SINGAPURA, 27 Oktober, 2021 /PRNewswire/ -- Permain-pemain akan mendapat hak pertama untuk Ragnarok: The Lost Memories yang amat dinanti-nantikan yang diterbitkan oleh Gravity Game Hub. Ragnarok: The Lost Memories, JRPG cerita 'Newtro' Sinematik mudah alih, yang berdasarkan kepada Ragnarok Online IP. Permainan mudah alih ini akan disediakan di kedua-dua Apple App Store dan Google Play di Singapura, Malaysia dan Filipina pada tahun ini.
Pemain-pemain di Singapura, Malaysia dan Filipina boleh membuat pra-pendaftaran untuk Ragnarok: The Lost Memories di laman sesawang pra-pendaftaran permainan ini. Permainan ini menampilkan corak permainan gaya JRPG dengan plot cerita yang menarik, sistem kad yang unik untuk memerangi kumpulan perusuh, koleksi watak wira yang mempunyai bentuk gaya tempur yang berbeza, pencarian yang banyak untuk diselesaikan, peralatan ciptaan dan sistem penarafan. Pemain-pemain akan berpeluang untuk mengalami tugas-tugas memberi ganjaran yang tidak terkira banyaknya dan peristiwa yang mengujakan dalam permainan mudah alih yang sangat berjaya ini dengan watak-watak seperti anime yang tidak asing lagi. Butiran penuh mengenai ciri-ciri permainan ini boleh ditemui di laman sesawang.
Memandangkan jumlah pemain yang membuat pra-pendaftaran meningkat dan mencecah titik capai yang berbeza, pemain-pemain akan diberi pelbagai ganjaran dalam-permainan dan berpeluang untuk memenangi ganjaran hebat seperti iPhone 13 Pro Max, iPad, Xiaomi, Oppo atau AirPods. Selain daripada semua ini, pemain-pemain juga boleh mendaftar untuk Ujian Beta Tertutup (CBT) akan datang dan mengambil bahagian dalam acara CBT serta menerima ganjaran yang hebat. Pemain-pemain yang berminat boleh membuat pra-pendaftaran di laman sesawang permainan rasmi.
Latar Belakang Gravity Game Hub
Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte Ltd ialah penerbit dan pembangun permainan yang memfokuskan kepada permainan dalam talian dan permainan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan yang interaktif dan mewujudkan sebuah komuniti dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.
Gravity Game Hub ialah subsidiari GRAVITY Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY) pembangun dan penerbit permainan dalam talian dan permainan mudah alih yang beribu pejabat di Korea Selatan. Syarikat ini merupakan pencipta Ragnarok Online yang diiktiraf di peringkat global dengan lebih 120 juta pengguna di seluruh dunia.
Dibangunkan oleh Gravity NeoCyon Inc, Ragnarok, The Lost Memories ialah permainan main-peranan (RPG) 'newtro' sinematik baharu bermain-percuma 2D yang revolusioner serta unik. Ia akan menjadi permainan pertama diterbitkan oleh Gravity Game Hub di rantau ini.
The Ragnarok: The Lost Memories akan disediakan secara percuma di: Apple App Store dan Google Play tidak lama lagi. Nantikan perkembangannya.
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi mudah alih Ragnarok: The Lostsing Memories, sila kunjungi laman sesawang berikut:
Laman Sesawang Pra-Pendaftaran: https://tlm.gnjoy.asia/
Halaman Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/RagnarokTLMSGMYPH
YouTube Rasmi: https://www.youtube.com/channel/UCTxZHSYmfIQ79Rwov-lKeaA
Kit Media Akhbar: https://tinyurl.com/ROTLMGGH