omniture

ZTE peroleh sijil ISO/IEC 27701:2019 dalam pengurusan sumber manusia

ZTE Corporation
2021-10-25 11:40 188

SHENZHEN, China, 25 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusianya telah lulus semakan dengan jayanya oleh British Standards Institute (BSI) dan syarikat ini telah memperoleh sijil ISO/IEC 27701:2019 PIMS (Sistem Pengurusan Maklumat Privasi) dalam pengurusan sumber manusia.

ZTE peroleh sijil ISO/IEC 27701:2019 dalam pengurusan sumber manusia
ZTE peroleh sijil ISO/IEC 27701:2019 dalam pengurusan sumber manusia

Ketika ini, ISO/IEC 27701:2019 merupakan salah satu piawaian perlindungan privasi yang paling berwibawa di seluruh dunia. Bertujuan untuk membantu organisasi-organisasi melindungi dan memproses maklumat peribadi yang terkumpul dengan berkesan, piawaian ini memberi sokongan padu kepada organisasi-organisasi untuk memenuhi kehendak Undang-undang Perlindungan Maklumat Peribadi China, Peraturan Perlindungan Data Umum EU selain undang-undang dan peraturan perlindungan data negara-negara serta wilayah-wilayah lain.

Skop pensijilan ini meliputi aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia di bawah tanggungjawab Jabatan Sumber Manusia ZTE Corporation termasuk perekrutan dan peruntukan, pampasan dan faedah, pengurusan pengkaderan, budaya korporat, hubungan pekerja serta pelbagai bidang perniagaan seperti perlindungan privasi untuk sistem maklumat sumber manusia, pelaksanaan undang-undang dan peraturan, keselamatan maklumat korporat, keselamatan kawasan fizikal dan pengurusan perolehan.

Sijil ISO/IEC 27701:2019 melambangkan pengiktirafan terhadap usaha perlindungan privasi pekerja ZTE oleh pihak berkuasa antarabangsa dan pencapaian yang dilakar oleh Jabatan Sumber Manusia ZTE Corporation dalam pembinaan serta pengendalian sistem pengurusan privasi peribadi.

"Dalam aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia, Jabatan Sumber Manusia ZTE Corporation perlu memproses sejumlah besar maklumat peribadi pekerja. ZTE amat mementingkan hak peribadi pekerja dan turut melindungi privasi pekerja," kata En. Gu Junying, Naib Presiden Eksekutif ZTE. "Syarikat ini telah menggabungkan undang-undang dan peraturan luaran ke dalam sistem dan peraturan tadbir urus korporat dan merangka langkah-langkah pengurusan yang boleh dilaksanakan selaras dengan kehendak ISO/IEC 27701:2019. Sistem dan peraturan ini selain langkah-langkah pengurusan telah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti pengurusan sumber manusia melalui alat digital, bagi menjamin keselamatan dan kredibiliti pemprosesan maklumat pekerja serta keabsahan dan pematuhan pengurusan proses."

En. Lin Jin, Pengarah Urusan BSI Asia Pacific, berkata: "Bagi pihak BSI Group, saya ingin mengucapkan tahniah kepada bahagian pengurusan sumber manusia ZTE kerana berjaya lulus audit dan memperoleh sijil sistem pengurusan maklumat privasi ISO/IEC 27701. Pemerolehan sijil ISO ini menandakan bahawa ZTE Corporation telah menjadi syarikat pertama di dunia yang memperoleh sijil ISO 27701 dalam bidang pengurusan sumber manusia dalaman."

"Pembinaan sistem perlindungan maklumat peribadi sumber manusia telah mencapai hasil yang membawa perubahan. Ia merupakan satu manifestasi penting terhadap perlindungan maklumat peribadi oleh syarikat, penghormatan terhadap hak dan kepentingan pekerja selain penunaian tanggungjawab majikan," tambah En. Lin Jin. "Pada masa akan datang, BSI akan terus menyokong penubuhan sistem pematuhan yang cemerlang daripada ZTE. Kami menantikan dorongan berterusan oleh ZTE terhadap keupayaan perlindungan data sumber manusia dan penyediaan demonstrasi penanda aras dan pengalaman berharga untuk seluruh industri ini dan juga tugas pematuhan data pelbagai syarikat."

Melangkah ke hadapan, ZTE akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat yang bertaraf dunia dan terkemuka dalam industri menerusi pematuhan perlindungan data peribadi, peningkatan pengurusan dan kawalan risiko hujung-ke-hujung serta pengoptimuman pengurusan dan operasi sistem, yang diharapkan dapat meningkatkan lagi pengurusan dan kawalan sistem yang efektif, mempromosikan jenama majikan, membina kepercayaan dan membentuk imej syarikat sebagai "pembela privasi pekerja".

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

 

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Workforce Management/Human Resources