omniture

Manifesto Global Wind Industry menyeru kerajaan untuk "bersikap serius" menjelang COP26 dan menyokong inisiatif awam dan swasta untuk menjamin peralihan tenaga

Global Wind Energy Council (GWEC)
2021-10-19 20:10 22

- Gabungan Global dengan lebih 90 buah syarikat dan persatuan tenaga angin mengeluarkan Manifesto COP26 yang menyeru kerajaan mengambil lapan langkah konkrit untuk mencapai sifar karbon.

- Pemasangan tenaga angin tahunan perlu meningkat sebanyak empat kali ganda daripada tahap semasa untuk mencapai sifar karbon menjelang tahun 2050; unjuran semasa akan menghasilkan kurang separuh daripada apa yang diperlukan.

- Penandatangan merangkumi syarikat-syarikat terbesar dalam sektor, antaranya Vestas, Siemens-Gamesa, Goldwind, Mingyang, Nordex-Acciona, Iberdrola, ENEL, SSE, Orsted, EDP Renovables, Equinor, Mainstream Renewable Power, Green Investment Group dan DNV serta persatuan-persatuan dalam industri daripada Eropah, Asia, Amerika Utara, Amerika Latin dan Afrika termasuk China, USA, India dan UK.

- Dunia memerlukan tindakan yang tegas untuk memerangi masalah iklim yang mendesak. Industri tenaga angin mempunyai alat yang tersedia untuk mencapai sasaran yang tinggi contohnya peningkatan sebanyak empat kali ganda dalam jumlah tenaga angin yang digunakan di seluruh dunia - manifesto ini menyeru pihak kerajaan untuk membantu industri tenaga angin mencapai sasaran tersebut.

LONDON, 18 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Sektor tenaga angin telah mengeluarkan manifesto pada sidang kemuncak BNEF London yang menyeru kerajaan pelbagai negara untuk "bersikap serius" tentang peralihan tenaga dan bekerjasama dengan sektor swasta untuk meningkatkan pemasangan tenaga angin dan tenaga boleh baharu dengan pantas.

Tenaga angin merupakan salah satu sumber tenaga yang paling pesat berkembang di dunia, dengan mencatatkan rekod pemasangan sebanyak 93GW pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan semasa kurang menunjukkan pencapaian dari segi trajektori sifar karbon dan hanya akan mencapai sebanyak 43% daripada kapasiti tenaga angin yang diperlukan menjelang tahun 2050, menurut institusi tenaga antarabangsa terkemuka iaitu IRENA dan IEA. Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan, pemasangan tenaga angin tahunan di seluruh dunia mesti meningkat empat kali ganda dalam dekad akan datang.

Lebih 90 buah syarikat tenaga angin terkemuka di dunia yang diketuai oleh Global Wind Energy Council (GWEC) atau Majlis Tenaga Angin Global, termasuk pengeluar, peneraju rantaian bekalan, pelabur dan badan industri dari seluruh dunia telah bersatu untuk menyokong Manifesto ini. Lapan tindakan yang diseru merangkumi:

  1. Meningkatkan sasaran kuasa angin dan menyatakan hal ini di dalam Sumbangan Penentuan Kebangsaan (NDC) yang dikemas kini, strategi iklim kebangsaan dan rancangan tenaga jangka panjang yang komprehensif.
  2. Komited terhadap penghapusan penjanaan berasaskan arang batu dengan pantas mulai sekarang.
  3. Mereka bentuk dan melaksanakan pasaran tenaga untuk masa depan.
  4. Melaksanakan skim kelulusan yang diperkemas dan bijaksana untuk projek tenaga boleh baharu bagi mempercepat penggunaan dan meminimumkan susutan projek.
  5. Memulakan rancangan untuk membina grid tenaga bersih dan stesen pengecasan untuk kenderaan elektrik dengan pantas.
  6. Membangunkan dasar yang padu dan inklusif yang mengkhususkan sumber awam untuk peralihan berpusatkan pelanggan kepada ekonomi sifar karbon.
  7. Menyelaraskan aliran kewangan kebangsaan dan serantau dengan penanda aras untuk laluan pematuhan sifar karbon pada kadar 1.5°C.
  8. Memajukan kerjasama sukarela tentang penentuan harga karbon di bawah artikel 6.2 dan 6.4 Perjanjian Paris.

