omniture

Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong - Ekspo Kecantikan bermula 25 Oktober

Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Beauty Expo
2021-10-26 09:00 124

GUANGZHOU, China, 26 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa Produk Premium Guangdong - Ekspo Kecantikan ("Ekspo") diadakan mulai 25-29 Oktober di platform pameran dalam talian Ekspo Dalam Talian Perdagangan Antarabangsa (ITOE) (en.itoegd.com). Ekspo selama lima hari ini akan menghubungkan hampir 300 pembekal sumber dalam seluruh rantaian industri sektor kecantikan dengan pembeli antarabangsa melalui platform dalam talian ini.

Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Beauty Expo kicks off on October 25
Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Beauty Expo kicks off on October 25

Lima sorotan Ekspo ini termasuk:

Kilang-kilang sumber mengambil pesanan secara dalam talian dengan kelebihan harga yang sangat besar  

Ekspo ini akan dibahagikan kepada lapan ruang pameran: alat solek, penjagaan kesihatan semula jadi, minyak wangi & wangian, penjagaan peribadi, bahan-bahan mentah, kecantikan profesional, dandanan rambut dan rias kuku serta bahan pembungkusan. Pembeli boleh berhubung dengan pihak kilang secara mudah bagi mendapatkan sebut harga atau pertanyaan mengenai produk. Lebih daripada 3,330 item sudahpun sedia untuk dipamerkan semasa berlangsungnya ekspo ini yang meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, penjualan, perkhidmatan dan OEM/ODM.

Produk-produk buatan China memenuhi jangkaan pengguna muda 

Menerusi barisan produk penjagaan kulit fungsian berkualiti tinggi yang komprehensif. kosmetik buatan China untuk kegunaan harian, krim penjagaan kulit, minyak wangi dan wangian, produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, jenama-jenama buatan China lebih berciri profesional dan semakin diterima oleh pengguna muda. Ekspo ini akan berperanan sebagai platform dalam talian sehenti bagi memenuhi keperluan perolehan terpelbagai pembeli dari China mahupun luar negara.

Memfokuskan kepada kategori kecantikan berpotensi sebagai titik masuk ke dalam pasaran alat solek dengan potensi pertumbuhan yang sangat besar

Di pameran ini, pihak penganjur akan menghubungkan peserta pameran yang ditampilkan dengan pusat pembelian dan pemasaran multinasional dalam pasaran luar negara selain pakar kanan dalam industri kecantikan untuk menilai selanjutnya kategori produk berpotensi dan pasaran kecantikan selain menyediakan rantaian bekalan dan sokongan sumber saluran untuk pembeli global.

Bertemu pengarah kilang melalui lawatan kilang maya

Siri lawatan kilang maya akan turut diadakan untuk pembeli yang tidak dapat datang melawat sendiri. Pembeli juga boleh berhubung dengan pengarah kilang atau kakitangan perniagaan pada bila-bila masa bagi mendapatkan sebut harga dan juga pertanyaan mengenai sampel. Kira-kira tiga puluh acara promosi dan bermaklumat akan diadakan serentak dengan pameran ini.

Sesi padanan bekalan dan permintaan dalam talian kini menerima pendaftaran

Bagi meningkatkan lagi kecekapan pemilihan produk untuk pembeli global dan kecekapan penyasaran pelanggan untuk peserta pameran, banyak acara pemadanan perniagaan dalam talian akan diadakan di ekspo ini. Sesi bekalan khas akan dibuka bagi memadankan pembekal dan pembeli baik di China mahupun di luar negara dengan efektif. Pembeli yang berminat untuk bertemu pembekal digalakkan untuk menghubungi pihak penganjur acara.

Xiaobing Guo, +86-18688012473, guoxiaobing@itoexpo.com
Source: Guangdong Premium Products International Trade Online Expo - Beauty Expo
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news