omniture

JA Solar Sekali Lagi Diiktiraf 100% Boleh Diterima oleh Bank dalam Tinjauan Kebolehterimaan Bank Modul PV 2021 BloombergNEF

JA Solar Technology Co., Ltd.
2021-10-22 13:49 144

BEIJING, 22 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Keputusan daripada tinjauan kebolehterimaan bank modul PV 2021 BloombergNEF (BNEF) dikeluarkan baru-baru ini sekali lagi menunjukkan bahawa JA Solar berada dalam senarai kedudukan teratas bagi pengeluar modul PV dari segi kestabilan kewangan dan reputasi, dengan kebolehterimaan banknya diiktiraf oleh indeks pengesyoran 100% BNEF.

Penilaian kebolehterimaan bank terhadap pengeluar-pengeluar modul oleh BNEF adalah berdasarkan kepada analisis rekod prestasi, kestabilan kewangan dan teknologi modul selepas tinjauannya terhadap bank, dana, kontraktor kejuruteraan solar, pengeluar kuasa bebas dan penasihat teknikal, dengan liputan global.

Menurut data BNEF berhubung projek-projek yang dibiayai oleh pinjaman berjangka global, sejak Ogos 2019, bekalan modul JA Solar telah menyumbang terhadap proposisi tertinggi yang menunjukkan bahawa kebolehterimaan bank yang sangat besar untuk JA Solar telah diiktiraf oleh seluruh pasaran PV.

Keputusan tinjauan ini juga mengintegrasikan data ujian modul yang diperoleh daripada PV Evolution Labs (PVEL), sebuah makmal ujian pihak ketiga bebas dan Renewable Energy Test Center (RETC), agensi pengujian berwibawa dari Amerika Syarikat.

Menurut Kad Mata Keandalan Modul PV 2021 PVEL, JA Solar telah diiktiraf buat kali keenam sebagai "Pelaksana Terbaik." Kad Mata 2021 merupakan ringkasan terperinci bagi keputusan ujian yang berlangsung sepanjang tempoh 18 bulan. Program Kelayakan Produk (PQP) modul PV termasuk ujian dan analisis terhadap kitaran haba (TC600), haba lembap (DH2000), degradasi teraruh berpotensi (PID192), degradasi teraruh cahaya (LID), degradasi teraruh cahaya dan suhu yang ditingkatkan (LeTID) dan banyak lagi. Berbanding dengan kebanyakan ujian terpiawai, PQP adalah lebih teliti baik dari segi keadaan mahupun turutan dan hasilnya, keputusan yang diperoleh adalah lebih terperinci dan signifikan untuk senario aplikasi modul praktikal. Dinamakan sebagai "Pelaksana Terbaik" oleh PVEL merupakan pengiktirafan yang berharga terhadap kualiti dan prestasi cemerlang produk PV JA Solar.

Dalam Laporan Indeks Modul PV (PVMI) 2021 RETC, JA Solar diiktiraf sebagai "Pencapai Tinggi Keseluruhan" menerusi prestasi cemerlang modulnya dari segi kualiti, keandalan dan prestasi. Laporan PVMI 2021 meringkaskan keputusan ujian selama lebih daripada 12 bulan ke atas haba lembap (DH2000), beban mekanikal dinamik (DML), kecekapan modul solar, nisbah PTC-kepada-STC, ujian fail PAN, degradasi teraruh cahaya (LID), degradasi teraruh cahaya dan suhu yang ditingkatkan (LeTID), ujian pembanting, antara lain. Setiap ujian mempunyai kepentingan rujukan yang kukuh untuk keandalan modul dalam senario aplikasi praktikal. Memenangi anugerah "Pencapai Tinggi Keseluruhan" secara berturut-turut mengesahkan lagi kelebihan prestasi modul JA Solar dari segi kecekapan, keandalan dan kapasiti penjanaan kuasa dan memperlihatkan dengan sempurna penetapan minda reka bentuk modul "berorientasikan pelanggan, untuk mencapai LCOE optimum".

JA Solar sentiasa komited untuk menggalakkan pembangunan dan aplikasi teknologi PV yang berkecekapan tinggi dan menyediakan produk serta perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan di seluruh dunia dan telah mendapat pengiktirafan tinggi dalam pasaran global. Dengan jumlah penghantaran globalnya yang mendapat tempat antara tiga teratas selama beberapa tahun secara berturut-turut, JA Solar telah dianugerahkan meterai Top Brand PV dalam pasaran Eropah, Timur Tengah & Afrika Utara, Australia dan Vietnam.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Awards Survey, Polls & Research