omniture

Pameran Canton ke-130 Perkenal Zon Penggiatan Semula Luar Bandar Khas, Dorong Pembangunan Lengkap Kawasan Luar Bandar di China

Pameran Canton
2021-10-19 20:14 113

GUANGZHOU, China, 19 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Memandangkan baru-baru ini China membasmi kemiskinan mutlak dan beralih kepada penggiatan semula luar bandar, buat julung kalinya Pameran Canton ke-130 menetapkan Zon Penggiatan Semula Luar Bandar khas bagi memberi daya penggerak untuk penggiatan semula kawasan luar bandar di negara ini dan memperkasa syarikat-syarikat dari kawasan yang dahulunya miskin untuk memperkenalkan produk mereka kepada pembeli global.

Kunjungi  https://fbuyer.cantonfair.org.cn/en/account/new-buyer/register   untuk lebih banyak peluang.

Pameran Canton akan terus memberi dorongan kepada syarikat-syarikat Cina yang menembusi pasaran antarabangsa untuk menyumbang kepada penggabungan pembasmian kemiskinan dan dalam masa yang sama beralih kepada penggiatan semula luar bandar. Zon Penggiatan Semula Luar Bandar bagi edisi ini dianjurkan di tapak pameran dan secara dalam talian untuk durasi pameran besar-besaran selama lima hari. Pameran ini telah membuka permohonan untuk syarikat-syarikat dari kawasan-kawasan yang lebih miskin tanpa sebarang batasan dari segi kuantiti ataupun kekangan dengan matlamat untuk memberi manfaat kepada sebanyak mungkin syarikat. Sejumlah 883 buah syarikat dari kawasan kurang maju telah menyertai Pameran Canton dengan pengecualian bayaran, yang mana mereka mempamerkan kepakaran tempatan yang unik.

"Sebagai pameran terkemuka China, Pameran Canton memainkan peranan penting dalam membawakan produk Cina ke pasaran luar negara, memacu pembangunan industri pelbagai wilayah untuk membasmi kemiskinan dan mencapai kemakmuran," kata Liu Quandong, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton. "Ini merupakan Pameran Canton yang pertama untuk kebanyakan daripada 883 syarikat dan kami telah meneroka lebih banyak saluran dalam talian dan luar talian untuk syarikat-syarikat ini bagi mencapai pasaran antarabangsa."

Kunjungi  https://fbuyer.cantonfair.org.cn/en/account/new-buyer/register   untuk lebih banyak peluang.

Guitian, sebuah syarikat bioteknologi yang berpangkalan di Wilayah Yunnan mengambil bahagian dalam Pameran Canton ke-130 menerusi koperasi penanaman dan pembenihan khusus Shangri-La Wanda. "Sebagai sebuah syarikat perintis dalam industri quinoa dan perusahaan quinoa yang terbesar di Yunnan, Guitian mempamerkan quinoa organik datarannya yang rendah kalori dan tanpa kolesterol, berharap agar dapat memperoleh pengalaman, memperluas pengaruh jenama dan menjalin lebih banyak kerjasama," kata Jin Xiaogang, pengerusi Guitian.

Xinjiang Mijie Black Bee ialah sebuah syarikat yang mengkhusus dalam pengeluaran madu ekologi asli dengan ciri-ciri Xinjiang.

"Kami membawakan madu yang dihasilkan menggunakan lebih daripada dua belas jenis bunga yang memberi rasa yang sangat diperkaya. Ini merupakan kali pertama kami mempamerkan produk kami dan kami berharap agar dapat menemui lebih ramai pembeli di platform Pameran Canton serta peluang kerjasama luar negara," kata Liu Huifang daripada Mijie.

Hebei Zaoneng Food mengeluarkan terutamanya jenama minuman jus jujub merah Strong Food. Syarikat ini menandatangani perjanjian harga beli, kontrak pekerjaan sementara bermusim dan berkongsi dividen dengan keluarga-keluarga berpendapatan rendah. Ia telah mewujudkan model perniagaan pengindustrian pertanian moden yang mengintegrasikan pertanian, pemprosesan, penjualan dan eksport. Zaoneng Food dijangka akan mengeksport ke tiga puluh negara dan wilayah pada tahun 2022.

"Di Pameran Canton, syarikat-syarikat dari kawasan luar bandar ini bukan sahaja memanfaatkan pasaran antarabangsa dan membuat penampilan sulung di pentas perdagangan global, tetapi turut mencapai keputusan yang positif dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk serta transformasi model pemasaran, di samping memperkenalkan daya tarikan budaya Cina ke mata dunia," tambah Liu Quandong.

Kunjungi  https://fbuyer.cantonfair.org.cn/en/account/new-buyer/register   untuk lebih banyak peluang.

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news