omniture

Xinhua Silk Road: Pameran Seni Musim Bunga dan Musim Luruh Taoxichuan (Pameran Musim Luruh) bermula di Jingdezhen, Timur China

Xinhua Silk Road
2021-10-22 19:43 176

BEIJING, 22 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pameran Seni Musim Bunga dan Musim Luruh Taoxichuan (Pameran Musim Luruh), acara cirian bagi Taoxichuan Ceramic Art Avenue di Jingdezhen, Wilayah Jiangxi, timur China, bermula secara rasminya pada hari Isnin berserta perasmian Pameran Seramik Antarabangsa Jingdezhen China kali ke-18.

Pameran Seni Musim Bunga dan Musim Luruh Taoxichuan (Pameran Musim Luruh) bermula pada hari Isnin.
Pameran Seni Musim Bunga dan Musim Luruh Taoxichuan (Pameran Musim Luruh) bermula pada hari Isnin.

Bertemakan "Kegebiraan yang Besar buat Semua", Pameran Musim Luruh ini menampilkan tiga aktiviti muzik utama termasuk perhimpunan golongan pujangga, persembahan muzikal dan festival muzik selama lima hari selain lebih daripada sepuluh jenis aktiviti seperti pameran, bengkel, forum, ceramah dan sebagainya.

Persembahan muzikal asal Toward Jingdezhen, sebuah blokbuster tempatan yang ditayangkan buat julung kalinya di Taoxichuan Grand Theater pada bulan Mei ini, telah dilancarkan sekali lagi baru-baru ini dengan plot yang disesuaikan, lebih banyak unsur baharu ditambah, koreografi disusun semula dan kostum dikemas kini selepas menerima pandangan pakar dan maklum balas penonton, yang membawakan pengalaman yang lebih baik kepada penonton.

Aktiviti perhimpunan golongan pujangga Meet Jingdezhen berlangsung di kawasan pemandangan indah Taoyangli, tempat selari sejauh dua kilometer dari Taoxichuan, di mana penyanyi dan penghibur terkenal Li Yugang bekerjasama dengan artis-artis yang berkepakaran dalam budaya tradisional Cina seperti penghibur opera Cina, pembuat teh dan tukang untuk menggabungkan antara sejarah dan budaya porselin Jingdezhen menjadi puisi dan muzik yang diperbaharui.

Pameran Musim Luruh juga ditonjolkan oleh festival muzik selama lima hari yang menggabungkan elemen bergaya seperti Hanfu, gaya dan animasi kebangsaan untuk membawakan elemen keterujaan yang tidak dijangkakan kepada penonton. Jerayawara interaktif dan hadiah kecil-kecilan turut menambahkan kejutan kepada pengembaraan untuk pelancong.

Selain daripada tiga aktiviti ini, pasaran muzik kreatif akan turut dipersembahkan sebagai satu platform untuk mengumpulkan pereka dan artis terkenal dari dalam dan luar negara untuk mengadakan aktiviti yang interaktif seperti persembahan jalanan dan siaran langsung untuk bertukar-tukar pandangan mengenai seni, ketukangan, muzik dan sebagainya.

Semasa berlangsungnya Pameran Musim Luruh ini, lapan pameran seni berkualiti tinggi akan disediakan kepada orang awam seperti Pameran Pencapaian Zon Perintis Inovasi Warisan Budaya Seramik Negara Jingdezhen, Pertunjukan Artis Kaca Baru Muncul Taoxichuan dan Dunia Warna-Warni Sean Chen.

Selain daripada pameran seni luar talian, tukang seramik Amerika Linda Casbon dan Lynn Duryea turut diundang untuk mengadakan ceramah dalam talian bagi berkongsi pandangan mengenai penyelidikan dan penciptaan seni.

https://en.imsilkroad.com/p/324382.html

Li Yugang mempersiapkan perhimpunan pujangga di kawasan indah Taoyangli.
Li Yugang mempersiapkan perhimpunan pujangga di kawasan indah Taoyangli.

 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Trade show news