omniture

CGTN: Peng Liyuan hadiri upacara anugerah UNESCO untuk pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita

CGTN
2021-10-19 17:52 123

BEIJING, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping dan utusan khas UNESCO bagi tujuan kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, berucap di upacara penganugerahan secara dalam talian Hadiah UNESCO untuk Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita 2021 pada hari Jumaat.

Sebuah projek yang melatih wanita dan kanak-kanak perempuan yang kurang diwakili dan berpendapatan rendah untuk merapatkan jurang jantina dalam sektor teknologi Brazil dan satu lagi projek yang memperkasa kanak-kanak remaja perempuan dan wanita muda di Mozambique melalui suri teladan dan lingkaran persaudaraan dianugerahkan dengan Hadiah UNESCO untuk Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita tahun ini, menurut UNESCO.

Peng menyampaikan ucapan tahniah kepada para penerima hadiah dari Brazil dan Mozambique melalui video.

Sejak pewujudan hadiah ini pada tahun 2015 oleh UNESCO dan China, ia telah memberi pengaruh positif dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk menumpukan perhatian mereka kepada pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, kata Peng, menambah bahawa ratusan ribu kanak-kanak perempuan dan wanita telah berupaya membangunkan pengetahuan mereka dan mempelajari kemahiran baharu serta membina keyakinan untuk mengubah nasib mereka dan mengejar impian mereka.

Di samping itu, semakin ramai orang yang menyokong pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita serta menggalakkan kesaksamaan jantina dalam pendidikan global, kata beliau.

Peng turut menyatakan harapan bahawa komuniti antarabangsa akan memberi lebih perhatian dan menyokong pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita serta memberi sumbangan baharu untuk merealisasikan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030.

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif ke atas kanak-kanak perempuan dan wanita dari segi pendidikan dan Peng menyeru lebih banyak usaha untuk menyediakan mereka dengan pendidikan yang sama rata dan berkualiti. Beliau menganjurkan untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi digital, berkongsi sumber pendidikan dalam talian yang berkualiti tinggi dan meningkatkan sokongan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita daripada kalangan keluarga miskin dan juga kawasan miskin. Beliau turut menegaskan kepentingan untuk mengukuhkan pendidikan kesihatan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita bagi meningkatkan kesihatan fizikal serta mental mereka secara komprehensif.

Sementara itu, Audrey Azoulay, ketua pengarah UNESCO, mengiktiraf peranan China dalam mewujudkan hadiah ini selain membantu kanak-kanak perempuan dan wanita merealisasikan impian mereka terutamanya apabila berhadapan dengan cabaran yang dibawa oleh pandemik.

Hadiah UNESCO untuk Pendidikan Kanak-kanak Perempuan dan Wanita memberi penghormatan kepada sumbangan luar biasa dan inovatif yang dibuat oleh individu, institusi dan organisasi demi memajukan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita.

https://news.cgtn.com/news/2021-10-15/Peng-Liyuan-attends-UNESCO-award-ceremony-for-girls-women-s-education-14nUt4YoSTm/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Awards Women-related news