omniture

Pusat Teknologi Bersih DNV KEMA Membuka Unit Penyelidikan & Pembangunan di Singapura

DNV KEMA
2013-08-02 01:02 135

ARNHEM, Kepulauan Netherlands, 2 Ogos 2013 /PRNewswire/ --

Pusat Teknologi Bersih (CTC) DNV KEMA hari ini membuka unit penyelidikan dan pembangunan di Singapura yang menumpukan kepada keandalan sistem tenaga, grid pintar dan penyepaduan grid tenaga boleh diperbaharui. Unit ini melanjutkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan global DNV KEMA bagi menangani cabaran unik industri tenaga Asia dengan lebih baik.

"Ini merupakan kemajuan yang selaras dengan komitmen penyelidikan dan pembangunan kami di Asia. Kami menubuhkan CTC di Singapura 2010: unit penyelidikan dan pembangunan baharu ini akan menyokong pasaran Asia sambil unit ini mengemudi proses menyepadukan teknologi baharu ke dalam prasarana lama tanpa menjejaskan keandalan sistem," kata BT Markussen, Ketua Pegawai Operasi untuk Kuasa dan Kemampanan DNV KEMA Asia Pasifik.

Dr Kelvin Tan, kini ketua seksyen Tenaga Boleh Diperbaharui dan perkhidmatan T&D, akan menerajui unit itu, dengan membawa pengalaman lebih 10 tahun dalam sistem kuasa dan penyepaduan grid tenaga boleh diperbaharui. Ketua pakar teknologi, En Chan Eng Kiat, mempunyai pengalaman selama 30 tahun daripada Tenaga Singapura, Pengautomatan Tenaga dan Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga.

Unit ini akan menyumbang pengetahuan dan idea bagi menangani cabaran teknikal dan polisi yang dicetuskan oleh pertumbuhan pesat seluruh Asia. Penjanaan tenaga di ASEAN bersama dengan India dan China dijangka akan meningkat daripada 27.5 peratus pada tahun 2010 kepada 40.1 peratus pada tahun 2030. Tambahan lagi, kerajaan-kerajaan Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Singapura telah menetapkan sasaran agresif bagi memperluaskan kapasiti tenaga boleh diperbaharui (RE) terpasang dalam 20 tahun seterusnya, lalu membuatkan Asia Tenggara lebih menarik minat para pelabur RE.

Unit penyelidikan dan pembangunan ini akan menggunakan kelebihan perhubungan baik yang CTC sudah bina dalam masa 3 tahun lepas dengan beberapa institusi pengajian tinggi di Singapura termasuklah Institut Penyelidikan Tenaga @ Universiti Teknologi Nanyang (ERI@N), Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura, dan Politeknik NgeeAnn serta tempat penyelidikan lain seperti Pusat Grid Tenaga Eksperimental (EPGC).

"Pembinaan unit penyelidikan dan pembangunan ini mengakui kepentingan Asia sebagai tempat lahirnya inovasi bagi membantu menangani cabaran yang dihadapi oleh sektor tenaga dan prasarana dan ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang cemerlang di Singapura," kata Dr Sanjay Kuttan, Pengurus Rantau Asia Tenggara dan Pengarah Urusan,CTC.

"Pembinaan unit penyelidikan oleh DNV KEMA untuk sistem tenaga dan tenaga boleh diperbaharui menegaskan kecanggihan Singapura yang kian meningkat sebagai hab Teknologi Bersih di Asia. Syarikat tenaga global dan teknologi bersih boleh menggunakan kelebihan tenaga kerja Singapura yang berkemahiran, ketersediaan rakan kongsi yang saling melengkapi dan fokus strategik terhadap penyelidikan tenaga bagi berkhidmat untuk pasaran global," kata Goh Chee Kiong, Pengarah Eksekutif Teknologi Bersih dan Penyelesaian Bangunan & Prasarana, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura.

http://www.dnvkema.com

Sumber: DNV KEMA

Source: DNV KEMA
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion