omniture

Penamat Mantap di PON ke-20: Kerajaan Indonesia Puji Potensi Baharu di Papua

Indonesian Ministry of Communication and Informatics (KOMINFO)
2021-10-18 09:44 195

JAKARTA, Indonesia, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Minggu Sukan Negara Indonesia (Pekan Olahraga Nasional/ PON) melintasi garisan penamat seperti mana ia bermula - dengan kemegahan, pada 15 Oktober 2021, menurut Kementerian Komunikasi dan Informatik Indonesia (KOMINFO).

President Joko Widodo at the opening ceremony of the 20th PON
President Joko Widodo at the opening ceremony of the 20th PON

Buat kali pertama dalam sejarah, PON ke-20 telah dianjurkan di wilayah Papua bermula dari 2-15 Oktober 2021. Di tengah-tengah cabaran geografi, acara sukan negara ini telah mendorong momentum untuk menonjolkan potensi dan kekuatan luar biasa Papua selain menyampaikan pesanan penyatuan yang positif di seluruh negara ini.

Berucap di upacara perasmian PON, Presiden Joko Widodo menyatakan betapa pentingnya PON Papua untuk semua rakyat Indonesia. "PON ialah pentas bagi perpaduan, kebersamaan, persaudaraan, kesaksamaan, keadilan dan untuk maju dan berkembang bersama-sama," kata Presiden Joko Widodo terlebih dahulu semasa upacara perasmian.

Kejayaan PON turut menggambarkan kemajuan Papua, kesediaan infrastruktur dan persiapan komunitinya dalam menganjurkan pertandingan sukan standard antarabangsa dan nasional.

Infrastruktur standard-antarabangsa 

Kecemerlangan Papua diperlihatkan dalam pelbagai infrastruktur standard antarabangsa, Pelbagai arena sukan termasuk arena akuatik, tempat kriket, padang hoki tertutup dan luar serta lapangan menembak dibina di seluruh lokasi PON di ibu kota Papua, bandar Jayapura serta tiga keregenan yang lain iaitu Jayapura, Merauke dan Mimika.

Lokasi utama PON, stadium Lukas Enembe, di mana upacara perasmian sukan ini turut diadakan yang mencakupi keluasan 13 hektar dan dapat menampung 40,000 penonton, menjadikannya salah sebuah stadium sukan yang terbaik di Asia Pasifik.

Di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesihatan dan keselamatan 

Jawatankuasa tempatan dari Papua telah terbukti berjaya dalam menganjurkan acara sukan di tengah-tengah kebimbangan covid-19. Diadakan setelah penangguhan selama setahun ekoran pandemik, pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk melaksanakan protokol kesihatan yang ketat, termasuk meningkatkan kadar vaksinasi dan mengehadkan bilangan orang yang dapat memasuki arena sukan. Langkah ini dapat memberi sumbangan yang positif kepada lonjakan kadar vaksinasi di Papua, dengan beberapa kawasan mencatatkan lebih 50% orang diberi vaksin.

"Mengekalkan langkah-langkah kesihatan dan keselamatan semasa berlangsungnya acara ini menjadi keutamaan tertinggi kami. Kami telah meminta semua pemegang kepentingan yang terlibat dalam acara ini termasuk atlet, pihak jawatankuasa, pegawai dan semua penonton untuk melengkapkan dua dos vaksin covid-19 mereka sebelum menghadiri acara ini," kata Menteri Komunikasi dan Informatik Johnny G. Plate.

Acara ini disempurnakan dengan cekap tanpa sebarang insiden keselamatan, menonjolkan kekondusifan wilayah ini selain kesatuan dan semangat orang awam tempatan dalam menyokong acara ini.

Menyokong perniagaan kecil-kecilan tempatan 

PON tahun ini berupaya menghimpunkan lebih 258 MSME daripada komuniti tempatan di Jayapura untuk mengambil bahagian dalam acara-acara melalui pasaran kulinari dan kraftangan di sekitar arena sukan.

Transaksi di pasaran MSME PON dilaporkan mencecah IDR82 juta sehari dan dijangka ditutup pada nilai IDR1 bilion secara kumulatif menjelang penghujung festival sukan ini.

Semasa berlangsungnya PON, kerajaan turut berusaha untuk menggalakkan aktiviti pelancongan di kawasan ini, melalui pelancaran aplikasi Papua Tourism untuk memperkenalkan dan mempromosikan objek-objek pelancongan di keempat-empat kluster PON. Ini termasuk pelancongan alam semula jadi, pelancongan budaya dan pelancongan bersejarah. Aplikasi ini juga bertindak sebagai platform untuk MSME menjual produk mereka secara dalam talian.

Ketika acara sukan peringkat negara ini melabuhkan tirainya, wilayah Papua kini lebih bersedia untuk menyambut lebih ramai pengunjung bagi menikmati keindahan tempat asal Cenderawasih, burung dari syurga.

Source: Indonesian Ministry of Communication and Informatics (KOMINFO)
Keywords: Sporting Events Sports New products/services Trade show news