omniture

Sasar Penuhi Keperluan Pelanggan, GWM Menang Beberapa Kejohanan bagi Penilaian Indeks Kepuasan Pelanggan Automobil China 2021

GWM
2021-10-25 12:11 94

BAODING, China, 25 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pada 12 Oktober, model-model GWM telah memenangi tempat pertama masing-masing dalam tiga anugerah menerusi penilaian CACSI 2021.

Model Pemenang Hadiah GWM bagi Penilaian CACSI 2021
Model Pemenang Hadiah GWM bagi Penilaian CACSI 2021

Berhubung kepuasan penggunaan produk, HAVAL H6 memenangi tempat pertama dalam segmen SUV Kompak CACSI yang bernilai antara RMB 100,000 dan 150,000. HAVAL DAGOU dan WEY Mocha (untuk Pasaran Cina) memenangi tempat pertama bagi "Market Spotlight SUV 2021". Di samping itu, dari segi kepuasan perkhidmatan produk, WEY dan HAVAL memenangi kejohanan bagi penilaian perkhidmatan jualan termasuk pra-jualan, pertengahan-jualan dan selepas-jualan.

Penilaian CACSI telah diadakan selama 20 tahun. Ia diakreditasi oleh CHINA ASSOCIATION FOR QUALITY, sebuah agensi pengujian dan penilaian berwibawa di China yang menggunakan model pemprosesan data termaju disatukan secara global untuk menilai produk. Keputusan pengujian dan penilaian bukan sahaja memberi rujukan yang positif untuk pembelian kenderaan oleh pelanggan, tetapi juga membantu perusahaan automobil meningkatkan kualiti produk.

Di Persidangan Dalam Talian Pengedar Luar Negara pada bulan Ogos tahun ini, Kong Lingbin, Pengarah Perkhidmatan Selepas-Jualan GWM berkata "Hanya dengan mengetahui keperluan pelanggan dapat membantu kami mencipta produk dan perkhidmatan dengan jiwa."

Bagi memuaskan kehendak pengguna global yang berbeza, GWM berdedikasi terhadap penaiktarafan produknya dan peningkatan kualiti perkhidmatan dalam banyak pasaran seluruh dunia. Di Rusia, ia melancarkan pikap mewah GWM POER pada bulan Jun tahun ini dan mendapat pujian daripada sebilangan besar pengguna tempatan.

"Saya amat berpuas hati dengan kualiti dan pengalaman pemanduan GWM POER. Gabungan yang sempurna antara enjin diesel 2.0L dan penyuaian sistem gear automatik ZF 8AT untuk pemecutan dalam semua keadaan. Apabila memandu di jalan raya berturap, GWM POER sama selesa seperti sebuah SUV," kata seorang pengguna selepas satu pandu uji.

Dalam pasaran Thailand, bagi mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan pengguna dan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dengan mutu perkhidmatan, GWM bekerjasama dengan NIDA Poll, sebuah agensi pengundian berwibawa dan melancarkan "Listening to the Voice of Thai Customers" ("Mendengar Suara Pelanggan Thai"). Acara ini menggamit perhatian ribuan pelanggan tempatan untuk berinteraksi dengan kakitangan lapangan. Selepas itu, GWM menaik taraf susun atur salurannya untuk menangani masalah kesukaran memperoleh maklumat model-model yang ditimbulkan oleh pelanggan. Ketika ini, GWM telah menubuhkan banyak kedai pengalaman baharu di pusat membeli-belah runcit dan bilik pameran jualan bandar serta menubuhkan sebuah Pusat Pengalaman Pengguna di Bangkok.

Di samping itu, untuk menjadikannya lebih mudah buat pelanggan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk kami, GWM turut menyediakan bilik pameran bergerak di pusat membeli-belah Afrika Selatan dan menyediakan perkhidmatan "Pandu Uji Maya" secara dalam talian di Australia.

Liu Xiangshang, Naib Presiden GWM, berkata "Hanya dengan merebut keperluan pelanggan kami dan memberi pengalaman perkhidmatan yang cemerlang, ia dapat memberi kemenangan kepada kami dalam pasaran global."

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Awards