omniture

TV OLED Boleh Ubah SKYWORTH W82 menang Anugerah 'Best of the Best' Pameran Canton 2021 untuk reka bentuknya yang utama dalam industri

SKYWORTH
2021-10-18 10:27 171

GUANGZHOU, China, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- SKYWORTH, jenama televisyen global yang terkemuka, telah memenangi anugerah "Best of the Best" Pameran Import & Eksport China ke-130, yang turut dikenali sebagai Pameran Canton, untuk TV OLED yang boleh ubahnya, W82 65". Anugerah "Best of the Best" ialah penganugerahan tertinggi dalam Anugerah Reka Bentuk Pameran Canton (Canton Fair Design Award) yang bertujuan untuk memilih produk reka bentuk terbaik yang menggabungkan nilai pasaran dan rekaan dengan sempurna, membawakan daya tarikan Created-In-China (Dibuat-Di-China) ke mata dunia. Kemenangan W82 SKYWORTH menunjukkan keupayaannya dalam reka bentuk yang utama dalam industri dan teknologi canggih.

TV OLED Boleh Ubah SKYWORTH W82
TV OLED Boleh Ubah SKYWORTH W82

TV OLED Boleh Ubah untuk Pengalaman Permainan dan Tontonan TV 2-dalam-1 Unggul  

SKYWORTH W82 ialah TV OLED boleh ubah keluaran besar-besaran yang pertama di dunia, dilengkapi dengan skrin OLED 120 Hz 4K fleksibel yang membolehkan pengguna melaraskan kelengkungan skrin sehingga 1000R. Didayakan oleh SKYWORTH OBM Transform Technology, ia dapat beralih daripada TV skrin rata dan dibengkokluruskan kepada skrin melengkung melalui klik pada alat kawalan jauh bagi memenuhi pelbagai keperluan menonton pengguna dengan baik sekali.

Pengalaman Audio-visual Luar Biasa Yang Belum Pernah Terjadi Sebelum Ini

Membawakan Dolby Vision, HDR10, Versi 4K SKYWORTH AI PICTURE QUALITY ENGINE, perisian ini mengoptimumkan kualiti gambar pada waktu sebenar dengan mencari, mengenal pasti dan menstrukturkan semula gambar dengan teknologi AI sementara SKYWORTH AUDIO DRUM menghasilkan pic rendah yang mengagumkan, SKYWORTH W82 menyampaikan pengalaman audio-visual yang unggul dan imersif.

Pembantu Suara AI dan Sambungan Pintar Generasi Seterusnya

SKYWROTH W82 dilengkapi dengan TrensAI VOICE, bagi mengaktifkan pembantu rumah pintar 7/24 dan respons pintar pada waktu sebenar. Hasil daripada mikrofon terbina dalam yang beroperasi dengan cip DSP bebas, pengguna dapat menikmati seluruh sistem dengan lancar.

SKYWORTH akan turut mempamerkan 3 produk unggulan yang terkini di Pameran Canton 2021:

  • SKYWORTH S82, TV OLED 4K menampilkan paparan yang luar biasa dengan ketepatan warna yang unggul.
  • SKYWORTH Q72, TV SmartMiniLED 4K yang utama dalam industri menyampaikan teknologi pemalapan LED yang canggih.
  • SKYWORTH W92, TV OLED 120Hz 8K 88-inci dilengkapi dengan SKYWORTH AUDIO GLASS SOUND bagi menyampaikan pengalaman audio-visual yang hebat.

Pameran Canton 2021 akan diadakan secara dalam talian dan luar talian di Guangzhou mulai 15 Okober hingga 3 November. Reruai luar talian SKYWORTH ialah A08-21, Dewan 5.2. Untuk pameran dalam talian, sila kunjungi di sini.

Latar Belakang SKYWORTH TV

SKYWORTH TV ialah pengeluar televisyen global yang terkemuka dan perintis bagi Kecerdasan Buatan Pelbagai Benda (AIoT) skrin besar. Ditubuhkan pada tahun 1988, SKYWORTH TV mempunyai pengalaman selama lebih daripada 30 tahun menyediakan penyelesaian hiburan rumah termaju dan merupakan salah satu daripada tiga penyedia global yang terkemuka bagi TV Android. Di bawah proposisi jenamanya iaitu "Menerajui masa depan", SKYWORTH TV terus melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penyelesaian teknologi yang inovatif dan berdedikasi untuk menerajui transformasi industri TV bagi merevolusikan pengalaman rumah pintar. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.skyworth.net/global

Source: SKYWORTH
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Awards Trade show news