omniture

Absen bakal Pamer Penyelesaian Paparan LED Terkini di InfoComm 2021

Absen
2021-10-20 07:48 221

SHENZHEN, China, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Jenama paparan LED yang terkemuka, Absen akan mempamerkan penyelesaian terkininya di InfoComm 2021 (Reruai #1008) mulai 27-29 Oktober. Sebagai acara yang terbesar dan paling mengujakan yang berfokuskan kepada industri Pro-AV, InfoComm menghimpunkan ribuan pakar industri, pengurus AV, pengguna akhir dan pengintegrasi dari serata dunia. Ia akan mempamerkan teknologi audiovisual yang terkini dan paling canggih.

infocomm KV
infocomm KV

Sebuah studio maya LED buatan MR Series (skrin lantai) dan PL Series (skrin latar belakang) Absen akan dibawakan di reruai tersebut. Penyelesaian studio maya LED profesional Absen, pilihan yang sempurna untuk penerbitan filem dan televisyen akan membawakan pengalaman imersif yang hebat kepada pelanggan dengan kesan visual yang realistik dan luar biasa.

2021 infocomm
2021 infocomm

MR Series ialah produk profesional Absen untuk LED lantai. Terdapat dua pilihan kemasan permukaan untuk MR Series. Kemasan Matt menawarkan panel LED tak memantul yang sesuai untuk penyiaran televisen, Pentas xR dan kegunaan Studio Penerbitan Maya. Kemasan Glos menawarkan panel LED yang bergaya dan berkilat dengan rupa dan rasa rekaan berteknologi tinggi, sesuai untuk kegunaan runcit, seni bina dan pameran. Bingkainya dengan intensiti tinggi menjamin keselamatan dan keteguhan yang dapat menanggung beban 2500kg/ m2.

MR series
MR series

PL series ialah produk canggih daripada Absen untuk kegunaan sewaan tertutup dan luaran. Dengan kadar segar semula yang tinggi (3840Hz), algoritma HDR10, nisbah kontras tinggi, kecerahan 1500nit dan teknologi LED ultra hitam, PL series dapat mencapai kualiti imej terbaik dan prestasi visual yang mengagumkan. Modul-modul segitiga, kubus dan bulat yang kreatif dapat menghasilkan pelbagai bentuk yang kreatif. Sistem blok sambungan lengkung boleh ubah kedudukan bersepadu yang inovatif mengekalkan tahap ketepatan penjajaran yang tertinggi untuk konfigurasi rata mahupun lengkung.

PL series
PL series

Absenicon 3.0 ialah penyelesaian LED semua-dalam-satu revolusioner untuk kegunaan persidangan. Ia mempunyai empat saiz format besar standard (110''/138''/165''), sesuai untuk saiz ruang yang berbeza. Nisbah aspek ialah 16:9, yang dapat mempersembahkan konten resolusi FHD titik-ke-titik. Dengan alat kawalan jauh pintar, pelbagai fungsi dapat direalisasikan dengan senang dan mudah seperti TV pintar. Ia juga termasuk bar bunyi terbina dalam untuk main balik konten media yang mudah.

icon3.0 series
icon3.0 series

Clear Cobalt Series, Mikro LED baharu Absen - produk yang berkualiti tinggi dan stabil yang menggabungkan teknologi pengkapsulan COB terbalik dan algoritma teras HDR10. Dengan lapisan serba hitam dan teknologi pembetulan tahap hitam, Clear Cobalt series dapat mencapai imej berkualiti filem dengan nisbah kecerahan dan kontras yang tinggi. Di samping itu, ia kalis lembap, kalis habuk dan kalis lelasan, rintang pengoksidaan, cegah elektrostatik dan cegah sinar-biru.

CL series
CL series

Kunjungi laman sesawang untuk maklumat lanjut. https://www.absen.com/

Source: Absen
Related Stocks:
Shenzhen:300389
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Mining/Metals Retail Semiconductors Trade show news Future Events