omniture

Fon Kepala Pintar Yang Terhubung secara Sosial Pertama di Dunia akan Memasuki Pasaran pada Tahun 2013

Muzik
2013-07-31 20:57 133

- Muzik Bersedia untuk Mempertingkatkan Cara Pengguna Berhubung, Menemui dan Berkongsi Muzik

PANTAI MIAMI, Florida, 31 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Hari ini merupakan hari fon kepala menjadi "pintar" dengan pelancaran Muzik, sebuah syarikat inovatif yang diilhamkan untuk mengubah cara muzik dialami. Muzik, diasaskan oleh pembawa pembaharuan teknologi pemecah pasaran, Jason Hardi, merintis ruang baharu yang bernama Social Smartware, nama yang dicipta bagi menggambarkan hubungan lancar peranti elektronik pengguna, kandungan dan platform media sosial bagi membuatkan muzik boleh ditemui serta-merta dan boleh dikongsi dengan cara mudah. Muzik melancarkan rangkaian penuh produk audio pintar yang diselaraskan dengan ekosistem Muzik mudah alih mereka yang akan mengaktifkan gelombang baharu inovasi dalam ruang fon kepala.

(Logo:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130729/NY54513LOGO-a )

(Foto:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130729/NY54513-b )

(Foto:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130729/NY54513-c )

(Foto:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130729/NY54513-d )

Rangkaian produk Muzik yang bakal menggegarkan industri termasuklah produk rekaan tangan mereka: fon kepala tanpa wayar dalam telinga yang pintar dan menggabungkan audio fideliti tinggi dalam rekaan ringkas dan anggun dengan kawalan sentuhan kapasitif yang canggih. Ini merupakan fon kepala pertama di dunia yang membenarkan pengguna berkongsi dalam komuniti mereka muzik yang mereka dengar di Facebook dan Twitter atau hantarkan lagu serta-merta ke mana-mana sahaja di dunia.

"Walaupun industri muzik pernah menghadapi cabaran, kemajuan teknologinya juga mencipta banyak peluang, yang direbut oleh Muzik bagi mencipta kategori yang baharu sepenuhnya," kata Jason Hardi, pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Muzik. "Fon kepala bukan lagi sekadar untuk mendengar muzik atau bercakap dalam telefon – fon kepala kami akan mempertingkatkan cara kita menemui, berkongsi, mendengar dan mengalami muzik secara sosial. Ditambah kepada penerokaan muzik, saya tidak sabar-sabar lagi untuk bekerja dengan komuniti pembangun bagi mencipta aplikasi hebat yang mempergunakan kelebihan fon kepala pintar."

"Selepas projek fon kepala terakhir saya, saya melihat kemajuan dan pembaharuan yang ketinggalan dalam ruang fon kepala, jadi saya mula mencipta sebuah fon kepala yang akan membawa keterhubungan sebenar dan memberi kawalan kepada pengguna. Sambil saya menghidupkan Muzik, saya tahu saya perlu seseorang yang memahami wawasan saya, mempunyai daya kepakaran perniagaan yang tajam dan pemahaman mendalam industri ini," tambah Hardi. "John Cawley sudah tentulah menjadi pilihan utama dengan rekod prestasinya yang cemerlang dengan mengendalikan pengendalian jutaan dolar dana persekitaran keusahawanan dan pengalaman selama satu dekad dalam industri muzik."

John Cawley, Ketua Pegawai Strategi dan Naib Pengerusi Muzik, menyertai Muzik selepas memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi dengan jayanya di Music World Entertainment, atau lebih dikenali sebagai syarikat pengurusan untuk Beyonce dan Destiny's Child.  

"Kami bukan sekadar satu lagi syarikat fon kepala dalam ruang audio," kata Cawley. "Kami ialah syarikat teknologi boleh pakai yang menghasilkan fon kepala pintar serta aksesori. Wawasan Jason begitu genius dan fokus tunggal kami ialah menyertai barisan syarikat inovatif lain di dunia -- Apple, Google, Microsoft, Nike dan Samsung – dalam salah satu sektor paling terkenal zaman ini, teknologi boleh pakai dan peranti terhubung."

"Kami jelas dengan wawasan kami," sambung Cawley lagi. "Kami akan menumpukan kepada pembangunan produk dan pembinaan portfolio paten sambil kami terus membina produk-produk canggih dengan pengalaman pengguna yang menarik."

Hardi dan Cawley telah bersama-sama membina Muzik sepanjang tahun lepas, mencipta perkakas utuh dan rangkaian produk perisian serta merekrut pasukan penjana idea termasuklah para peneraju industri, pelabur dengan kenalan luas dan rakan kongsi strategik yang berpandangan jauh yang berazam untuk memberikan pengguna pengalaman mendengar muzik interaktif yang dipertingkat.

Fon kepala Muzik dan produk berkaitan lain akan berada di pasaran dalam suku tahun keempat tahun 2013. Prajualan untuk produk Muzik akan diumumkan tidak lama lagi. Lawati kami di www.muzikofficial.com dan melalui media sosial @MuzikOfficial

TENTANG MUZIK

Muzik, yang diasaskan oleh Jason Hardi, ialah syarikat teknologi yang merintis ruang baharu bernama Social Smartware. Misi Muzik ialah mencipta fon kepala terpintar dunia, yang direka untuk telefon Pintar, yang menggabungkan teknologi canggih, dengan platform perisian utuh, yang menghubungkan orang ramai melalui media sosial. Temui Muzik dalam talian di www.muzikofficial.com dan melalui media sosial @MuzikOfficial.

Source: Muzik
Keywords: Consumer Electronics Entertainment Internet Technology Music Social Media New products/services