omniture

Kekuatan Produk HAVAL JOLION Diiktiraf oleh Pengguna Global

GWM
2021-10-28 08:09 109

BAODING, China, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Jumlah jualan HAVAL JOLION GWM yang terjual meningkat dengan mendadak dalam pelbagai pasaran luar negara sejak Januari 2021, menggamit perhatian dan menerima pelbagai pujian daripada pengikut SUV global.

Di Afrika Selatan, HAVAL JOLION menduduki tempat pertama dari segi jumlah jualan antara SUV kompak dalam bulan pertama selepas dilancarkan. Di Arab Saudi, jualan bagi model ini merupakan antara tiga teratas dari segi jualan pasaran. Di Australia, jumlah jualan HAVAL JOLION telah mengatasi beberapa jenama tempatan Australia, jenama-jenama Jepun dan Korea dalam seluruh pasaran. Di Rusia, kenderaan ini telah memenangi Anugerah "SUV 2021" Nasional ke-16 4X4 Club Rusia atas kekuatan produknya.

HAVAL JOLION memenangi Anugerah SUV 2021 Nasional ke-16 4X4 Club di Rusia
HAVAL JOLION memenangi Anugerah SUV 2021 Nasional ke-16 4X4 Club di Rusia

Pengesahan secara sebulat suara terhadap HAVAL JOLION oleh pengguna global terutamanya kerana ia lebih berorientasikan generasi lebih muda.

Dengan konsep reka bentuk "Muda, Unik dan Mempunyai Keberanian untuk Menjadi Diri Sendiri" dan ciri-ciri penampilan yang mengikut perkembangan fesyen, HAVAL JOLION boleh dilihat oleh lebih ramai anak muda di beberapa kawasan seperti Arab Saudi, Afrika Selatan, Chile dan Rusia, melalui platform sosial yang popular termasuk Instagram, Facebook dan Twitter. Memandangkan erti "cinta pertama" diterapkan ke dalam nama Cinanya, kenderaan yang unik ini telah menjadi "Kereta Pertama untuk Anak Muda" dengan ciri-ciri romantis.

Selain itu, HAVAL JOLION dilengkapi dengan pelbagai aplikasi pintar yang membuatkan pengguna berasa selamat dan seronok. Sebagai contoh, kereta ini menetapkan paparan skrin pada bahagian atas kokpit untuk meningkatkan keselamatan apabila seseorang memandu di jalan raya. Model yang canggih ini turut menyokong pengecasan tanpa wayar untuk telefon mudah alih pelbagai jenama agar pengguna tidak perlu bimbang apabila telefon kehilangan kuasa.

Walaupun HAVAL JOLION ialah SUV kompak, ia menyediakan pengguna dengan ruang dalaman yang mencukupi. Kereta ini mempunyai jarak roda berukuran 2,700mm, maka pengguna yang lebih tinggi juga boleh mengekalkan ruang kaki yang mencukupi bagi mengurangkan keletihan memandu. Bagi pengguna yang gemar keluar bersiar-siar, ruang barang model ini pastinya memberi kejutan. Ia cukup besar untuk menempatkan gril barbeku, beg pakaian dan juga khemah.

HAVAL JOLION bukan sahaja dilengkapi sepenuhnya, bahkan prestasi kuasanya dapat memenuhi keperluan pengguna. Model ini dilengkapi dengan enjin pengecas turbo 1.5, digandingkan dengan dwicekam basah 7DCT dengan kuasa maksimum 110kW dan tork 220Nm. Berasaskan kepada platform L.E.M.O.N. GWM, kereta ini mempunyai kuasa yang kuat dan penggunaan bahan api yang komprehensif iaitu 6.5L/100km, yang mempamerkan penjimatan bahan api yang sangat baik.

Lv Wenbin, Pengurus Teknikal HAVAL, berkata di Persidangan Dalam Talian Pengedar Luar Negara bahawa versi HEV dan GT HAVAL JOLION akan dilancarkan dalam pasaran luar negara, menarik minat lebih ramai pengguna, dengan ciri-ciri campuran yang lebih berteknologi, mengikut fesyen dan bergaya.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation