DUBAI, UAE, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Huawei Digital Power telah melabuhkan tirai Sidang Kemuncak Kuasa Digital Global 2021 di Dubai, UAE, dengan lebih daripada 500 peserta dari 67 negara hadir. Memandangkan dunia mengutamakan keneutralan karbon dan pemulihan pasca-pandemik, sidang kemuncak ini bertujuan untuk menginspirasikan tindakan kolektif ke arah membina masyarakat rendah karbon dan lebih pintar yang dikuasakan oleh teknologi digital.
Dalam ucapan dasar, Charles Yang, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Penjualan dan Perkhidmatan Pemasaran Global di Huawei Digital Power, berkata: "Keneutralan karbon telah menjadi satu konsensus dan misi global. Bagi mencapai matlamat tersebut, penghasilan kuasa perlu berkarbon rendah manakala penggunaan kuasa perlu dielektrikkan. Huawei telah mengintegrasikan teknologi elektronik digital dan kuasa yang mendalam untuk mencipta penyelesaian tenaga rendah karbon semua senario yang meliputi seluruh aliran tenaga bermula daripada penjanaan kuasa mesra alam hingga penggunaan kuasa yang cekap."
Dengan bertambahnya bilangan negara yang menyertai laluan menuju keneutralan karbon, dunia dipenuhi dengan peluang untuk melabur dalam tenaga boleh diperbaharui dan infrastruktur mesra alam. Di sidang kemuncak ini, pemimpin industri dan pegawai kerajaan daripada sektor PV, Pusat Data dan Kuasa Tapak - termasuk Sen. Rocio Adriana Abreu Artinaño, Presiden Suruhanjaya Tenaga, Senat Republik Mexico, Sanjay Kumar Sainani, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Teknologi Global daripada Huawei Digital Power, Mohammad Saeed Bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Data Hub Integrated Solutions LLC (MORO), Hariram Subramanian, Ketua Pegawai Teknologi Huawei FusionSolar, Manish Singhal, Ketua PV Solar, ACWA Power, Michel FRAISSE, Naib Presiden & Ketua Pegawai Teknologi, Huawei Digital Power Europe, Jasem Al Marzooqi, Ketua Pusat Data & Kemudahan Telekomunikasi, Emirates Integrated Telecommunications Company, du, Prof Rabih Bashroush, Ketua Global, Penasihat Infrastruktur IT, Uptime Institute dan banyak lagi – telah berkongsi teknologi, pandangan dan dasar bagi memenuhi peluang masa depan dalam tenaga boleh diperbaharui dan infrstruktur ICT mesra alam.
Khususnya, pakar-pakar daripada tenaga pusat data termasuk Simon McCormick,Ketua Pegawai Teknologi Echelon, Seppo Ihalainen, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama, Ficolo, Prof Rabih Bashroush, Ketua Global, Penasihat Infrastruktur IT, Uptime Institute dan Jim Campbell, BEng (Hons) Perkhidmatan Bangunan, MIET, ATD, Pengarah Serantau – RED Middle East telah menyertai perbincangan panel yang dikendalikan oleh Sanjay Kumar Sainani. Bagi memimpin peralihan tenaga mesra alam, Amit Beriya, Pengarah Penyimpanan Tenaga & Hidrogen (Perkhidmatan Teknikal BD), ACWA Power, George Pechlivanoglou, Ketua Pegawai Teknologi Eunice, Ana Lia Rojas, Presiden EnerConnex Chile & Presiden Majlis Chile untuk Pemimpin Wanita dalam Tenaga dan Alam Sekitar, CWEEL dan Edson Uamusse, Pengarah Perancangan Strategik & Penasihat Pengerusi, Energy Fund Mozambique telah berkongsi pandangan mereka daripada industri tenaga yang dikendalikan oleh Hariram Subramanian.
Kerjasama demi Masa Depan Lebih Mesra Alam dan Cerah
Huawei Digital Power mematuhi strategi perkakasan terbuka, perisian sumber terbuka dan kolaborasi berperingkat-peringkat bersama pengusaha industri demi masa depan yang lebih mesra alam dan lebih cerah. Sebagai bahagian penting dalam sidang kemuncak ini, Huawei menandatangani memorandum persefahaman dengan Grupo IMELSA dan HYBRICO Energy bagi tujuan kerjasama strategik berhubung tenaga bersih dan pembangunan infrastruktur mesra alam. Huawei turut menandatangani kontrak penting dengan SEPCOIII untuk Projek Laut Merah dengan 400 MW PV ditambah dengan penyelesaian penyimpanan tenaga bateri (BESS) 1300 MWj yang kini merupakan projek penyimpanan tenaga yang terbesar di dunia.
Apa yang membuatkan Huawei Digital Power berbeza daripada rakan setaranya ialah falsafah uniknya iaitu "Gunakan Bit untuk Mengurus Watt". Khususnya, En. Yang menyatakan bagaimana syarikat tersebut akan menggunakan teknologi digital untuk mengurus elektronik dan peralatan kuasa, menyediakan penyelesaian yang dipermudah, mesra alam, pintar dan selamat untuk penjanaan kuasa elektrik, infrastruktur ICT mesra alam, pengelektrikan pengangkutan dan sistem tenaga bersepadu.
Seruan untuk Inisiatif Keneutralan Karbon
Keneutralan karbon telah menjadi satu konsensus dan misi global. Di sidang kemuncak ini, Huawei Digital Power menyeru tindakan global untuk meneruskan pembangunan rendah karbon dan mampan yang memerlukan inovasi yang berterusan, penerimaan amalan mesra alam dan saling bekerjasama untuk membina ekosistem yang terbuka dan saling menguntungkan.
Liu Fangjiang, Presiden SEPCOIII International, Eaman Al Roudhan, Ketua Pegawai Eksekutif Zain Kuwait, Sen. Rocio Adriana Abreu Artinaño, Presiden Suruhanjaya Tenaga, Senat Republik Mexico, Ahmad Abdulkarim Julfar, Ahli Lembaga, Eksekutif, Pengarah Urusan di du, serta Simon McCormick, Ketua Pegawai Teknologi Echelon, kesemuanya telah menyokong inisiatif Huawei semasa berlangsungnya sidang kemuncak ini. Mereka disertai oleh En. Yang.
Melalui kerjasama terbuka dan inovasi bersama, Huawei Digital Power dan rakan kongsi globalnya kini berkongsi komitmen untuk memerangi pemanasan global dan menyumbang ke arah keneutralan karbon di seluruh dunia.
Menerangi Burj Khalifa untuk Memberi Inspirasi dan Memulakan Perubahan
Sebagai penamat yang mengujakan bagi Sidang Kemuncak Kuasa Digital Global 2021, Huawei Digital Power menerangi Burj Khalifa, bangunan yang tertinggi di dunia dan mercu tanda ikonik di Dubai, untuk memberi inspirasi kepada komuniti antarabangsa bagi mempercepatkan peralihan yang mesra alam dan bersama-sama membina masyarakat rendah karbon dan pintar.
Latar Belakang Huawei
Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia.
Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di tempat dan masa anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei