omniture

Xinhua Silk Road: Pameran Seni Musim Bunga & Musim Luruh Taoxichuan 2021 (Pameran Musim Luruh) lancar pelbagai aktiviti

Xinhua Silk Road
2021-10-22 14:03 133

BEIJING, 21 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Seni Musim Bunga & Musim Luruh Taoxichuan 2021 (Pameran Musim Luruh), yang diadakan secara rasminya di Taoxichuan Ceramic Art Avenue di Bandar Jingdezhen, Wilayah Jiangxi, timur China pada hari Isnin, merupakan satu gabungan besar-besaran antara persembahan, pasaran, pameran & forum serta muzik.

Photo shows the performance during the 2021 Taoxichuan Spring & Autumn Art Fair (Autumn Fair) by artists from the Xishuangbanna Dai Autonomous Prefecture, southwest China's Yunnan Province.
Foto menunjukkan persembahan semasa Pameran Seni Musim Bunga & Musim Luruh 2021 (Pameran Musim Luruh) oleh artis dari Wilayah Autonomi Xishuangbanna Dai, Wilayah Yunnan barat daya China.

Dalam menempuh jatuh bangun kehidupan sepanjang abad yang lalu, Taoxichuan Jingdezhen bangkit dengan semangat baharu dan kembali menjadi tumpuan orang ramai. Tahun ini, pameran ini melibatkan lebih banyak unsur pindah silang seperti festival pelancongan, persembahan muzikal serta pameran budaya seramik bagi menyuntik lebih banyak darah muda ke ibu kota seramik berusia 1,000 tahun ini yang sekali lagi menonjolkan kevitalannya.

Semasa berlangsungnya Pameran Musim Luruh ini, persembahan opera, serta persembahan rakyat yang menampilkan warisan budaya tak ketara akan diadakan di kawasan budaya kreatif Taoyangli di Taoxichuan Ceramic Avenue.

Persembahan muzikal asal Toward Jingdezhen akan diadakan di Jingdezhen Taoxichuan Grand Theater untuk mempersembahkan pertembungan antara budaya timur dan barat selain warisan semangat purba dan moden.

Pameran seni ini yang dianjurkan pada setiap musim bunga dan musim luruh sebagai aktiviti jenama oleh Taoxichuan Ceramic Art Avenue telah mengadakan dua sesi dengan jayanya sejak Oktober 2017. 68 akademi dan institusi seni, lebih daripada 340 artis bebas dan sekitar ribuan belia yang inovatif dan berkeusahawanan dari 50 negara teah mengambil bahagian dalam pameran ini.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324384.html

Photo shows the glass artist show during the Autumn Fair at Taoxichuan Ceramic Avenue in Jingdezhen, east China's Jiangxi Province.
Foto menunjukkan pameran artis kaca semasa Pameran Musim Luruh di Taoxichuan Ceramic Avenue di Jingdezhen, Wilayah Jiangxi timur China.

 

 
Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Trade show news