omniture

CGTN: Sungai Kuning: Kisah perlindungan ekologi, pembangunan berkualiti tinggi Cina

CGTN
2021-10-25 10:21 46

BEIJING, 25 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Disifatkan sebagai "Ibu Sungai" China dan "tempat asal tamadun Cina", lembangan Sungai Kuning telah menyaksikan penambahbaikan yang luar biasa terhadap persekitaran ekologinya dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila kerajaan Cina meletakkan kepentingan yang semakin meningkat terhadap pemuliharaan terusan air yang kedua terpanjang di China ini.

Menggelar kepentingan Sungai Kuning sebagai penghalang ekologi, zon ekonomi dan tapak warisan budaya di China, Presiden Cina Xi Jinping telah mengulangi usaha untuk menggalakkan perlindungan terhadap ekologinya dan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Pada hari Rabu, Presiden Xi memeriksa muara Sungai Kuning di bandar Dongying, Wilayah Shandong, timur China. Beliau melawat dok di muara, pusat pemantauan ekologi dan rizab alam semula jadi peringkat negara di Delta Sungai Kuning.

Strategi negara 

"Perlindungan terhadap Sungai Kuning adalah kritikal terhadap penggiatan semula yang hebat dan pembangunan mampan bangsa Cina," kata Presiden Xi. Ini menjelaskan mengapa China telah menjadikan perlindungan ekologi dan pembangunan yang berkualiti tinggi terhadap lembangan Sungai Kuning sebagai strategi negara yang utama.

Bermula dari Wilayah Qinghai, Sungai Kuning mengalir merentasi sembilan wilayah dan kawasan berautonomi sebelum mengalir masuk ke Laut Bohai di Shandong.

Sebagai "koridor ekologi", Sungai Kuning, yang menghubungkan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, Dataran Tinggi Loess dan dataran di utara China dengan masalah kekurangan air yang teruk, memainkan peranan penting dalam meningkatkan persekitaran ekologi, memerangi penggurunan dan menyediakan bekalan air.

Terusan air sepanjang 5,464-kilometer ini membekalkan sumber air kepada kira-kira 12 peratus penduduk China, mengairi kira-kira 15 peratus tanah suai tani, menyokong 14 peratus KDNK negara dan membekalkan air kepada lebih daripada 60 bandar.

Sejak Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) ke-18, presiden Cina ini telah melawat kesemua wilayah dan kawasan berautonomi lembangan ini, berkongsi kebimbangan beliau mengenai "Ibu Sungai" China. Dalam tempoh kurang daripada setahun mulai Ogos 2019 hingga Jun 2020 sahaja, beliau telah memeriksa lembangan Sungai Kuning ini sebanyak empat kali.

Apakah cabarannya? 

Presiden Xi menyatakan mengenai kesukaran dan masalah dalam melindungi Sungai Kuning semasa lawatan pemeriksaan beliau seperti persekitaran ekologi yang mudah terjejas, keadaan pemeliharaan sumber air yang teruk dan keperluan untuk meningkatkan kualiti pembangunan.

Menurut Xi, keamanan Sungai Kuning penting untuk kestabilan China. Walaupun sungai ini tidak menyaksikan bahaya yang besar selama bertahun-tahun, Xi berulang kali memberitahu negara ini agar tidak mengurangi kewaspadaannya.

Keadaan semula jadi dan geologi sungai ini telah membawa kepada kejadian banjir yang kerap sejak zaman dahulu kala. Sepanjang 2,500 tahun yang lalu, Sungai Kuning memecahkan bentengnya lebih daripada 1,500 kali dan membuat 26 perubahan besar menerusi laluannya di paras bawah.

Namun begitu, aktiviti perindustrian yang sibuk sepanjang Sungai Kuning pernah menjadikannya dikenali sebagai salah satu sungai yang paling tercemar di dunia kira-kira 10 tahun yang lalu yang turut mengakibatkan kemerosotan ekologi.

Mengubah rangka tindakan kepada amalan 

Bagi menangani cabaran besar yang dihadapi oleh lembangan Sungai Kuning, kerajaan pusat dan kerajaan tempatan sepanjang sungai ini telah mengambil beberapa langkah, memberikan contoh bagaimana strategi negara mengalami transformasi daripada rangka tindakan kepada amalan konkrit dan dalam masa yang sama menunjukkan keazaman China untuk mengejar pembangunan yang berkualiti tinggi.

Sepanjang 70 tahun yang lalu, China telah menjalankan empat projek benteng berskala besar, membangunkan projek-projek pemeliharaan air, melaksanakan dua fasa projek kawalan banjir di paras bawah laluan air dan menyiapkan pembinaan tetambak standard. Menjelang tahun 2019, jumlah kelodak dan pasir terkumpul dalam Sungai Kuning telah dikurangkan sebanyak hampir 30 bilion tan sementara enapan sungai hiliran telah dikurangkan sebanyak 11.2 bilion tan.

Pembangunan lembangan Sungai Kuning yang berkualiti tinggi bermula dengan penyesuaian dan transformasi bandar-bandar perindustrian lama di hulu sungai, pembangunan pertanian moden di kawasan penghasilan bijirin utama serta penerokaan cara untuk membantu penduduk miskin sepanjang tepi sungai ini.

Negara ini turut membina lebih daripada 400 rizab alam semula jadi tanah lembap dan taman negara di lembangan ini. Rizab Simpanan Semula Jadi Negara Delta Sungai Kuning, kawasan yang dikunjungi oleh Presiden Xi pada hari Rabu, merupakan salah satu contohnya.

Rizab ini mencakupi seluas kira-kira 153,000 hektar, dengan tanah lembap merangkumi seluas lebih 70 peratus daripada kawasan keseluruhannya, merupakan tempat musim sejuk dan persinggahan penting untuk burung berhijrah, termasuk bangau oriental, spesies burung yang terancam.

Pada awal bulan Oktober, China mengeluarkan garis kasar mengenai perlindungan dan pembangunan Lembangan Sungai Kuning hingga tahun 2030, bertindak sebagai panduan untuk penggubalan dasar dan perancangan projek kejuruteraan di lembangan ini untuk mengatasi cabaran. Negara ini juga mempercepatkan penggubalan undang-undangnya untuk memajukan pemuliharaan ekologi dan pembangunan yang berkualiti tinggi di lembangan Sungai Kuning.

https://news.cgtn.com/news/2021-10-21/Xi-Jinping-inspects-Yellow-River-estuary-14xxlj4xQre/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Domestic policy