omniture

Syarikat Teknologi Dron - Poladrone meraih modal benih AS$4.29 juta dalam pusingan pembiayaan modal benih terbesar di Malaysia

Poladrone
2021-10-26 11:00 64

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Poladrone, syarikat dron teknologi dan penyedia penyelesaian dron yang berpangkalan di Malaysia telah meraih dana modal benih AS$4.29 juta (RM18 juta) dalam satu pusingan pembiayaan benih yang diketuai oleh Wavemaker Partners, iaitu salah satu firma modal  terkemuka di Asia Tenggara.

Cheong Jin Xi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Poladrone dan Oryctes Dron - Dron pertanian yang  pertama di dunia dan mempunyai fungsi semburan pada titik tepat untuk kelapa sawit
Cheong Jin Xi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Poladrone dan Oryctes Dron - Dron pertanian yang pertama di dunia dan mempunyai fungsi semburan pada titik tepat untuk kelapa sawit

Pelabur lain yang turut serta dalam pusingan pembiayaan benih ini termasuklah Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), salah satu syarikat dana pelaburan strategik milik Khazanah Nasional Malaysia, ZB Capital Limited (firma pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong), dan pelabur strategik yang lain.

Dengan sokongan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Poladrone telah melancarkan produk pertamanya iaitu dron Oryctes pada bulan Ogos 2020. Ia merupakan dron pertanian yang  pertama di dunia dan mempunyai fungsi semburan pada titik tepat dan memperkenalkan satu kaedah yang cekap untuk industri kelapa sawit.

Kumbang tanduk ialah salah satu serangga perosak yang menyerang pokok sawit pada peringkat awal tanaman dan ia juga boleh mengurangkan hasil sawit serta menyebabkan kematian pokok. Oleh itu, penyemburan racun yang kerap diperlukan untuk mengekalkan kesihatan pokok. Di Malaysia, kaedah pengawalan serangga perosak menggunakan penyemburan operasi tangan dan jentera semburan memerlukan tenaga pekerja yang ramai dan ia menjejaskan kesihatan. Masalah kekurangan tenaga kerja sektor perladangan susulan dengan penularan wabak COVID-19,  mempercepat penyesuaian dan penggunaan teknologi dron. Demi memenuhi permintaan industri untuk kaedah dron pertanian bagi mengawal serangga perosak, Poladrone telah melipatgandakan usaha untuk melatih para tenaga pekerja mahir dan kini mempunyai 80 orang pekerja berbanding ketika dahulu seramai 20 orang  pada tahun sebelumnya.

Menurut Cheong Jin Xi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Poladrone, suntikan dana ini juga membolehkan Poladrone memantapkan fokus strategiknya terhadap pertumbuhan dan pengembangan operasi perkhidmatan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan di rantau ini, serta menarik bakat mahir untuk meningkatkan keupayaan menghasilkan produk baru.

Poladrone akan membuka pusat servis di bandar dan kawasan pertanian utama di Malaysia dan Thailand untuk menambah rangkaian khidmat jualan, servis dan alat ganti. Langkah strategik ini akan diteruskan termasuk mengembangkan operasi di Indonesia. Pusat servis ini akan berfungsi juga sebagai pusat kecemerlangan di mana latihan industri dan perkongsian pengetahuan dijalankan untuk meningkatkan penggunaan teknologi dron.

Poladrone baru-baru ini turut melancarkan Mist Drone – sebuah dron pertanian semburan menyeluruh yang sesuai untuk tanaman sawah dan ladang seperti jagung, pisang dan lain-lain.

Kata Cheong lagi, kebanyakan pelanggan bergantung pada dron untuk mencari rezeki dan sebarang masalah teknikal akan merugikan mereka serta membebankan. Pusat servis ini akan memberi akses kepada pelanggan untuk menyelenggara atau memperbaiki peralatan mereka dengan lebih baik dan cepat. "Kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan pasukan Wavemaker dan MTDC, yang mempunyai visi yang sama iaitu meletakkan keperluan pelanggan sebagai teras untuk strategi pembesaran kami."

"Dibesarkan dalam keluarga pengusaha pertanian, dan selama lebih sedekad bekerja atas minatnya terhadap dron, Cheong memahami masalah yang dihadapi pemilik ladang dan bagaimana automasi boleh membantu. Kami teruja melihat beliau dan pendekatan pasukan Poladrone membina penyelesaian tempatan yang cekap, kos efektif dan disesuaikan untuk ladang dari semua saiz. Poladrone kini bekerjasama dengan 8 daripada 10 syarikat ladang kelapa sawit terbesar di Malaysia - satu pencapaian yang mengagumkan dan memberi kami keyakinan untuk menyokong aspirasi dan visi mereka untuk melonjakkan industri pertanian di Asia Tenggara," kata Gavin Lee, Rakan Kongsi Umum di Wavemaker Partners.

"Pelaburan kami di Poladrone akan memacukan penggunaan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dalam sektor pertanian sejajar dengan Dasar 4IR Negara dan Rancangan Malaysia ke-12 yang diumumkan baru-baru ini. Teknologi yang ditawarkan oleh Poladrone akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing terutamanya dalam industri kelapa sawit dan membantu meningkatkan jumlah pekerja mahir dalam industri dron," kata MTDC.

Kata Cheong lagi, ekosistem teknologi dron masih tidak lengkap di rantau ini. Dengan pasukan yang mantap serta sokongan dan suntikan dana, kami berhasrat untuk merealisasikan matlamat untuk menjadi pemain utama dalam penyedia penyelesaian dron untuk industri.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Poladrone Media Kit.

Source: Poladrone
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Design Automation Venture Capital