan oleh China, Forum Kebudayaan Dunia Taihu harus memainkan peranan penting dalam meningkatkan dialog serta pertukaran budaya dunia dan saling mempelajari antara tamadun-tamadun, tambah Wang.

Zheng Shanjie, Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Anhui CPC berucap di forum tersebut dengan menyatakan bahawa Wilayah Anhui memiliki sejarah yang panjang dan akan menjadi utusan pertukaran budaya yang baik serta memainkan peranan yang lebih besar dalam menggalakkan dialog serta pertukaran antara tamadun-tamadun yang berbeza.

Hampir 500 delegasi dari lebih daripada 30 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam mesyuarat tahunan ini dalam bentuk dalam talian serta luar talian. Antaranya, Romano Prodi, bekas perdana menteri Itali dan presiden kehormat forum tersebut untuk menyampaikan ucapan melalui video.

Pautan Asal: https://en.imsilkroad.com/p/324263.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Trade show news