omniture

Yili Goup Hadiri Forum Peradaban Ekologi COP15 untuk Membincangkan Pemuliharaan Biodiversiti

Yili Group
2021-10-20 09:28 41
  • Yili mengumumkan inisiatif pemuliharaan biodiversiti terbaru: "Menyelamatkan Gajah Asia Terancam" dan "Padang Rumput Pintar"
  • Yili menghadiri COP15, menunjukkan kemajuan "Inisiatif Tanahair Yili" dan membincangkan rancangan mengenai pemuliharaan biodiversiti

KUNMING, China, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pada 14 Oktober, Forum Peradaban Ekologi di bawah Persidangan Parti ke-15 (COP15) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) (15th Conference of the Parties (COP15) of the Convention on Biological Diversity (CBD)) bermula di Kunming, Wilayah Yunnan, China. Sebagai wakil perusahaan perniagaan, Yili telah diundang ke sub-forum "Peradaban Ekologi dan Pengarusutamaan Biodiversiti". Semasa sesi ini, Yili telah menunjukkan kemajuan "Inisiatif Tahahair Yili" dan membincangkan rancangan mengenai pemuliharaan biodiversiti bersama dengan pakar-pakar di seluruh dunia.

Yili plans to invest five million yuan to save endangered Asian elephants.
Yili plans to invest five million yuan to save endangered Asian elephants.

Projek "Padang Rumput Pintar" Yili

Yili Satine bergabung dengan Jawatankuasa Nasional Cina untuk program MAB UNESCO untuk melancarkan projek pengawasan dan perlindungan "Padang Hijau" pertama China, menurut Zhao Xin, Naib Presiden Yili Group.

Melindungi ekosistem padang rumput memerlukan kefahaman yang lebih baik mengenai padang rumput, dan kuncinya ialah untuk memperoleh maklumat yang lebih tepat dan terperinci. Projek ini bertujuan untuk mengawasi dan mengumpul data secara meluas dalam cara yang lebih pintar. Untuk menjadi lebih khusus, teknologi pengawasan inframerah dan sistem kamera automatik yang terkini akan digunakan untuk mengumpul data dan menyokong usaha penyelidikan berkaitan dan projek-projek pemulihan di masa akan datang.

Yili telah lama komited kepada perlindungan padang hijau. Dengan mempromosi perladangan bersepadu di padang ragut di Ar Horqin Banner, keluaran tahunan alfalfa dan oat yang unggul di sama telah mencapai lebih 40,000 tan, sementara 46,000 mu (≈ 30.7km²) padang rumput yang rosak telah diperbaiki.

"Inisiatif Tanah Air Yili"

Di bawah inisiatif ini, Yili telah mengabdikan dirinya kepada pemuliharaan biodiversiti melalui pelbagai tindakan dengan WWF dan China Green Foundation, meliputi perlindungan rumput hijau, perlindungan tanah lembap di Timur Laut China, dan perlindungan habitat bagi gajah-gajah Asia.

Pada hari sebelum COP15, Yili Group melancarkan projek "Selamatkan Gajah Asia Terancam" secara rasmi. Yili merancang untuk bekerjasama dengan China Green Foundation dalam tempoh lima tahun akan datang dengan pelaburan tidak kurang daripada lima juta yuan. Di samping itu, susu oat Plant Selected Yili kini mempunyai reka bentuk pakej baharu menampilkan tema "menghantar gajah pulang". Tiga peratus daripada penjualan produk akan didedikasikan untuk menyokong inisiatif perlindungan gajah.

Projek ini akan dilancarkan dalam lima aspek, terutamanya membaik pulih habitat, menyelamatkan gajah-gajah liar, mengukuhkan perlindungan, melibatkan komuniti, dan mendidik orang awam mengenai sains semulajadi.

Pengeluaran dan Operasi Hijau

Dalam tahun 2020 sahaja, 114 pembekal Yili digalakkan untuk beralih ke pembungkusan hijau, bahan boleh urai dan boleh kitar semula, dan teknik pemprosesan standard. Tambahan lagi, Yili mematuhi prinsip kilang hijau dan perlindungan alam sekitar di pelbagai peringkat, yang bermula daripada reka bentuk seni bina untuk memilih bahan bangunan, dan kecekapan tenaga dan sumber.

Yili juga telah menerima pakai bahan pembungkusan mesra alam sekitar. Semua produk Satine Milk Yili dibungkus dengan bahan yang diperakui FSC, dan penutup botol berasaskan tumbuhan yang diperbuat daripada tebu yang lestari dan boleh dikitar semula digunakan di China buat pertama kalinya. Ini akan membantu mengurangkan jejak karbon dan kebergantungan kepada bahan bakar fosil.

Sebagai memperingati COP15 pertama yang diadakan di China, Satine Milk Yili melancarkan pembungkusan Edisi terhad di bawah tema pemuliharaan biodiversiti. Penutup botol berasaskan tumbuhan dan bahan pembungkusan yang diperakui FSC mewakili gesaan daripada pelanggan untuk menyertai usaha melindungi alam sekitar. Pengguna juga dapat menonton penstriman langsung yang bertemakan perlindungan ekologi padang hijau dengan mengimbas kod QR pada pembungkus botol.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Related Links:
Keywords: Agriculture Beverages Environmental Products & Services Food/Beverages Green Technology Animal Welfare Animals/Pets