omniture

Kempen #ToneProud TECNO Beraspirasi Hapuskan Berat Sebelah Tona Warna Kulit dalam Teknologi Pengimejan untuk Mewakili Kepelbagaian Manusia Sepenuhnya

TECNO Mobile Limited
2024-11-04 22:16 3

JAKARTA, Indonesia, 4 November 2024 /PRNewswire/ -- Dalam dunia di mana teknologi dan AI membentuk persepsi, adakah telefon pintar benar-benar merangkumkan spektrum penuh dan keindahan kepelbagaian manusia, terutamanya dalam pasaran baru muncul yang sering diabaikan?

Hari ini, TECNO, jenama inovatif yang berada di barisan hadapan bagi pengimejan pelbagai tona warna kulit, memberikan responsnya kepada persoalan ini menerusi pelancaran kempen #ToneProud.

Satu kajian pada tahun 2018 daripada MIT dan Stanford University menemui dapatan yang membimbangkan: Kewujudan berat sebelah terhadap jenis kulit dalam beberapa sistem kecerdasan buatan komersial. Berat sebelah ini menjadi sesuatu yang membimbangkan terutamanya dalam era teknologi pengimejan dipacu AI. Memahami dan menangani isu berat sebelah algoritma tona warna kulit ini melalui pengumpulan data saintifik dan pengukuran inovatif adalah amat penting untuk memupuk sebuah masyarakat yang lebih saksama dan inklusif.

Dengan kepercayaan teguh bahawa teknologi pengimejan haruslah bebas daripada berat sebelah, dengan setiap tona warna kulit layak mendapat representasi yang saksama sebagai aspek yang penting dalam kepelbagaian insan, TECNO melancarkan kempen #ToneProud. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian tona warna kulit sekali gus memperkenalkan pangkalan data 268 tona warna kulit TECNO yang unik kepada pengguna. Dengan memberikan kod warna tertentu kepada tona warna kulit yang berbeza dengan klasifikasi saintifik, TECNO bukan sahaja menangani sikap berat sebelah dalam pemulihan warna tona kulit dan memperhalusi ketepatan teknologi Universal Tone demi representasi yang saksama, tetapi turut membantu pengguna memahami dan berasa bangga dengan kepelbagaian tona warna kulit di seluruh dunia, seterusnya menggalakkan mereka untuk mengambil pendirian terhadap kurangnya representasi sebenar dengan TECNO.

Kempen #ToneProud – Menegakkan Representasi Sama Rata

Kempen #ToneProud disokong dan disertai oleh selebriti global dengan pelbagai tona warna kulit, termasuk penyanyi dan penulis lagu kelahiran Indonesia Anggun, pembikin filem dan pelakon Arab Saudi Fatima Al-Banawi, penyanyi dan penulis lagu Nigeria Johnny Drille serta pelakon Poland Ewa Kępys. Dalam sebuah filem yang meninjau subjek #ToneProud yang dilancarkan bagi menandakan permulaan kempen ini, para selebriti berkongsi pengalaman mereka apabila tona warna kulit mereka disalahgambarkan dan kepercayaan mereka bahawa teknologi harus menyokong tona warna kulit yang pelbagai serta warna yang sebenar.

Mengimbau pengalamannya apabila tona warna kulitnya disalahgambarkan, Anggun berkata: "Saya berpendapat, kadang kala, anda hanya perlu diingatkan bahawa kita semua merupakan seorang individu dan kita semua cantik dengan cara kita sendiri." Kempen #ToneProud TECNO bukan sekadar sebuah kempen, tetapi seruan terhadap representasi yang lebih tepat terhadap tona warna kulit manusia yang sebenar dan peringatan bahawa kita semua harus meraikan keindahan kepelbagaian manusia.

Anggun menambah, "Jika teknologi dapat membantu kita, iaitu pendekatan daripada telefon TECNO, ia menjadikannya lebih mudah untuk memecahkan halangan dan mengubah persepsi orang ramai, seterusnya mengubah mentaliti."

Sertai Kempen TECNO untuk Menerima Atitud #ToneProud Anda

Bagi meraikan pelancaran kempen #ToneProud, TECNO menyeru pengguna di seluruh dunia untuk meraikan kepelbagaian tona warna kulit dan menunjukkan bahawa mereka berbangga dengan warna kulit mereka sendiri. Pengguna di seluruh dunia dijemput untuk mengenali kod tona warna kulit mereka sendiri di 268toneproud.com. Alat laman web ini menggunakan 268 tompokan warna kulit TECNO yang inklusif untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian insan dan tona warna kulit. Dengan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang warna kulit mereka sendiri, pengguna boleh menyertai perbualan dengan berkongsi potret mereka dengan kod tona warna kulit di Instagram menggunakan tanda pagar #ToneProud, #UniversalTone dan #TECNO. Ini dapat menghantar pesanan gabungan bahawa semua orang harus berbangga dengan tona warna kulit mereka sendiri. 

"Selama bertahun-tahun, TECNO telah meletakkan kepentingan yang tinggi kepada penyelidikan pengguna dan justeru itu, kami memahami bahawa salah gambaran tona warna kulit (dan kurang representasi) merupakan isu yang mempunyai kepentingan yang sebenar untuk pengguna kami terutamanya dalam pasaran baru muncul," kata Jack Guo, Pengurus Besar TECNO. "Melalui kempen #ToneProud, kami berdiri bersama-sama pengguna, terutamanya pengguna yang mendapat gambaran yang salah atau kurang diwakili, bagi mewujudkan keterangkuman yang lebih besar dan dalam masa yang sama terus melabur dengan banyak dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengimejan untuk menginovasi teknologi bagi memberi impak yang nyata terhadap masalah ini."

268 Tompokan Warna Kulit – Pengubah Keadaan dalam Menghapuskan Berat Sebelah dalam AI untuk Pengimejan Tona Warna Kulit Inklusif 

Melalui kempen ini, TECNO menonjolkan 268 tompokan warna kulit daripada teknologi Universal Tone untuk memperlihatkan kepelbagaian tona warna kulit manusia. 268 tompokan warna kulit ini, sebagai tonggak kemajuan dalam projek penyelidikan globalnya, merupakan asas penting bagi kad warna pengimejan mudah alih inklusif yang menetapkan penanda aras baharu untuk pengimejan berbilang tona warna kulit sebagai pangkalan data tona warna kulit terbesar dan paling tepat dalam industri – pangkalan data yang terus berkembang.

Dibangunkan bersama-sama pakar sains warna daripada universiti-universiti global yang terkemuka, pangkalan data tona warna kulit yang luas ini membolehkan algoritma TECNO Universal Tone untuk mengesan, menganalisis dan mewakili tona warna kulit secara tepat dengan cara yang membolehkan semua orang benar-benar dapat dilihat.

"Mengetahui bahawa terdapat 268 tompokan warna kulit sahaja merupakan bukti keindividuan. Dalam dunia yang cuba untuk memasukkan kita ke dalam kategori yang sempit, ia merupakan cara yang kecil namun mendalam untuk mengatakan bahawa anda unik. Maka, berbanggalah dan ceritakan kisah anda," kata Johnny Drille.

Dengan menghapuskan sikap berat sebelah dan menggalakkan representasi yang autentik dan inklusif, TECNO membolehkan pengguna merangkumkan setiap warna insan dan mewakili semua orang dengan betul dalam satu gambar. "Apa yang dilakukan oleh TECNO dengan ciri Universal Tone adalah amat penting pada peringkat ini kerana teknologi ini akan menetapkan asas kepada sebuah masyarakat yang inklusif," tegas Fatima Al-Banawi dalam filem kempen ini.

Bersama-sama dengan #ToneProud, TECNO dan komuniti globalnya memperjuangkan intipati kepelbagaian, memperkukuh pesanan bahawa setiap tona warna kulit merupakan sumber kebanggaan dan bahagian penting dalam warna-warni kehidupan manusia yang kita kongsi bersama.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi: www.tecno-mobile.com/universaltone

 

 

Source: TECNO Mobile Limited
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics New products/services DEI Page