omniture

Risen Energy Mengumumkan Kedatangan Era PV 7.0

Risen Energy Co., Ltd
2021-10-23 06:39 382

Pembuat modul solar menganjurkan seminar mengenai teknologi di sebaliknya dan aplikasi untuk modul berkuasa tinggi 

NINGBO, China, 23 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Seminar Teknologi dan Aplikasi Modul Berkuasa Tinggi Risen Energy Co., Ltd. (Risen Energy), pembuat yang terkemuka bagi modul berkuasa tinggi di China, melabuhkan tirai dengan jayanya di Kunming, Wilayah Yunnan. Semasa berlangsungnya seminar ini, pengusaha-pengusaha industri yang utama termasuk Risen Energy dan Trina Solar selain institusi-institusi penyelidikan dan pensijilan terkenal bersama-sama meninjau trend yang melanda sektor ini dan langkah-langkah seterusnya yang perlu diambil berdasarkan trend berkenaan bagi menjamin pertumbuhan industri untuk modul berkuasa tinggi dalam konteks matlamat keneutralan karbon China. Wu Xuelin, pengurus kanan pengurusan produk di Risen Energy menyampaikan ucapan dasar "Tinjauan untuk Era 700W+: Gabungan Sempurna antara Kecekapan, Saiz dan Teknologi" di acara ini.

Matlamat keneutralan karbon dan pelancaran beberapa dasar menggalakkan yang selanjutnya menonjokan komitmen China terhadap sektor tenaga boleh diperbaharui dan mampan serta menyuntik momentum baharu terhadap hala tuju produk pembuat PV Cina. Salah satu butiran penting daripada penelitian trend ini ialah pengurangan selanjutnya terhadap kos tenaga teraras (LCOE) merupakan kunci kepada transformasi seluruh industri PV ini. Wu menegaskan dalam ucapan dasar bahawa modul bersaiz besar dan berkuasa tinggi yang berasaskan kepada platform wafer silikon 210mm merupakan produk yang dapat memaksimumkan pengurangan LCOE dan memberi dorongan besar seterusnya yang diperlukan oleh industri ini. Prospek untuk jualan produk dijangkakan menjadi lebih cerah, hasil daripada beberapa dasar yang menggalakkan.

Pada bulan Jun tahun ini, Risen Energy melancarkan NewT@N, modul solar keluaran besar-besaran yang pertama dalam industri ini dengan output sehingga 700W dan kecekapan modul keseluruhan mencecah 22.9 peratus, seraya menandakan kedatangan era PV 7.0. Sebagai contoh yang terserlah bagi siri voltan rendah, arus tinggi baharu daripada Risen Energy, NewT@N membawa beban yang lebih tinggi, mempunyai lebih banyak kapasiti terpasang, meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa dan mengurangkan bilangan aksesori yang diperlukan dalam pemasangan di samping mengurangkan kos. Dengan reka bentuk terpiawai, NewT@N memaksimumkan kemudahan dan nilai modul serta penyelesaian kuasa ultra tinggi semasa aplikasi. NewT@N juga mempunyai kelebihan sel jenis-N seperti pekali suhu yang sangat rendah, prestasi dan kestabilan rendah cahaya yang cemerlang, lalu menjadikannya produk yang terbaik dalam kelasnya.

Didorong oleh promosi Risen Energy, wafer silikon 210mm telah menerima pengiktirafan tinggi dalam kalangan penggiat pasaran memandangkan kestabilannya dan hasil yang tinggi telah terbukti melalui data pengukuran yang mantap. 600W+ Photovoltaic Open Innovation Ecological Alliance yang dipimpin oleh Risen Energy telah mewujudkan rantaian industri atas-bawah yang membawakan wafer silikon 210mm. Dengan mengambil kira kecekapan dan hasilnya yang tinggi, wafer silikon 210mm telah menjadi penyelesaian pilihan untuk stesen janakuasa besar dan projek PV solar teragih peringkat daerah.

 

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade policy Trade show news