omniture

Huawei anjur Sidang Kemuncak "ICT Mesra Alam untuk Pembangunan Mesra Alam" dengan Kerjasama Informa Tech

Huawei
2021-10-20 22:18 197

SHENZHEN, China, 20 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Dunia Lebih Baik (BWS) yang dianjurkan oleh Huawei dengan kerjasama Informa Tech, Bob Cai, Ketua Pegawai Pemasaran Carrier Business Group Huawei, menyampaikan ucapan perasmian yang bertajuk "ICT Mesra Alam untuk Pembangunan Mesra Alam." "Sebagai penyedia global yang terkemuka untuk infrastruktur ICT dan peranti pintar, Huawei menggabungkan pembangunan mesra alam ke dalam segala-gala yang kami lakukan. Kami melihat hal ini sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami. Di samping itu, Huawei bersedia untuk menjadi rakan kongsi terbaik untuk pengendali dalam usaha mereka ke arah keneutralan karbon," kata Cai. "Dengan produk dan penyelesaian inovatif kami, kami akan membantu pengendali mengurangkan emisi karbon dan menjadikan rangkaian mereka lebih menjimatkan tenaga. Kami juga ingin bekerjasama dengan pengendali dan menggunakan ICT untuk membolehkan industri-industri lain mengurangkan emisi karbon dengan lebih baik dan menjadi neutral karbon dengan lebih pantas."

Bob Cai berucap di BWS
Bob Cai berucap di BWS

Pada bulan Jun 2021, Huawei dan Informa Tech bersama-sama mencadangkan inisiatif Keamatan Karbon Rangkaian (Network Carbon Intensity, NCI) yang mana emisi karbon bagi setiap bit data ditakrifkan sebagai metrik baharu untuk rangkaian mesra alam. Huawei menegaskan bahawa usaha orang ramai untuk mencapai kehidupan yang lebih baik perlu seimbang dengan keperluan emisi karbon yang lebih rendah maka syarikat ini mencadangkan inisiatif ini untuk mengurus dan mengukur hala tuju pengurangan karbon dengan lebih baik.

Semasa berlangsungnya sidang kemuncak ini, Huawei menegaskan keperluan untuk mewujudkan platform bagi tujuan kolaborasi industri berhubung pembangunan mesra alam dan berkata bahawa BWS merupakan contoh yang baik. Platform ini akan kerap menghimpunkan rakan industri dan pengendali untuk berkongsi teknologi yang inovatif dan amalan terkini dari segi cara kami mengurangkan emisi karbon dan menyumbang kepada industri ICT yang mesra alam. Menurut Cai, di MWC Barcelona 2022, Huawei akan terus mengadakan forum pembangunan mesra alam bersama rakan kongsinya untuk berkongsi amalan industri dan penyelesaian terkini dan kesemua rakan industri dan pengendali dialu-alukan untuk menghadiri forum ini.

"Kami percaya bahawa BWS di Dubai merupakan satu permulaan yang baik. Memandang ke hadapan, kami akan terus bekerjasama dengan rakan industri dan pengendali kami untuk memperkasa pembangunan yang mesra alam dalam semua industri menggunakan teknologi inovatif kami," kata Cai pada penghujung ucapan beliau. "Seperti yang kami bayangkan untuk tema dewan pameran utama kami di Dubai, 'Lighting up the Future' ('Menerangi Masa Depan'), kami percaya bahawa kami akan menerangi masa depan yang lebih mesra alam bersama-sama."

Hadirin lain yang berucap di acara ini termasuk Richard Mahony, Naib Presiden Pasaran Penyedia Perkhidmatan Informa Tech; Dr. Dena Assaf, Penyelaras Residen PBB Emiriah Arab Bersatu; Tommy Stadlen, Pengasas Bersama Giant Ventures; Dr. Ahmed Bin Ali, Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat Etisalat; Hervé Suquet, Naib Presiden Kanan Tenaga Kumpulan Orange; Dirk Karl, Ketua Pegawai Perolehan MTN; Tanveer Mohammad, Naib Presiden Kanan Operasi Global Telenor; dan Aaron Jiang, Naib Presiden Huawei Wireless Product Line.

Latar Belakang Huawei

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih daripada 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia. 

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Trade show news