omniture

Zoomlion Agricultural Machinery Sambut Hari Makanan Sedunia 2021 dengan Tindakan untuk Tingkatkan Produktiviti Makanan Global

Zoomlion
2021-10-18 09:16 47

CHANGSHA, China, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Zoomlion Agricultural Machinery daripada Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion"; 1157.HK) bertindak balas kepada seruan Hari Makanan Sedunia, "Tindakan kita adalah Masa Depan kita", menerusi tindakan untuk terus memberi sokongan padu kepada pengindustrian, proses pemodenan dan pembangunan ekonomi yang pesat dalam industri pertanian global.

Zoomlion Agricultural Machinery team work together with local Ugandans
Zoomlion Agricultural Machinery team work together with local Ugandans

"Dengan mengambil kira pandemik COVID-19, peningkatan produktiviti pertanian dan pengeluaran makanan yang mampan menjadi semakin kritikal untuk mengurangkan masalah kelaparan di seluruh dunia terutamanya di Afrika," kata Xiong Yanming, naib presiden Zoomlion dan pengerusi Zoomlion Agricultural Machinery. "Sebagai sebuah perusahaan yang terkemuka untuk kerjasama Sino-Afrika dalam industri pembuatan peralatan, Zoomlion menyahut seruan tema Hari Makanan Sedunia dengan tindakan hebat untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran pertanian dan kualiti pengurusan menerusi produk yang berkualiti tinggi dan perkhidmatan profesional serta cekap."

Zoomlion Agricultural Machinery menembusi pasaran Afrika pada tahun 2011 dan telah mengeksport hampir 3,000 unit peralatan ke negara-negara termasuk Kenya, Tunisia, Nigeria, Mesir, Afrika Selatan, Etiopia dan banyak lagi.

Semasa berlangsungnya Ekspo Ekonomi dan Perdagangan Afrika China (CAETE) kali kedua yang dibuka pada 26 September, Zoomlion menonjolkan "Penyelesaian Afrika" untuk menggalakkan lagi pertukaran dan kerjasama dengan negara-negara Afrika dalam bidang mekanisasi pertanian, Dengan kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menguntungkan, Zoomlion telah menyesuaikan dan membangunkan produk-produk jentera pertanian yang paling sesuai dengan keperluan pelanggan tempatan, menyediakan sokongan teknikal untuk skim jentera pertanian tempatan, membantu pembiayaan untuk mekanisasi selain melatih bakat pertanian tempatan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran makanan di Afrika.

Hari ini, jumlah tawaran produk jentera pertanian Zoomlion di Afrika, seperti traktor penggelek kuasa kuda tinggi PL2304, traktor penggelek RH904 dan jentera tuai gandum TE80 telah mendapat maklum balas yang positif daripada pelanggan di Afrika.

Tahun ini, syarikat ini secara rasminya memperoleh kelayakan pembekal dalam tempoh jangka panjang oleh Pejabat Perkhidmatan Projek Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOPS), pengeluar jentera pertanian Cina yang pertama menerima kelayakan ini.

"Kami berbesar hati untuk menjadi pembekal rasmi UNOPS dan akan terus menyumbang kepada pembangunan industri pertanian global," tambah En. Xiong.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (1157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan antara jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat ini kini menjual lebih daripada 568 produk canggih daripada 70 barisan produk yang mencakupi 11 kategori penting.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Agriculture Food/Beverages Machinery Mining/Metals Transportation