SINGAPURA, 25 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Penyedia ICT global yang terkemuka, HUAWEI CLOUD hari ini berkongsi formula di sebalik kejayaan globalnya bersama pemegang kepentingan utamanya di Sidang Kemuncak Rakan Kongsi APAC 2021 mayanya. Acara ini turut meraikan rakan-rakan kongsi HUAWEI CLOUD yang paling cemerlang.
Berucap di acara ini, Zeng Xingyun, Presiden Ekosistem APAC HUAWEI CLOUD, berkata bahawa teknologi serampang dua mata syarikat ini dan strategi berfokuskan pelanggan telah menyenaraikan jenama ini sebagai lima penyedia Infrastruktur sebagai satu perkhidmatan (IaaS) awan terbaik di seluruh dunia dan dalam empat teratas bagi pasaran baru muncul Asia Pasifik.
"Kami telah melabur sebanyak lebih daripada RMB 720 bilion dalam penaiktarafan infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan sepanjang dekad yang lalu untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna kami. Di Asia Pasifik, menerusi 20 pejabat dan agensi perwakilan kami, lebih 9,000 pekerja, 10,000 jurutera dan pakar perkhidmatan bertauliah menjamin kejayaan pelanggan dan juga kejayaan kami sebagai salah satu penyedia perkhidmatan awan yang terkemuka di seluruh dunia," kata Zeng.
Transformasi Digital Industri APAC dengan kerjasama HUAWEI CLOUD
HUAWEI CLOUD turut memupuk transformasi digital industri dengan platform dan ekosistemnya, memfokuskan kepada institusi kerajaan, industri perkhidmatan kewangan (FSI), logistik dan tenaga, malah organisasi media.
"Kami menggunakan teknologi kami untuk memperkasa rakan kongsi kami dan membolehkan mereka mencapai lebih lagi, secara digital. Sebagai contoh, rakan-rakan institusi kerajaan kami telah membantu menggubal dasar Covid-19, projek bandar pintar dan program rawatan kesihatan terbantu AI. Dalam sektor logistik, rakan kongsi kami menggunakan teknologi kami untuk mengautomasikan gudang dan mengoptimumkan operasi pengangkutan dan pengedaran," kata Nicole Lu, Naib Presiden Ekosistem APAC HUAWEI CLOUD.
Di sidang kemuncak ini, HUAWEI CLOUD turut mengumumkan pengembangan jaringan rakan kongsinya melalui beberapa kerjasama baharu.
Horangi
Satu kerjasama baharu dengan firma keselamatan siber, Horangi mengupayakan penyampaian penyelesaian keselamatan awan siap guna di HUAWEI CLOUD yang dikuasakan oleh Warden, aplikasi Pengurusan Postur Keselamatan Awan (CSPM) unggulan Horangi. Peraturan keselamatan infrastruktur Warden, penyampaian amalan terbaik Pengurusan Identiti dan Akses (IAM) serta keupayaan pengesanan ancaman dapat meningkatkan dengan ketara postur risiko siber organisasi-organisasi di HUAWEI CLOUD.
ZIONEXT
Dengan ZIONEXT, HUAWEI CLOUD akan bersama-sama membangunkan produk dan perkhidmatan baharu dalam bidang pembelajaran dan pengajaran digital. Berdasarkan kepada platform dan aplikasi pengurusan pembelajaran berasaskan awan ZIONEXT, gandingan ini akan bersama-sama memasarkan produk dan perkhidmatan baharu di seluruh dunia, terutamanya di wilayah Indo-Pasifik dan Asia Tengah.
USEA Global, Advocado, 4Paradigm dan YonYou
Lima pengusaha antarabangsa ini akan membangunkan Inisiatif Runcit Pintar untuk memacu transformasi digital antara kedai-kedai dengan bangunan fizikal. Inisiatif ini merupakan landas pelancaran untuk revolusi industri runcit Singapura. 'Sandbox' baharu ini akan membolehkan peruncit mengambil bahagian dalam pelbagai bukti konsep, menggunakan pulau ini sebagai hab untuk penyelesaian runcit pintar.
Cloudwise
Platform Pusat Operasi Digital Cloudwise disampaikan dalam model SaaS di HUAWEI CLOUD. Kedua-dua syarikat ini bermatlamat untuk memacu dan menawarkan amalan terbaik yang memanfaatkan data raya, teknologi AI & IoT serta memberi sudut pandangan berbilang dimensi kepada perusahaan.
HUAWEI CLOUD Meraikan Rakan-Rakan Kongsi Cemerlang
Bagi mengiktiraf usaha rakan kongsi mereka, Sidang Kemuncak Rakan Kongsi APAC 2021 meraikan pencapaian dan inovasi cemerlang rakan-rakan industri Huawei di lebih lapan negara dan dalam 20 kategori.
"Kami gembira dapat memberi pengiktirafan kepada rakan kongsi berharga kami di Anugerah Rakan Kongsi APAC HUAWEI CLOUD sulung ini bagi mengiktiraf pencapaian dan inovasi cemerlang mereka. HUAWEI CLOUD komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk menyediakan perkhidmatan awan yang andal, selamat dan berpatutan yang memperkasa aplikasi dan dalam masa yang sama memanfaatkan data untuk membantu syarikat-syarikat berkembang," kata Nicole Lu, Naib Presiden Ekosistem HUAWEI CLOUD.
Latar Belakang HUAWEI CLOUD
HUAWEI CLOUD ialah penyedia perkhidmatan awan terkemuka yang membawa kepakaran Huawei selama lebih 30 tahun bersama-sama dalam produk dan penyelesaian infrastruktur ICT. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan awan yang andal, terjamin dan berkesan kos untuk memperkasa aplikasi, memanfaatkan kuasa data dan membantu organisasi daripada semua saiz berkembang dalam dunia pintar hari ini. HUAWEI CLOUD juga komited untuk membawakan perkhidmatan awan dan AI yang berpatutan, berkesan dan andal melalui inovasi teknologi.
Laman Sesawang: https://www.huaweicloud.com/intl/en-us/partners/
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/huaweicloudapac/
Facebook: https://www.facebook.com/HuaweiCloudAPAC/
Twitter: https://twitter.com/huaweiapac
Untuk muat turun imej, sila klik di sini:
https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1A9Gv_SaR8sq6DfCZgNuUXfYYuJ6_C25q?usp=sharing