omniture

Persidangan Masakan Sichuan Dunia ke-4, Festival Makanan Antarabangsa Chengdu 2021 dan Ekspo Pixian Douban ke-9 Bermula di Chengdu

The 4th World Sichuan Cuisine Conference Organizing Committee
2021-10-20 08:34 108

CHENGDU, China, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pada 18 Oktober, Persidangan Masakan Sichuan Dunia ke-4, bersama-sama dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Daerah Pidu Chengdu dan Persekutuan Industri Katering Cina Dunia, bertemakan "Jatuh Cinta dengan Masakan Sichuan, Suatu Pengembaraan Kulinari di Pidu", dilancarkan di Daerah Pidu, Chengdu, China. Festival Makanan Antarabangsa 2021 Chengdu dan Ekspo Pixian Douban ke-9 turut diadakan secara serentak.

Dengan lima bahagian utama iaitu "Forum Pembangunan Masakan Sichuan", "Ekspo Industri Masakan Sichuan", "Pertandingan Memasak Masakan Sichuan", "Pengalaman Masakan Sichuan" dan "Penyelidikan dan Promosi Industri", Persidangan ini terdiri daripada lebih 20 aktiviti kebudayaan masakan Sichuan termasuk Forum Pembangunan Masakan Sichuan Global 2021 dan Pelancaran List of Urban Opportunities (Senarai Peluang-peluang Bandar).

Persidangan ini menarik banyak perhatian daripada perniagaan katering global. Organisasi-organisasi luar negara di 22 negara dan wilayah seperti Perancis menghantar surat ucapan tahniah; World Chilli Alliance (WCA), utusan daripada misi asing Australia dan negara-negara lain ke Chengdu, kepimpinan bandar saudara antarabangsa serta pakar dan ilmuwan domestik dan luar negara berhubung masakan Sichuan berhimpun di Chengdu untuk benar-benar meneroka budaya masakan Sichuan yang mendalam yang diwakili oleh Pixian Douban dan bersama-sama membina ekosistem masakan Sichuan.

Di Persidangan ini, Daerah Pidu melancarkan List of Urban Opportunities yang pertama tahun ini yang meliputi 87 item seperti Bandar Awan Pintar Pidu dan Tapak Pembuatan Inovatif dan Pintar Paparan Baharu dalam enam sektor seperti pengeluaran pintar, kehidupan pintar, tadbir urus pintar, persekitaran mesra alam, bandar pintar dan pelancongan budaya dengan pelaburan sebanyak RMB 142 bilion. Beberapa projek penting telah ditandatangani kontraknya, termasuk kerjasama strategik antara Bandar Industri Masakan Sichuan China dan Masyarakat Zhaimen. Hasil-hasil utama seperti Process Specifications for Internationally Classical Sichuan Cuisine (2021-1) (Spesifikasi Proses untuk Masakan Sichuan Klasik di Peringkat Antarabangsa (2021-1)) telahpun dilancarkan semasa berlangsungnya ekspo ini.

Pixian Douban dipuji sebagai "jiwa masakan Sichuan". Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, melalui jenama "Pixian Douban", Daerah Pidu telah membina Bandar Industri Masakan Sichuan China - bandar industri pertama yang dinamakan bersempena masakan sebuah wilayah dan dengan Pixian Douban sebagai terasnya, menubuhkan sistem industri yang membawakan perasa kompaun dan makanan santai. Daerah Pidu akan terus mewujudkan persekitaran perniagaan antarabangsa yang berkualiti tinggi dengan daya tarikan konsisten yang disediakan oleh projek-projek, untuk meningkatkan fungsi bandar, meningkatkan kejituan perkhidmatan, meningkatkan potensi pembangunan industri dan mempercepatkan pembinaan "Tanah Tinggi Negara bagi Masakan Sichuan dan Pusat Budaya Masakan Sichuan Dunia."

Source: The 4th World Sichuan Cuisine Conference Organizing Committee
Keywords: Food/Beverages Trade show news