omniture

HONOR Umum Pelancaran Global HONOR 50, Bawakan Pengalaman Vlog yang Hebat

HONOR 50 serba baharu melakukan lonjakan penting ke hadapan untuk 'vlogger', menggabungkan nilai estetika unggul dengan teknologi kamera yang inovatif
HONOR
2021-10-28 08:29 111

SHENZHEN, China, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Jenama teknologi global HONOR hari ini mengumumkan ketersediaan global HONOR 50 di majlis pelancaran dalam beberapa pasaran di serata dunia. HONOR 50 dilengkapi dengan GMS dan merupakan telefon pintar pertama yang menampilkan Snapdragon™ 778G Mobile Platform Qualcomm. Di samping itu, reka bentuknya yang mengagumkan dan keupayaan vlog yang inovatif meninggikan penanda aras untuk telefon pintar dalam kategori ini. Ketersediaan global HONOR 50 mengukuhkan lagi rancangan pengembangan luar negara HONOR yang bercita-cita tinggi susulan kejayaan pelancarannya di China awal tahun ini.

Pelancaran global HONOR 50 dengan pengalaman vlog yang hebat
Pelancaran global HONOR 50 dengan pengalaman vlog yang hebat

"Bahagian pasaran HONOR mencecah 16.2%[1] di China pada bulan Ogos mendorong keyakinan kami terhadap kejayaan globalnya," kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co, Ltd. "Meneruskan legasi siri HONOR yang menyepadukan nilai estetika dan teknologi, telefon pintar HONOR 50 baharu ini mempunyai pelbagai inovasi yang mengagumkan pada kamera, reka bentuk dan prestasinya, dengan bekerjasama bersama rakan kongsi utama industri global kami."

Buat julung kalinya, lagu jenama baharu HONOR Go Beyond dipersembahkan di majlis pelancaran tempatan. Go Beyond, mula ditampilkan buat julung kalinya pada bulan Ogos, dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Sonna Rele dan juga disediakan sebagai nada dering dalam HONOR 50.

Sistem Kamera Tiada Tandingan untuk Pengalaman Vlog Terunggul   

Dengan pertumbuhan pesat video pendek, orang muda semakin beralih kepada vlog untuk merakamkan dan berkongsi detik harian mereka bersama dunia di sekeliling mereka. HONOR 50 membawakan pengalaman rakaman vlog sekali-ambil ke tahap seterusnya.

Dilengkapi dengan kamera depan 32MP dengan sudut pandangan 90o[2], pengguna boleh mengambil swafoto dan video yang sempurna, dengan lebih ramai orang dan pemandangan dirakamkan dalam bingkai. Mempunyai persediaan kamera belakang quad gred-profesional, HONOR 50 didatangkan dengan kamera utama 108MP[3], kamera sudut luas 8MP dan kamera makro 2MP serta kamera kedalaman 2MP bagi membolehkan pengguna menangkap gambar dan merakam video dengan kejelasan ultra dan dalam perincian yang indah, walaupun pada waktu malam.

Memberi lebih kefleksibelan kepada pengguna untuk merakamkan konten dari sudut dan perspektif yang berbeza, pengguna boleh menukar antara kamera dengan enam mod rakaman berbilang video yang menggunakan kamera depan dan belakang secara serentak, menyampaikan pengalaman rakaman yang berkualiti tertinggi yang biasanya dikhaskan untuk golongan profesional. Menawarkan lebih banyak pilihan apabila melibatkan rakaman konten, pengguna juga boleh mengaplikasikan mod kecantikan, menangkap gambar daripada video dan menggunakan templat cerita video pra-tetap dalam kesemua rakaman mereka. Di samping itu, set kepala tanpa wayar[4] disambungkan melalui Bluetooth boleh digunakan sebagai mikrofon tanpa wayar semasa rakaman video. Pencipta boleh mencapai penerimaan bunyi yang lebih baik semasa merakam video, lalu memberikan pengalaman vlog yang lancar.

Ketukangan Unggul dan Reka Bentuk Kamera Dwi-Cincin 

Menggabungkan estetika premium dan unik yang mencerminkan trend reka bentuk terkini, HONOR 50 menampilkan bezel yang sangat nipis pada bahagian depan dan bahagian tepi kaca bergilap 2.5D pada bahagian atas dan bawah paparan, lalu memberikan permukaan yang licin untuk membawakan pengalaman yang lebih hebat dari segi visual dan di tangan.

Apabila HONOR 50 dicondongkan menentang cahaya pada sudut yang berbeza, ia bergemerlapan dan berkilauan, menjadikannya ekspresi fesyen yang sempurna untuk dipadankan dengan sebarang pakaian.

Memberi penghormatan kepada kamera refleks kanta berkembar klasik, HONOR 50 mengguna pakai reka bentuk kamera dwi-cincin yang diperbuat daripada dua bulatan sepusat di bahagian belakang, yang menyerupai sepasang mata untuk membantu pengguna melihat dunia lebih jauh lagi di sekeliling mereka. Mengambil inspirasi daripada reka bentuk cincin klasik daripada jenama-jenama barang kemas mewah, bulatan atas yang menampilkan kamera utama digilap dengan cincin logam klasik dan abadi yang sama di bahagian tepi.

Paparan Mengagumkan untuk Pengalaman Tontonan yang Imersif dan Selesa 

HONOR 50 didatangkan dengan skrin OLED 6.57-inci[5] melengkung 75o[6] yang menyokong resolusi Definisi Tinggi Penuh 2340x1080. Paparan ini dapat menghasilkan 1.07 bilion warna yang sangat banyak dan meliputi 100% gamut warna DCI-P3, yang dapat memberikan visual yang mengagumkan, butiran yang tajam dan halus serta pengalaman warna yang imersif.

HONOR 50 dilengkapi dengan kadar segar semula skrin sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuh 300Hz[7], menjanjikan kepantasan respons skrin yang tinggi untuk membawakan pengalaman tontotan video yang hebat dan permainan dengan kurang jeda input. Dengan kadar segar semula dinamik yang pintar, pengguna boleh menyelaraskan kadar segar semula berdasarkan kepada tindakan di skrin bagi membantu menjimatkan penggunaan kuasa.

Peningkatan Kuasa dengan Keupayaan Pengecasan Pantas dan Pemproses Pantas 

Menampilkan reka bentuk bateri dwi-litar sel tunggal, HONOR 50 dapat memberikan sokongan yang mudah bagi penggunaan tanpa gangguan sepanjang hari dengan bateri 4,300mAh[8]. Peranti ini mempunyai teknologi HONOR SuperCharge 66W[9] yang membolehkan bateri dicas sehingga 70% hanya dalam masa 20 minit[10] menggunakan pengecas yang disertakan.

Meningkatkan prestasi ke tahap maksimum, HONOR 50 dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 778G 5G, meningkatkan prestasi CPU dan GPU sebanyak 45% dan kuasa pemprosesan AI sebanyak 123%[11] berbanding dengan generasi terdahulu. Dikuasakan oleh GPU Turbo X, teknologi pemecutan grafik yang unik, HONOR 50 memberi prestasi yang berkuasa walaupun dalam permainan yang sengit.

Magic UI 4.2 untuk Pengalaman Pengguna Menyeluruh yang Luar Biasa

Menyampaikan pengalaman yang lancar dan mudah, HONOR 50 dilengkapi dengan Magic UI 4.2 yang dinaik taraf, menawarkan rangkaian ciri yang kreatif yang membolehkan pengguna untuk sentiasa kekal terhubung.

Mencipta pengalaman UX yang bersifat peribadi, menyeronokkan dan interaktif untuk pengguna, HONOR 50 juga merangkumi pelbagai seni moden yang boleh disesuaikan yang membolehkan pengguna memperibadikan Paparan-Sentiasa-Hidup (Always-on-Display, AOD) mereka.

Warna, Harga dan Ketersediaan

Direka bentuk untuk memenuhi citarasa yang berubah-ubah oleh khalayak peka fesyen yang bijak pada hari ini, HONOR 50 melangkaui warna konvensional dan disediakan dalam pelbagai pilihan yang menakjubkan dan mengikut fesyen termasuk Frost Crystal yang diinspirasikan oleh kristal salji dan mencipta kemasan seperti berlian yang mengkhayalkan. HONOR 50 turut didatangkan dengan HONOR Code, kombinasi warna inovatif yang menggabungkan logo "HONOR" pada seluruh bahagian penutup belakang serta kombinasi warna Emerald Green yang elegan selain Midnight Black[12] yang abadi.

