omniture

Kevin Hu Huawei: Rangkaian-Awan Pintar Inspirasikan Pertumbuhan Baharu

Huawei
2021-10-21 11:26 176

DUBAI, UAE, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Di Forum Ultra-Jalur Lebar (UBBF 2021) kali ke-7, Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei memperkenalkan empat ciri baharu Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei dan penghala pintar siri NetEngine semua senario, bagi menyediakan keupayaan perkhidmatan penggabungan rangkaian-awan dibezakan dan mempercepatkan transformasi digital untuk industri-industri.

Pendigitalisasi telah menjadi trend pembangunan global, dengan lebih daripada 50 negara dan wilayah termasuk China, Timur Tengah dan Kesatuan Eropah, sudahpun bersedia untuk memperkenalkan strategi-strategik digital mereka sendiri. Hasilnya, pendigitalisasi mendorong perubahan yang besar dari segi gaya hidup, pengeluaran dan tadbir urus setiap individu, rumah dan organisasi.

Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei menyampaikan ucapan dasar
Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei menyampaikan ucapan dasar

Menurut Hu, pendigitalisasi, di samping meningkatkan kemudahan dan memacu transformasi yang positif turut memperkenalkan banyak cabaran kepada rangkaian sedia ada. Sebagai contoh, ekoran ruang yang terhad dalam bilik peralatan CO, sukar untuk nod sedia ada menyediakan keupayaan pemprosesan perkhidmatan yang komprehensif. Hubungan pandu tuju (homing) tetap antara sumber dan rangkaian membuatkannya mencabar untuk menjadualkan trafik antara-DC dengan fleksibel. Operasi perkhidmatan hibrid daripada rangkaian sedia ada tidak lengkap untuk memenuhi keperluan perkhidmatan yang dibezakan hari ini.

Bagi mengatasi cabaran rangkaian yang dihadapi oleh pengguna semasa transformasi digital, Huawei memperkenalkan Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintarnya yang mempunyai empat keupayaan baharu — CO pinggir super khidmat penuh, penghirisan keras tahap-penyewa, kebolehprogram rangkaian berkuasa-SRv6 dan penyepaduan rangkaian-awan. Penyelesaian ini dapat memaksimumkan nilai sumber rangkaian pengendali dan kelebihan pelengkap awan dan rangkaian, membantu pengendali membina seni bina perkhidmatan DCIT yang menampilkan integrasi rangkaian-awan. Secara khususnya, keempat-empat keupayaan baharu ini menawarkan yang berikut:

  • CO pinggir super khidmat penuh: Peranti siri NetEngine 8000 M menyediakan keupayaan pemprosesan berbilang perkhidmatan yang asalnya disediakan oleh peranti yang berbeza seperti BRAS, CGN, IPsec dan SR. Dengan cara ini, CO dapat menyediakan perkhidmatan untuk pengguna rumah, mudah alih dan perusahaan, membuka ruang pertumbuhan perniagaan baharu di samping mengurangkan TCO yang ditanggung oleh faktor-faktor tersebut sebagai bayaran sewa bilik peralatan serta elektrik dan akhirnya meningkatkan keupayaan perkhidmatan rangkaian FMC.
  • Penghirisan keras tahap penyewa. Penghala akses pintar siri NetEngine A800 menyediakan sejumlah kelebihan penghirisan. Sebagai contoh, ia menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan sambil memastikan pengasingan tahap fizikal antara satu sama lain dan SLA perkhidmatan berketentuan. Ia menyokong penghirisan hierarki tahap penyewa yang dapat digunakan untuk lebih 1000 perkhidmatan dan aplikasi, memastikan jaminan perkhidmatan yang diperhalusi dan menggandakan keupayaan pengewangan. Penskalaan hirisan elastik dan pengembangan kapasiti dinamik tak hilang yang sangat kecil membolehkan sumber rangkaian disesuaikan berdasarkan keperluan khdimat pelanggan, mencapai sifar pembaziran sumber rangkaian dan meningkatkan penggunaan lebar jalur sebanyak lebih daripada 30%. "Keupayaan satu-kotak-untuk-berbilang-perkhidmatan" meringkaskan dengan ketara rangkaian perusahaan dan mengurangkan TCO sebanyak 40%.
  • Kebolehprogram rangkaian berkuasa-SRv6: Perantaian perkhidmatan SRv6 digunakan untuk mengupayakan pengaturcaraan rangkaian yang fleksibel berdasarkan kepada perkhidmatan, melaksanakan pengaturan bersepadu untuk berbilang perkhidmatan dan menyediakan jenis perkhidmatan bernilai tambah tambahan. Dasar SRv6 menyokong pemilihan laluan waktu sebenar, kependaman optimum dan jaminan perkhidmatan terbeza. Perusahaan dapat mengakses awan hanya dengan satu lompatan dan dalam masa sehari, lalu mempercepatkan penyediaan perkhidmatan secara dramatik.
  • Integrasi rangkaian-awan: Rangkaian sebagai satu Perkhidmatan menjadi sorotan. Melalui API dipermudah berorientasikan awan, beban kerja integrasi domain OSS dan BSS dikurangkan sebanyak lebih daripada 80%, lebih daripada 10 SP awan dipra-integrasikan dan lebih daripada 20 vendor domain OSS/BSS disalinghubungkan. Dengan cara ini, perkhidmatan rangkaian-awan dengan status seluruh-rangkaian divisualisasikan dapat disediakan dengan pantas kepada pelanggan dan perkhidmatan dapat disesuaikan dengan fleksibel untuk menyediakan pilihan DICT terbeza.

Di persidangan ini, Kevin Hu turut memperkenalkan penghala pintar siri NetEngine untuk semua senario bagi membantu pengendali membina rangkaian-awan yang pintar dalam era digital. Peranti ini termasuk penghala akses awan pintar (siri NetEngine A800), penghala pengagregatan khidmat penuh (siri NetEngine 8000 M) dan penghala tulang belakang pintar (NetEngine 8000 X16).

Dalam gelombang digital yang melanda dunia ketika ini, penggabungan rangkaian-awan menaik taraf dan berkembang dengan pesat mengikut peredaran masa, membawakan peluang mahupun cabaran untuk pengendali dan Huawei. Pada masa akan datang, Huawei akan terus bekerjasama dengan pengendali untuk mengatasi cabaran ini dan membina rangkaian-awan pintar IPv6+ dalam usaha untuk menyuntik momentum baharu dalam transformasi digital industri-industri.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Trade show news Data Analytics