Industri tenaga boleh baharu telah menghasilkan penyahkarbonan dalam sektor kuasa global. Kuasa angin membantu mengelakkan 1.1 bilion tan pelepasan CO2 setiap tahun dan telah menyediakan lebih 1.2 juta pekerjaan di seluruh dunia, sambil mengubah ekonomi dan komuniti untuk kebaikan bersama.

Namun industri ini memerlukan kerangka kerja dasar yang dapat menyokongnya untuk berkembang dengan lebih pantas. Manifesto ini menggesa pihak kerajaan untuk bekerjasama dengan industri bagi melaksanakan perubahan dari segi penggubalan dasar tenaga dan ekonomi ke arah pendekatan "desakan iklim".

Ben Backwell, Ketua Pegawai Eksekutif GWEC mengulas: "Kerajaan mesti bertindak balas dengan tegas terhadap desakan iklim semasa bagi memastikan masa depan yang berdaya maju untuk generasi semasa dan akan datang. Mencapai peralihan yang pesat dalam penggunaan bahan api fosil merupakan bahagian utama dalam penyelesaian ini.

"Manifesto ini menggariskan tindakan yang bermakna yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk merealisasikan peralihan tenaga. Kerajaan perlu berusaha untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi dan lebih terperinci – mengemas kini NDC mereka untuk mendorong perubahan yang nyata, menghapuskan birokrasi dan menyelaraskan prosedur kelulusan serta menyokong pelaburan penting dalam infrastruktur. Ketidaktentuan terkini dalam pasaran tenaga global menunjukkan betapa pentingnya untuk mengambil langkah yang tegas ke arah menghapuskan penjanaan berasaskan arang batu dan bahan api fosil yang lain serta mewujudkan pasaran tenaga yang bertepatan dengan matlamat masa depan bersih dan lestari."

Rebecca Williams, Pengarah COP26 di GWEC mengulas: "Kami telah pun mempunyai alat dan teknologi yang kami perlukan untuk menangani perubahan iklim. Apa yang masih belum kami miliki ialah perubahan politik yang akan memastikan matlamat ini tercapai.

"Manifesto kami menggariskan lapan tindakan yang jelas yang perlu diambil oleh pembuat dasar dan pihak kerajaan bagi merebut peluang ekonomi, alam sekitar dan sosial yang luas yang disediakan oleh tenaga angin, sekali gus membantu mencapai NDC dan pertumbuhan lestari. Para pemimpin dunia yang berhimpun di Glasgow pada bulan hadapan berpotensi untuk menjadi lebih serius dalam memacu era baharu tenaga boleh baharu dan bukan menghalangnya."

Tentang GWEC 

GWEC ialah organisasi berasaskan keahlian yang mewakili keseluruhan sektor tenaga angin. Ahli GWEC mewakili lebih 1,500 buah syarikat, organisasi dan institusi di lebih 80 buah negara yang merangkumi pengeluar, pembangun, pembekal komponen, institusi penyelidikan, persatuan tenaga angin dan tenaga boleh baharu kebangsaan, penyedia elektrik, syarikat kewangan dan insurans.

Maklumat lanjut: https://gwec.net/.

GWEC telah menubuhkan Global Wind Energy Coalition untuk COP26. Gabungan ini merupakan kumpulan pelbagai pihak berkepentingan syarikat dan persatuan tenaga angin terkemuka dari seluruh dunia yang komited untuk meningkatkan kapasiti tenaga angin bagi membatasi bahaya kesan perubahan iklim.

Maklumat lanjut: https://windareyouin.com/ 

Muat turun Manifesto COP26 penuh di sini: http://gwec.net/cop26-manifesto/

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1661794/GWEC_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Global Wind Energy Council (GWEC)
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility