DUBAI, UAE, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Forum Ultra-Jalur Lebar (UBBF 2021) kali ke-7 dibuka hari ini di Dubai. Di acara ini, Peng Song, Presiden Pemasaran Pembawa & Penjualan Penyelesaian Global di Huawei, menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Extend Connectivity, Drive Growth" ("Melanjutkan Sambungan, Memacu Pertumbuhan"). Beliau menakrifkan dan menghuraikan mengenai model C.A.F (Gabungan Seni Bina Liputan) Huawei. Peng menekankan bahawa "Terdapat peluang yang sangat besar untuk penyambungan. Ia merupakan kunci untuk pengendali membina daya saing rangkaian berdasarkan kepada model CAF."
Tahun lalu padat baik dengan cabaran mahupun peluang. Permintaan terhadap penyambungan mengalami perubahan yang luar biasa untuk rumah mahupun perusahaan. Rumah telah menjadi pusat untuk pendidikan, kerja dan perdagangan. Perusahaan tidak lagi hanya memberi tumpuan kepada lebar jalur untuk penyambungan. Penyambungan perusahaan telah berubah daripada teknologi komunikasi (CT) kepada teknologi operasi (OT). Pelanjutan penyambungan dan penggabungan dengan awan menjadi subjek utama yang berkaitan dengan penyambungan. Hari ini, negara-negara di serata dunia mempercepatkan pendigitan dan nilai penyambungan telah ditakrifkan semula. Bagaimana pengendali dapat membantu mempercepatkan pendigitan industri, memaksimumkan nilai penyambungan dan mencapai pertumbuhan baharu?
Menurut Peng, model C.A.F merupakan kuncinya — "C" bermaksud liputan (coverage), "F" untuk gabungan (fusion) dan "A" untuk seni bina (architecture).
Liputan: Menerokai bahawa ketika ini bagaimana kita dapat melanjutkan penyambungan ke rumah dan perusahaan untuk memenuhi permintaan baharu dan mencapai nilai perniagaan. Permintaan terhadap penyambungan berubah-ubah di rumah mahupun perusahaan. Sebaik sahaja liputan yang lebih luas tersedia, pengendali perlu melanjutkan penyambungan ke setiap bilik, setiap peranti dan setiap sistem pengeluaran dalam perusahaan. Ini akan meningkatkan jumlah sambungan, meningkatkan kecenderungan pengguna dan akhirnya mencipta lebih banyak peluang perniagaan.
Dalam senario rumah, Peng mencadangkan dua acara untuk melanjutkan penyambungan ke rumah. Satu cara adalah dengan menggunakan perancangan grid gentian khidmat penuh Huawei dan penyelesaian AirPON dan Digital Quick ODN yang utama dalam industri untuk mempercepatkan liputan gentian dan melanjutkan gentian ke rumah. Satu lagi cara adalah dari FTTH (Gentian ke Rumah) kepada FTTR (Gentian ke Bilik), melanjutkan seterusnya gentian ke bilik untuk rangkaian rumah. Ini akan membawakan pengalaman melangkaui imaginasi kita. Semasa meningkatkan kecenderungan pengguna, lebih penting lagi, ia menyediakan tapak yang kukuh dalam rumah digital, lalu memungkinkannya untuk membangunkan perkhidmatan pintar.
Dalam senario perusahaan, Peng menekankan bahawa talian sewa perlu menyediakan tawaran yang dibezakan agar kekal kompetitif. Lebih penting lagi, penyambungan perlu dilanjutkan dalam perusahaan dari CT ke OT. Dengan cara ini, banyak masalah yang dihadapi oleh perusahaan dapat diselesaikan seperti kawalan PLC jarak jauh dalam syarikat-syarikat Besi & Keluli. Ini akan menghasilkan peningkatan kecekapan pengeluaran dan juga pengalaman pengguna.
Gabungan: Meneroka cara penyambungan dapat bergabung dengan awan dan mengupayakan pendigitan pada masa depan. Pendigitan merupakan peluang yang terbesar untuk industri ICT. Ia bukan lagi satu konsep, sebaliknya suatu kenyataan. Tidak dinafikan bahawa awan merupakan teras dalam pendigitan, namun begitu penyambungan turut memainkan peranan yang penting. Menurut Peng, "Gabungan" penting kerana penyambungan perlu bertumpukan awan dan membantu perusahaan berhijrah ke awan. Penyambungan dan awan perlu digabungkan. Pengendali dapat memainkan peranan yang besar dalam proses ini.
Dalam ucapan beliau, Peng menyebut dua fasa mengenai gabungan. Dalam fasa pertama, penyambungan perlu bertumpukan awan. Tiga kata kunci yang terlibat dalam fasa ini: "cepat" merujuk kepada penggunaan terminal awan pintar di sisi perusahaan untuk mencapai akses awan yang pantas; "saling sambungan berbilang-awan" melibatkan pengupayaan SRv6 dalam rangkaian tulang belakang untuk melaksanakan akses berbilang-awan melalui penyambungan tunggal; "berketentuan" bermaksud menyediakan keupayaan penghirisan rangkaian untuk kekal berketentuan.
Dalam fasa kedua, penyambungan harus bergabung dengan awan dan membina sebuah ekosistem. Ini merupakan bahagian yang paling mencabar, tetapi juga bahagian yang paling penting. Ia memerlukan pengecilan dan keterbukaan keupayaan rangkaian untuk melaksanakan awan pemilihan rangkaian dan rangkaian penjadualan awan.
Seni bina: Meneroka ciri-ciri seni bina rangkaian yang diperlukan untuk mencapai kejayaan perniagaan pada masa kini dan masa akan datang. Peng menegaskan bahawa untuk memudahkan evolusi rangkaian, mod daun-tulang-belakang (spine-leaf) diperlukan untuk menjadikan seni bina rangkaian lebih fleksibel. Teknologi-teknologi seperti PON dan OXC pula diperlukan untuk menjadikan perkhidmatan lebih mesra alam. Rangkaian Pemanduan Berautonomi perlu diperkenalkan untuk mengoptimumkan OPEX dari segi O&M. Usaha berterusan oleh Huawei dalam menerokai teknologi-teknologi baharu — seperti OXC, SRv6 dan ADN — telah mengukuhkan asas seni bina ini.
Peng mengakhiri ucapan dasar beliau dengan memetik pepatah Arab ini: "Tindakan ibarat buah, sementara kata-kata ibarat daun. Walaupun dengan persekitaran sukar yang kita hadapi, Huawei terus memfokuskan kepada inovasi dalam teknologi penyambungan. Kami akan terus memainkan peranan kami dan menyokong pelanggan kami untuk mencapai kejayaan perniagaan pada masa kini dan akan datang."