omniture

"Jajak Bertemu Ila" - Penstrim Tempatan Temui Cinta Sejati Di Bigo Live

Bigo Live
2021-10-26 20:19 77

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Oktober 2021  /PRNewswire/ --  Ekoran perkembangan pesat dalam industri siaran langsung sejak kebelakangan ini, penstrim tempatan Malaysia telah menemui cinta sejatinya melalui aplikasi Bigo. Perjalanan cinta yang mengejutkan dan mengujakan ini telah mencetuskan minat dalam kalangan warga Malaysia di media sosial.

Tatkala dunia melangkah menuju dunia maya semasa tempoh pandemik, aktiviti siaran langsung telah menjadi lebih daripada sekadar pilihan hiburan. Ramai usahawan muda dan pengguna Internet mengambil peluang daripada medium tanpa sempadan ini untuk menjual produk, menganjurkan mesyuarat dalam talian, mengadakan majlis perkahwinan maya, menganjurkan pesta dalam talian dan banyak lagi.

Baru-baru ini, 'influencer' tempatan Malaysia, Jajak Wadja berkongsi bersama Bigo Live Malaysia bagaimana beliau dapat bertemu pasangan beliau melalui platform siaran langsung ini.

Fans and viewers started congratulating Jajak and Ila on their romantic experience on Bigo Live
Fans and viewers started congratulating Jajak and Ila on their romantic experience on Bigo Live

Fans and viewers started congratulating Jajak and Ila on their romantic experience on Bigo Live

Sebagai seorang lelaki berusia 27 tahun, beliau ditanyakan soalan-soalan biasa mengenai perkahwinan apabila beliau bertemu keluarga beliau di kampung.

"Ia merupakan adat orang Melayu untuk berkahwin, mempunyai keluarga dan kerjaya yang stabil sebelum umur 30 tahun," jelas Jajak.

Meskipun Jajak percaya bahawa percintaan ditentukan oleh takdir, beliau masih berasa tertekan dengan harapan tradisi orang tua beliau.

"Saya sentiasa ditanyakan bila saya akan membawa pulang pasangan saya atau bila saya akan berkahwin."

Tanpa mengira sebanyak mana yang dijelaskan oleh Jajak kepada orang tuanya, ia masih menjadi cabaran untuk melawan stereotaip hidup berkeluarga sebelum umur 30 tahun.

Walau bagaimanapun, keadaan berubah menjadi lebih baik buat Jajak pada tahun 2016.

Sepupu beliau memperkenalkan Bigo Live kepada beliau dan beliau bermula dengan hasrat semata-mata untuk menjana sedikit wang tambahan untuk diri sendiri. Tidak lama kemudian, beliau akhirnya bertemu jodohnya di platform ini.

"Saya bertemu pasangan hidup saya Ila di Bigo Live. Saya masih ingat lagi bagaimana beliau sentiasa memberi sokongan kepada saya dengan menghantar banyak komen dalam siaran langsung saya," jelas Jajak.

"Kemudian, saya mengajak beliau untuk berbual dalam talian dan beliau bersetuju. Ketika itulah kami mula mengenali satu sama lain dengan lebih baik."

Jajak dan Ila selesa berinteraksi dan mereka tidak mengambil masa yang lama untuk bergaul mesra. Mereka mula bertukar-tukar maklumat perhubungan dan hubungan yang bermula sebagai hubungan yang mesra lama kelamaan menjadi hubungan yang lebih intim.

"Kami mengadakan janji temu pertama kami di Kota Kinabalu. Setahun selepas menjalin hubungan cinta, kami memutuskan bahawa kami adalah jodoh satu sama lain. Sepanjang hayat," kongsi Jajak.

Atas suratan takdir, Jajak dan Ila berkahwin pada tahun berikutnya.

Apabila ditanyakan mengenai masa bercinta mereka dan kenangan istimewa yang dicipta bersama, Ila berkongsi mengenai hal ini. "Pada mulanya, saya ingatkan Jajak seorang lelaki pemalu. Tidak lama kemudian, barulah saya sedar bahawa dia seorang yang romantis. Dia akan memberi kejutan kepada saya dengan cara yang tidak pernah saya fikirkan dan menghantar hadiah maya dalam siaran langsung saya!"

Jajak turut bercerita bagaimana beliau terpaksa melakukan sedikit perubahan terhadap tabiat semasa siaran langsung beliau. Beliau mengurangkan penggunaan kata-kata menggoda dalam siaran langsung beliau. "Saya tidak lagi berani untuk menggunakan kata-kata menggoda dalam siaran langsung saya kerana Ila akan marah saya," kongsi Jajak secara berjenaka.

Jajak dan Ila berkahwin 3 tahun lalu dan merupakan ibu bapa kepada seorang anak yang comel. Sesiapa sahaja dapat merasakan perasaan cinta yang membara daripada keluarga bahagia seramai 3 orang ahli ini melalui temu bual ini.

Sejak kisah mereka disiarkan di media sosial, video tersebut mendapat tontonan sebanyak 300k di halaman Facebook Bigo Live Malaysia dalam tempoh kurang daripada seminggu, menjadikannya salah satu video yang paling banyak ditonton di Bigo Live.

Untuk mendapat lebih banyak perkembangan terkini di Bigo Live Malaysia, terus ikuti di halaman rasmi kami.

FB: https://fb.watch/8zgKO2GvX4/
IG: https://www.instagram.com/p/CUwfiymlNS1/
Muat Turun: http://bigolive.onelink.me/sG8X/SNSMY

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media