omniture

1300 MWj! Huawei Menang Kontrak untuk Projek Simpanan Tenaga Terbesar Dunia

Huawei Digital Power
2021-10-20 09:27 120

DUBAI, UAE, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Huawei Digital Power telah melabuhkan tirai Sidang Kemuncak Kuasa Digital Global 2021 di Dubai, UAE dengan lebih daripada 500 peserta dari 67 negara hadir, pada 16 Oktober. Di sidang kemuncak ini, Huawei Digital Power menandatangani kontrak penting dengan SEPCOIII untuk Projek Laut Merah dengan 400 MW PV ditambah dengan penyelesaian penyimpanan tenaga bateri (BESS) 1300 MWj yang kini merupakan projek penyimpanan tenaga yang terbesar di dunia. Kedua-dua pihak ini akan bekerjasama untuk membantu Arab Saudi membina pusat tenaga bersih dan ekonomi mesra alam global.

Projek penyimpanan tenaga luar-grid 1300 MWj ini merupakan yang terbesar seumpamanya di dunia dan mewakili pencapaian dalam industri penyimpanan tenaga global.


Projek Laut Merah telah disenaraikan dalam Visi Saudi 2030 sebagai projek penting. Pemajunya ialah ACWA Power manakala kontraktor am EPC ialah SEPCOIII. Terletak di pesisir Laut Merah, NEOM turut dikenali sebagai bandar masa depan, dikuasakan sepenuhnya oleh tenaga boleh diperbaharui. Ia akan memimpin cara hidup baharu dan memacu pertumbuhan ekonomi baharu, memandangkan sumber seperti minyak semakin berkurangan.

Dengan lebih daripada 10 tahun pengalaman menyelidik dan membangunkan sistem penyimpanan tenaga selain lebih daripada 8 GWj aplikasi sistem penyimpanan tenaga, Huawei Digital Power komited untuk mengintegrasikan teknologi maklumat digital dengan PV dan teknologi penyimpanan tenaga untuk membina sistem simpanan tenaga rentetan pintar yang lebih cekap, stabil dan selamat menggunakan reka bentuk rentetan, pintar dan modular, bertujuan untuk membantu PV menjadi sumber tenaga utama dan membina masa depan yang mesra alam dan cerah.

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di tempat dan waktu anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

Source: Huawei Digital Power
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Trade show news