omniture

Novavax akan Menyertai Kongres Vaksin Sedunia Eropah

Novavax, Inc.
2021-10-16 22:47 220

GAITHERSBURG, Maryland, 16 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX), sebuah syarikat bioteknologi yang mengkhusus dalam pembangunan dan pengkomersialan vaksin generasi seterusnya untuk penyakit berjangkit yang serius, hari ini mengumumkan bahawa Vivek Shinde, M.D., Naib Presiden Pembangunan Klinikal akan menyampaikan pembentangan semasa Kongres Vaksin Sedunia Eropah 2021. Topik Perbincangan ialah tentang Vaksin Gabungan COVID-NanoFlu™ Novavax yang menggabungkan calon vaksin NanoFlu™ dan COVID-19 berasaskan protein nanopartikel rekombinan dengan adjuvan Matrix-M™ syarikat dalam suatu formulasi tunggal.

Butiran sesi ini adalah seperti berikut:

Tarikh:

Rabu, 20 Oktober 2021

Masa:

11:30 pagi – 12:00 tengahari Waktu Eropah Tengah (CET) /
5:30 pagi – 6:00 pagi Waktu Siang Timur (EDT)

Tajuk:

Maklumat Terkini tentang pembangunan Vaksin Gabungan NanoFlu COVID-19 dan vaksin NanoFlu Novavax

Peserta dari Novavax:

Vivek Shinde, M.D., Naib Presiden Pembangunan Klinikal

Untuk maklumat lanjut atau mendaftar, sila layari laman web Kongres.  

Tentang Novavax
Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX) ialah sebuah syarikat bioteknologi yang mempromosikan kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia melalui penerokaan, pembangunan dan pengkomersialan vaksin inovatif untuk mencegah penyakit berjangkit yang serius. Platform teknologi rekombinan proprietari syarikat ini menggabungkan kuasa dan kepantasan kejuruteraan genetik untuk menghasilkan nanopartikel imunogenik tinggi yang cekap yang direka untuk menangani keperluan kesihatan global yang penting. Novavax sedang menjalankan ujian klinikal peringkat akhir untuk NVX-CoV2373 iaitu calon vaksin terhadap SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19. NanoFlu™ yang merupakan vaksin nanopartikel kuadrivalen influenza syarikat ini, telah memenuhi kesemua objektif utama dalam percubaan klinikal Tahap 3 yang penting pada orang dewasa yang lebih tua. Kedua-dua calon vaksin menggabungkan adjuvan Matrix-M™ berasaskan saponin proprietari Novavax untuk meningkatkan tindak balas imun dan merangsang antibodi peneutralan pada tahap yang tinggi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.novavax.com dan berhubung dengan kami di Twitter dan LinkedIn.

Sila hubungi:

Para pelabur
Novavax, Inc.
Erika Schultz | 240-268-2022
ir@novavax.com

Solebury Trout
Alexandra Roy | 617-221-9197
aroy@soleburytrout.com

Media
Ali Chartan | 240-720-7804
Laura Keenan Lindsey | 202-709-7521
media@novavax.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1506866/Novavax_High_Res_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Novavax, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:NVAX
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Trade show news Future Events