omniture

Menjanjikan Kehidupan Hebat, FTP Hainan China Merekrut Bakat Global

Hainan International Media Center (HIMC)
2021-10-28 08:15 184

HAIKOU, China, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Pelabuhan Perdagangan Bebas  (FTP) Hainan China Selatan melancarkan pameran perekrutan bakat global di Haikou pada 24 Oktober, memberi petanda kepada dunia bahawa pulau ini sangat berminat untuk mempunyai lebih ramai individu berbakat menetap di sini.

Berbanding dengan aktiviti sedemikian sebelum ini, aktiviti perekrutan bakat ini lebih fleksibel, mempunyai lebih banyak jawatan pekerjaan yang ditakrifkan dengan lebih baik, mempunyai julat sasaran berpotensi yang lebih besar dan akan berjalan untuk tempoh yang lebih lama.

Menurut Xia Chenge (Timbalan Pengarah Biro Pembangunan Bakat wilayah) majikan di wilayah ini yang kini mencari individu berbakat dan kakitangan penting untuk mengisi lebih daripada 36,000 peluang pekerjaan melibatkan universiti, institut penyelidikan saintifik, makmal penting, hospital, perusahaan milik negara, platform projek yang penting dan taman perindustrian. Dalam keseluruhan iklan pekerjaan ini, terdapat lebih daripada 100 jawatan yang bergaji tahunan melebihi CNY 1 juta.

Bagi 11 taman perindustrian penting Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan, ia berharap dapat mengisi 11,496 kekosongan jawatan. Menandakan permintaan terhadap kakitangan profesional dan teknikal wilayah pulau ini, iklan pekerjaan ini—pada sekitar 30% daripada jumlah keseluruhan kekosongan jawatan—menunjukkan peningkatan ketara berbanding aktiviti sebegini yang terdahulu dari segi bilangan jawatan dan kualiti jawatan berkenaan.

Menurut Pengarah Xia, banyak jawatan ini berorientasikan individu dari luar negara atau mempunyai pengalaman luar negara. Di samping itu, pengenalan aktiviti perekrutan kakitangan berbakat ini jelas berorientasikan industri dengan tumpuan diberikan ke atas industri-industri yang utama di wilayah ini (iaitu pelancongan, industri perkhidmatan moden dan pertanian tropika berteknologi tinggi dan cekap). Ini kemudiannya menyediakan langkah ke hadapan untuk diambil bagi membina asas yang kukuh demi pembangunan FTP Hainan.

Bermula dari tahun 2018, Hainan merangka dan memperkenalkan secara berturut-turut beberapa dasar mengenai percukaian bakat, penempatan, pembelian hartanah, pembelian automobil, persekolahan kanak-kanak dan insurans perubatan.

Dari segi percukaian, untuk individu berbakat tinggi dan individu yang bekerja di Hainan yang amat diperlukan untuk pembangunan FTP, beban cukai sebenar bagi cukai pendapatan peribadi tidak boleh melebihi 15%. Apa-apa yang melebihi had itu dikecualikan.

Kakitangan asing di Hainan kini dibenarkan untuk menduduki 38 peperiksaan kelayakan profesional termasuk mereka yang ingin menjadi arkitek berdaftar dan ahli farmasi berlesen. Dalam pada itu, sejumlah 219 kelayakan profesional yang berbeza dari luar negara kini diiktiraf di seluruh wilayah ini.

Dari segi keselamatan perubatan, bakat asing dan pasangan mereka, ahli keluarga terdekat dan kakitangan perkhidmatan—tanpa mengira kewarganegaraan atau pendaftaran isi rumah—boleh menikmati insurans perubatan asas yang sama yang disediakan kepada penduduk bandar dan luar bandar Hainan.

Aktiviti pengambilan bakat ini akan diteruskan hingga Jun tahun hadapan dan pencari kerja boleh melog masuk ke laman sesawang rasmi (www.ihnhr.com) untuk mencari jawatan pekerjaan dan menghantar resume.

Source: Hainan International Media Center (HIMC)
Keywords: Maritime/Shipbuilding Transportation Workforce Management/Human Resources