omniture

FIFA dan Hisense bersama-sama siar pengumuman: Hisense akan jadi penaja rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Hisense
2021-10-26 09:11 245

QINGDAO, China, 26 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Presiden FIFA Gianni Infantino mengumumkan pada 20 Oktober bahawa Hisense, peneraju teknologi bertaraf global akan menjadi penaja rasmi Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Beliau berkata, "Menerusi produk premium dan teknologi canggih Hisense, kami berharap dapat bersama-sama mencipta pengalaman tontonan bola sepak yang imersif dan tidak dapat dilupakan untuk peminat di seluruh dunia melalui inovasi teknologi." Dengan menaja Piala Eropah dan Piala Dunia secara berturut-turut, Hisense telah menonjol sebagai satu-satunya syarikat Cina yang menaja acara-acara yang bertaraf dunia selama empat tahun berturut-turut. 

Presiden FIFA Gianni Infantino keluarkan pengumuman bersama Hisense menerusi pautan video: Hisense bakal menjadi penaja rasmi FIFA World Cup Qatar 2022.
Presiden FIFA Gianni Infantino keluarkan pengumuman bersama Hisense menerusi pautan video: Hisense bakal menjadi penaja rasmi FIFA World Cup Qatar 2022.

Acara-acara sukan global yang utama sentiasa memberi peluang yang belum pernah disediakan sebelum ini bagi tujuan demonstrasi dan promosi teknologi paparan dan penyiaran yang disruptif. Pada April 2017, buat julung kalinya, Hisense dan FIFA menjalin kerjasama, yang mana FIFA melantik Hisense untuk menyiarkan acara-acara sukan secara langsung dan membangunkan produk-produk paparan termaju. Pengalaman tontonan ditingkatkan dengan ketara untuk peminat bola sepak di seluruh dunia menerusi pelancaran World Cup TV rasmi Hisense, unit yang telah disesuaikan melalui penerapan beberapa teknologi canggih termasuk Anggaran Pergerakan dan Pengimbang Pergerakan (Motion Estimation and Motion Compensation, MEMC), mod sukan, pengecaman wajah bagi mengenal pasti pemain bola sepak dan carian imej interaktif yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI). "FIFA dan Hisense akan bergabung tenaga untuk mencipta pengalaman tontotan yang lebih imersif untuk peminat di seluruh dunia melalui teknologi dan inovasi," ujar En. Infantino.

FIFA dan Hisense telahpun bekerjasama semasa Piala Dunia Rusia 2018. Mereka akan bekerjasama dengan lebih erat semasa Piala Dunia 2022 dalam usaha yang akan melibatkan lebih banyak produk dan pemegang berkepentingan daripada yang berlaku semasa acara di Rusia. "FIFA memahami bahawa Hisense sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap penjimatan tenaga, perlindungan terhadap alam sekitar dan pengitaran semula yang lestari, satu komitmen berterusan yang diperlihatkan sepenuhnya dalam penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, penjualan dan pengitaran semula produk-produknya ketika kedua-dua entiti ini mempererat kolaborasi," ujar En. Infantino. "TV laser yang dibangunkan oleh Hisense mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak lebih daripada 50 peratus berbanding TV LCD biasa, satu faktor yang akan memberi impak yang signifikan ke atas keputusan pembelian pengguna."

"Tinggal kira-kira setahun lagi daripada penganjuran Piala Dunia Qatar 2022, sebuah acara yang diharapkan dapat membawa pengalaman yang tidak dapat dilupakan baik untuk negara tuan rumah mahupun peminat bola sepak di mana-mana mereka berada," tambah En. Infantino. FIFA komited untuk mempromosikan kemajuan sains dan teknologi melalui kuasa bola sepak agar dapat memberi pengaruh yang positif ke atas masyarakat. Menerusi sokongan daripada Hisense, Piala Dunia Qatar dijangkakan dapat mewujudkan pesta visual yang akan diingati sebagai sebuah acara sukan yang benar-benar ikonik.


 


 

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 OTC:HNKLY Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports