KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Bigo Live, platform siaran langsung global yang terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan Kerjasama bersama MK Group untuk menjadi platform siaran langsung rasmi yang eksklusif untuk 'Stay Strong Malaysia Virtual Concert' yang akan menampilkan kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang popular, DOLLA. Berlangsung pada hari Sabtu, 30 Oktober 8:00 PM MYT, konsert ini akan disiarkan secara langsung eksklusif di aplikasi Bigo Live melalui akaun rasmi Bigo Live Malaysia (ID Bigo: Bigo Live Malaysia).
Bigo Live dan MK Group Mempersembahkan DOLLA - Konsert Amal Maya Secara Langsung Stay Strong Malaysia
'Stay Strong Malaysia Virtual Concert' bukan sahaja akan menyaksikan DOLLA mempersembahkan beberapa lagu-lagu terkenal mereka termasuk single baharu mereka 'Berani', malah ia turut berfungsi sebagai mengumpul dana untuk kerja amal. Memandangkan Malaysia menjalani pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan gelombang jangkitan yang baru, penularan virus telah mengakibatkan cabaran yang cukup besar ke atas sistem rawatan kesihatan tempatan. Konsert selama 90 minit ini diharapkan dapat menyebarkan kesedaran dan mengumpul dana untuk membeli bekalan perubatan untuk hospital dan menyokong barisan hadapan perubatan yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah dalam memerangi COVID-19.
Sebelum berlangsungnya konsert maya ini, DOLLA akan terlibat dalam satu sesi temu bual media yang akan disiarkan secara langsung eksklusif di aplikasi Bigo Live. Semasa sesi temu bual ini, peminat dan penonton boleh mengemukakan soalan mereka dan kumpulan penyanyi wanita ini akan memilih untuk menjawab lima soalan yang dikemukan oleh penonton semasa sesi temu bual ini.
Peminat dan penonton juga boleh menantikan acara pemberian hadiah istimewa yang berlangsung mulai sekarang hingga 30 Oktober, di mana 40 poster edisi terhad dan 3 poster khas yang ditandatangani keempat-empat ahli DOLLA akan menjadi rebutan. Peminat boleh mengunjungi halaman Facebook MK Group untuk menyertai acara pemberian hadiah poster ini. Di samping itu, peminat dan penonton turut berpeluang untuk memenangi satu daripada 50 pas temu-mesra VIP untuk sesi interaksi khas bersama peminat dengan DOLLA. Mereka yang berminat boleh mengambil bahagian dengan mengisi borang ini.
Sejak penampilan sulung mereka pada tahun 2019, kumpulan ini telah dikenali melalui single pertama mereka 'Dolla Make You Wanna' pada bulan Mac 2020 yang mendapat lebih 4.2 juta tontonan di YouTube, diikuti dengan 'Impikan' yang amat popular dengan 5.1 juta tontonan. Single terbaharu mereka, 'Berani' dilancarkan pada 24 September dengan penerimaan yang positif. Baru-baru ini, kumpulan ini memperoleh pengiktirafan antarabangsa apabila mereka ditampilkan di New York Times Square Billboard Spotify sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL Spotify yang bertujuan untuk mendorong kesaksamaan untuk wanita melalui audio dan memupuk kesaksamaan dengan mempersembahkan artis wanita di serata dunia.
"Bigo Live Malaysia sentiasa memberi sokongan kepada masyarakat tempatan dan telah mengadakan pelbagai inisiatif untuk memberi pilihan pan-hiburan kepada rakyat Malaysia untuk dinikmati di rumah sambil mematuhi garis panduan PKP," kata seorang jurucakap Bigo Live.
"Sebagai bakat tempatan yang mendapat banyak pengiktirafan sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, kami berbesar hati dengan kehadiran DOLLA bersama platform kami untuk menganjurkan 'Stay Strong Malaysia Virtual Concert' mereka. Harapan kami agar melalui usaha ini, kami dapat membawa nilai positif dan kegembiraan kepada peminat dan dalam masa yang sama mendapat sambutan yang baik untuk usaha pengumpulan dana untuk sistem rawatan kesihatan awam," tambah jurucakap Bigo Live.
Bigo Live berusaha untuk menjadi sumber pilihan untuk hiburan yang interaktif serta menarik dan penglibatan sedemikian merupakan sebahagian daripada usaha Bigo Live untuk memberi peluang eksklusif kepada komuniti untuk berinteraksi dengan selebriti tempatan kegemaran mereka walaupun dengan adanya langkah-langkah jarak sosial. DOLLA turut menyertai senarai selebriti serantau dan global lain seperti Baby Shima, Cik B, K-Clique, Isa Isarb, Benjamin dan Narelle Kheng, serta Lawrence Wong antara ramai lagi selebriti yang lain, yang turut sama menyertai Bigo Live untuk membawa nilai positif, harapan dan kegembiraan kepada pengguna di serata dunia.
Latar Belakang Bigo Live
Bigo Live ialah salah satu komuniti sosial siaran langsung yang paling pantas berkembang di dunia di mana pengguna dapat membuat siaran dalam waktu sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang ramai dari seluruh dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih 150 negara dan kini merupakan peneraju pasaran dalam industri siaran langsung. Dilancarkan pada bulan Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.