omniture

CCTV+: Peng Liyuan menggesa memajukan pendidikan kesihatan dan digital buat kanak-kanak perempuan dan wanita

CCTV+
2021-10-20 08:07 126

BEIJING, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Peng Liyuan, isteri Presiden Cina Xi Jinping, menyeru kepada penggalakkan pendidikan digital dan kesihatan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita sebagai maklum balas kepada kesan pandemik COVID-19.

Peng, yang juga merupakan utusan khas Pertubuhan Pelajaran, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk kemajuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, membuat pernyataan tersebut melalui pautan video di hadiah UNESCO 2021 untuk pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita pada Jumaat.

Sejak penubuhan hadiah ini melalui kerjasama antara China dan UNESCO dalam tahun 2015, anugerah ini terus menggunakan pengaruh positifnya dan memberi inspirasi kepada ramai orang untuk mengabdikan diri mereka untuk tujuan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, kata Peng.

Memuji pengaruh positif hadiah ini, Peng menyatakan bahawa beribu-ribu kanak-kanak perempuan dan wanita telah menguasai pengetahuan dan kemahiran, dan memperoleh kebolehan dan keyakinan untuk mengubah nasib dan mengejar impian mereka.

"Semakin ramai orang mengambil peduli dan menyokong pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, mengumpulkan daya berkuasa untuk mempromosi kesamaan jantina dalam pendidikan global," kata Peng.

Mengatakan bahawa pandemik COVID-19 telah memberikan kesan negatif yang serius kepada pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita, Peng menyeru kepada langkah-langkah yang tepat dan berkesan untuk memberikan mereka pendidikan yang adil dan berkualiti.

Peng menyeru kepada penggalakan pendidikan digital yang menyeluruh buat kanak-kanak perempuan dan wanita, menggunakan sepenuhnya teknologi digital, berkongsi sumber pendidikan dalam talian yang berkualiti tinggi, meningkatkan sokongan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan wanita dari kawasan dan keluarga miskin, dan meningkatkan kemampuan mereka untuk menggunakan teknologi baharu untuk pekerjaan dan keusahawanan.

Beliau juga menyeru untuk pengukuhan pendidikan kesihatan kanak-kanak perempuan dan wanita yang berterusan, membantu mereka dan keluarga mereka meningkatkan kesedaran kesihatan dan mencegah pelbagai penyakit, dan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak perempuan dan wanita secara menyeluruh.

Hadiah ini ialah satu-satunya hadiah oleh UNESCO dalam bidang penggalakan pendidikan kanak-kanak perempuan dan wanita. Pengarah Besar untuk UNESCO Audtey Azoulay berkata dalam majlis tersebut bahawa ia telah memainkan peranan yang unik dalam membantu wanita dan kanak-kanak perempuan merealisasikan impian mereka, terutamanya dalam memberi maklum balas kepada cabaran pandemik ini.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=fTs3WzOPXqY

Source: CCTV+
Related Links:
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Women-related news