omniture

CCTV+: Inisiatif Bersama Penyiar mengenai Perlindungan Biodiversiti Dilancar

CCTV+
2021-10-18 08:46 290

BEIJING, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Tatkala mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) diadakan di Kunming mulai 11 hingga 15 Oktober, National Radio and Television Administration (NRTA) China, Asia-Pacific Broadcasting Union, Arab States Broadcasting Union, African Union of Broadcasting dan European Broadcasting Union bersama-sama mengumumkan pelancaran Inisiatif Bersama Perlindungan Biodiversiti pada 15 Oktober.

Inisiatif Bersama ini menyeru penyiar global dan golongan profesional media elektronik untuk memenuhi komitmen mereka terhadap perlindungan biodiversiti dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa dalam pelaporan berita, penerbitan program dan pertukaran bersama untuk memberi sumbangan yang positif bagi memajukan tamadun ekologi dan membina masa depan yang dikongsi bersama untuk semua hidupan di bumi ini.

Inisiatif Bersama untuk Perlindungan Biodiversiti Dilancar
Inisiatif Bersama untuk Perlindungan Biodiversiti Dilancar

Meng Dong, Naib Menteri NRTA dan Li Malin, Naib Gabenor Wilayah Yunnan menghadiri dan berucap di majlis pelancaran Inisiatif ini. Melissa Fleming, Penolong Setiausaha Agung PBB untuk Komunikasi Global dan ketua-ketua ABU, ASBU dan EBU menyampaikan ucapan video untuk acara tersebut.

Perkara-perkara penting dalam Inisiatif ini adalah seperti berikut:

Semua Pihak:

Mengambil maklum sepenuhnya bahawa biodiversiti global sedang mengalami krisis yang belum pernah terjadi sebelum ini; Bersetuju sebulat suara bahawa umat manusia dan alam semula jadi membentuk komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama; Benar-benar mengiktiraf bahawa media elektronik memikul tanggungjawab sosial yang tiada galang ganti dalam memajukan tamadun ekologi dan perlindungan biodiversiti.

Menjunjung semangat Deklarasi Kunming, semua pihak ingin menyeru tindakan bersama seperti yang berikut:

1. Mengemukakan dokumen dan laporan PBB mengenai aktiviti-aktiviti PBB berkaitan biodiversiti

2. Mengeluarkan dan menyiarkan lebih banyak produk audio-visual yang menampilkan perlindungan biodiversiti dan ekologi bagi meningkatkan pemahaman orang awam.

3. Mengukuhkan kerjasama antarabangsa berhubung penerbitan bersama, temu bual bersama, pertukaran kandungan dan lawatan bersama.

4. Mempertimbangkan jalinan kerjasama dengan pemegang kepentingan awam dan swasta yang relevan untuk menjalankan projek-projek berkaitan biodiversiti.

5. Mengukuhkan pengetahuan dan menganjurkan latihan serta seminar mengenai biodiversiti untuk golongan profesional media elektronik.

Source: CCTV+
Related Links:
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Environmental Issues