omniture

AppGallery Dorong Kesihatan Kewangan dengan Inovasi, Terokai Keupayaan Perbankan Terbuka dengan Rakan Kongsi

Huawei mendedahkan rancangan untuk mengukuhkan tawaran perkhidmatan kewangan ekosistem di Persidangan Pembangun Huawei 2021
AppGallery, Huawei
2021-10-26 14:46 122

SHENZHEN, China, 26 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini di Persidangan Pembangun Huawei 2021 tahunannya (HDC 2021), Huawei mengumumkan rancangan untuk terus memacu inovasi dalam industri perkhidmatan kewangan dengan meneroka keupayaan Perbankan Terbuka bersama rakan-rakan kongsi AppGallery. Para penceramah industri turut serta bersama pakar-pakar Huawei untuk mengumumkan mengenai dorongan berterusan AppGallery terhadap inovasi dan dalam masa yang sama mengutamakan keselamatan dan sekuriti pengguna.

Persidangan Pembangun Huawei 2021 (Bersama-sama) kembali untuk tahun 2021!
Persidangan Pembangun Huawei 2021 (Bersama-sama) kembali untuk tahun 2021!

"Kami berbesar hati berkongsi rancangan kami untuk AppGallery dalam perkhidmatan kewangan," kata Siri G. Børsum, Naib Presiden Global Eko-pembangunan Vertikal & Perkongsian di Huawei Consumer Business Group. "Selepas beberapa bulan yang mengujakan, kami telah mencapai potensi perkongsian demi inovasi dan pertumbuhan dan tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan lebih banyak syarikat Teknologi Kewangan (FinTech) yang ingin mewujudkan gelombang dalam industri ini."

Bolehkah Perbankan Terbuka Memperjuangkan Kesihatan Kewangan? 

Berdedikasi untuk menyediakan 730 juta audiens globalnya dengan pilihan aplikasi perbankan dan pembayaran yang terkini, AppGallery memanfaatkan teknologi baharu untuk menyokong rakan kongsinya.

Baru-baru ini, Noffe menyertai AppGallery, menggunakan Perbankan Terbuka untuk menawarkan perkhidmatan yang dapat membantu kanak-kanak belajar tabiat menabung di Norway. Bluecode menawarkan pelanggannya yang berada di Eropah dengan penyelesaian pembayaran yang mudah, menggunakan kod QR melalui keupayaan NFC AppGallery.

Huawei kekal komited untuk memacu Kesihatan Kewangan global – yang dapat dicapai melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat Teknologi Kewangan (Fintech). Untuk pengguna, Huawei berkongsi bagaimana pengguna boleh menggunakan Perbankan Terbuka agar dapat lebih mengawal kewangan mereka.

Bersama-sama rakan kongsinya, AppGallery memupuk inovasi

Disertai oleh Brett King, pengarang The Rise of Technosocialism dan hos bagi audio siar FinTech #1 Breaking Banks, Siri G. Børsum menumpukan perhatian kepada perubahan tingkah laku pengguna baru-baru ini yang telah membawa kepada permintaan terhadap kemudahan yang lebih tinggi. Dengan tahun 2020 menyaksikan lonjakan 45% dari segi penggunaan aplikasi perbankan, gandingan ini menonjolkan potensi untuk pembangun.

"Kami dapat melihat begitu banyak potensi inovasi apabila melihat kepada landskap yang berubah-ubah dalam industri perkhidmatan kewangan," kata Brett King. "Apabila anda melihat institusi-institusi kewangan yang terbesar di serata dunia, institusi-institusi tersebut cenderung untuk menjadi organisasi-organisasi yang mengutamakan digital."

Dengan AppGallery, Huawei merancang untuk memupuk inovasi bagi membantu pembangun FinTech merealisasikan potensi pembangunan perniagaan mereka sekali gus memperjuangkan kesihatan kewangan.

Børsum menjelaskan mengenai sistem sekuriti dan perlindungan kitaran penuh Huawei yang menampilkan pengesahan nama sebenar pembangun, proses semakan empat langkah, perlindungan muat turun dan pemasangan tambahan serta mekanisme pencegahan untuk operasi aplikasi yang selamat.

Latar Belakang AppGallery 

AppGallery ialah ekosistem inovatif yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman unik untuk pengguna. HMS Core miliknya membolehkan aplikasi bersepadu merentas peranti yang berbeza, menyampaikan pengalaman yang lebih lancar – sebahagian daripada strategi "1+8+N" yang lebih luas di Huawei.

Dengan AppGallery, visi Huawei adalah untuk mewujudkan platform yang terbuka dan inovatif yang dapat diakses oleh pengguna di samping melindungi privasi mereka dengan ketat dan memberikan pengalaman yang unik dan pintar kepada mereka. AppGallery mempunyai lebih 560 juta pengguna aktif bulanan dan telah menjalin kerjasama dengan 5.1 juta pembangun.

Source: AppGallery, Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Licensing/marketing agreements Trade show news Financial Technology