DUBAI, UAE, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Di Forum Ultra-Jalur Lebar (UBBF 2021) kali ke-7, Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei memperkenalkan empat ciri baharu Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei dan penghala pintar siri NetEngine semua senario, bagi menyediakan keupayaan perkhidmatan penggabungan rangkaian-awan dibezakan dan mempercepatkan transformasi digital untuk industri-industri.
Pendigitalisasi telah menjadi trend pembangunan global, dengan lebih daripada 50 negara dan wilayah termasuk China, Timur Tengah dan Kesatuan Eropah, sudahpun bersedia untuk memperkenalkan strategi-strategik digital mereka sendiri. Hasilnya, pendigitalisasi mendorong perubahan yang besar dari segi gaya hidup, pengeluaran dan tadbir urus setiap individu, rumah dan organisasi.
Menurut Hu, pendigitalisasi, di samping meningkatkan kemudahan dan memacu transformasi yang positif turut memperkenalkan banyak cabaran kepada rangkaian sedia ada. Sebagai contoh, ekoran ruang yang terhad dalam bilik peralatan CO, sukar untuk nod sedia ada menyediakan keupayaan pemprosesan perkhidmatan yang komprehensif. Hubungan pandu tuju (homing) tetap antara sumber dan rangkaian membuatkannya mencabar untuk menjadualkan trafik antara-DC dengan fleksibel. Operasi perkhidmatan hibrid daripada rangkaian sedia ada tidak lengkap untuk memenuhi keperluan perkhidmatan yang dibezakan hari ini.
Bagi mengatasi cabaran rangkaian yang dihadapi oleh pengguna semasa transformasi digital, Huawei memperkenalkan Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintarnya yang mempunyai empat keupayaan baharu — CO pinggir super khidmat penuh, penghirisan keras tahap-penyewa, kebolehprogram rangkaian berkuasa-SRv6 dan penyepaduan rangkaian-awan. Penyelesaian ini dapat memaksimumkan nilai sumber rangkaian pengendali dan kelebihan pelengkap awan dan rangkaian, membantu pengendali membina seni bina perkhidmatan DCIT yang menampilkan integrasi rangkaian-awan. Secara khususnya, keempat-empat keupayaan baharu ini menawarkan yang berikut:
Di persidangan ini, Kevin Hu turut memperkenalkan penghala pintar siri NetEngine untuk semua senario bagi membantu pengendali membina rangkaian-awan yang pintar dalam era digital. Peranti ini termasuk penghala akses awan pintar (siri NetEngine A800), penghala pengagregatan khidmat penuh (siri NetEngine 8000 M) dan penghala tulang belakang pintar (NetEngine 8000 X16).
Dalam gelombang digital yang melanda dunia ketika ini, penggabungan rangkaian-awan menaik taraf dan berkembang dengan pesat mengikut peredaran masa, membawakan peluang mahupun cabaran untuk pengendali dan Huawei. Pada masa akan datang, Huawei akan terus bekerjasama dengan pengendali untuk mengatasi cabaran ini dan membina rangkaian-awan pintar IPv6+ dalam usaha untuk menyuntik momentum baharu dalam transformasi digital industri-industri.