HONOR 50 (6+128GB) boleh didapati pada harga 529 euro manakala versi 8+256GB berharga 599 euro.

Semasa pelancaran, HONOR 50 Lite turut diumumkan. HONOR 50 Lite akan memberi kegembiraan kepada pengguna hasil daripada ciri-ciri fungsiannya yang dapat meningkatkan pengalaman pengguna dengan ketara. Ia didatangkan dengan 66W HONOR SuperCharge untuk penambahan bateri yang pantas, FullView Display 6.67-inci dan Kamera Quad 64MP. HONOR 50 Lite didatangkan dengan warna Deep Sea Blue, Space Silver dan Midnight Black[12]. Ia akan berharga 299 euro untuk versi 6+128GB.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kedai dalam talian HONOR di www.hihonor.com

Latar Belakang HONOR

Ditubuhkan pada tahun 2013, HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Kami komited untuk menjadi jenama teknologi global yang ikonik dan mendayakan kehidupan pintar dalam kesemua senario dan semua saluran buat semua orang. Dengan tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan, HONOR mengkhusus untuk membangunkan teknologi yang dapat memperkasa orang ramai di serata dunia untuk melangkah jauh melalui keupayaan penyelidikan dan pembangunannya (R&D) serta teknologi yang berpandangan jauh selain mewujudkan dunia pintar yang baharu untuk semua orang dengan portfolio produknya yang inovatif.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau emel newsroom@hihonor.com

http://community.hihonor.com/ 
https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
http://www.youtube.com/c/HonorOfficial

Snapdragon ialah cap dagangan atau cap dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated.

Snapdragon ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiari-subsidiarinya.

 

[1] Data adalah daripada HONOR Consumer Insight Centre. Data ini merupakan perkongsian pasaran mingguan.

[2] 90° ialah spesifikasi fizikal pada kamera, sudut imejan sebenar mungkin berbeza.

[3] Kamera belakang utama ialah kamera 108MP. Fotografi resolusi tinggi boleh dialami dalam mod "RESOLUSI-TINGGI"

[4] Rakaman tanpa wayar hanya menyokong beberapa jenis fon telinga TWS. Sesetengah jenis fon telinga TWS mungkin tidak disokong. Untuk maklumat lanjut, hubungi bahagian perkhidmatan selepas-jualan HONOR.

[5] Skrin HONOR 50 mengguna pakai reka bentuk bersudut bulat. Apabila mengukur mengikut segi empat tepat standard, panjang pepenjuru skrin ialah 6.57 inci (bahagian visual yang sebenar adalah lebih kecil sedikit).

[6] Data adalah daripada HONOR Lab.

[7] Bagi antara muka aplikasi dan skrin permainan yang berbeza, kadar segar semula skrin dan kadar pensampelan sentuh adalah agak berbeza.

[8] Kapasiti bateri HONOR 50 ialah nilai biasa dan kapasiti terkadar untuk bateri ini ialah 4200 mAh.   

[9] HONOR 50 menyokong pengecasan berwayar 66W maksimum, pengecas dan kabel 66W HONOR diperlukan. Kelajuan pengecasan sebenar mungkin berbeza bergantung pada keadaan persekitaran serta faktor-faktor lain.

[10] Data pengecasan diperoleh daripada keputusan ujian HONOR Lab. Pada suhu of 25℃ dan kelembapan relatif 45% hingga 80%, pengecas dan kabel pengecas asli 66W HONOR digunakan untuk mengecas bateri daripada 3% apabila skrin telefon dimatikan. Data pengecasan sebenar mungkin berbeza mengikut produk, tabiat penggunaan dan faktor-faktor persekitaran.

[11] Data ujian diperoleh daripada Qualcomm dan objek ujian yang dibandingkan ialah Qualcomm Snapdragon 765G.

[12] Warna-warna tidak dijual di semua wilayah, sila rujuk kepada produk sebenar yang dijual di kawasan setempat.


 

 

Source: HONOR
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services