omniture

Ketua Pegawai Operasi ZTE Xie Junshi: Kukuhkan daya bingkas ZTE untuk capai pertumbuhan pesat

ZTE Corporation
2021-10-28 10:49 232

SHENZHEN, China, 28 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi syarikat Xie Junshi telah menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk "Memenangi masa depan dengan kecerdasan digital" di Persidangan Penganalisis Globalnya yang diadakan secara dalam talian pada 25 Oktober 2021. Ucapan oleh En. Xie membentangkan mengenai landskap syarikat dalam era ekonomi digital, meliputi kedudukan korporat, matlamat pembangunan dan inisiatif strategik.


"Dalam menghadapi tempoh strategi yang seterusnya, ZTE akan mencapai pembangunan yang pesat dengan prinsip 'tiga strategi, dua lengkung'. 'Tiga strategi' ini terletak pada inovasi, globalisasi dan penyelesaian produk hujung-ke-hujung. 'Dua lengkung' ini bererti bahawa dari satu segi, ZTE tetap berpegang untuk mengukuhkan kedudukannya, memastikan pertumbuhan perniagaan operator yang mantap dalam lengkung pertama manakala di sisi yang satu lagi, ZTE akan mencipta lingkungan baharunya untuk mencapai pertumbuhan pesat perniagaan kerajaan dan perusahaan, perniagaan terminal dan perniagaan baharu dalam lengkung kedua.

Sementara itu, ZTE akan komited untuk menjadi sebuah organisasi operasi yang amat bingkas untuk beradaptasi terhadap cabaran ketidaktentuan dalam kebiasaan baharu dan mematuhi strategi mesra alam dan rendah karbon bagi mencapai pembangunan mampan syarikat dalam tempoh jangka panjang.

Menurut En. Xie, ZTE menyasarkan untuk dimasukkan ke dalam senarai Fortune Global 500 dalam dua hingga tiga tahun akan datang dengan mengekalkan kadar pertumbuhan tahunan yang mantap.

Ucapan asal adalah seperti yang berikut:

Rakan-rakan yang dihormati, selamat pagi, selamat petang dan selamat malam. Saya berbesar hati untuk berkongsi bersama anda peranan, objektif dan strategi ZTE dalam era ekonomi digital. Lima tahun telah berlalu sejak Persidangan Penganalisis Global terakhir kami. Sepanjang tempoh ini, kami telah menyaksikan perubahan yang besar dalam persekitaran global dan dalam ZTE. Hari ini, ZTE telah mentakrifkan visi dan misi baharunya dan mara ke hadapan menuju matlamat untuk mencipta nilai yang lebih besar walaupun dengan pelbagai cabaran. Melalui Persidangan Penganalisis Global, kami berharap agar anda dapat mengenali lebih lanjut mengenai ZTE dan sudi-sudikanlah untuk menyuarakan pendapat anda.

Komited untuk menjadi "pemacu ekonomi digital" dalam era baharu 

Seperti yang anda ketahui, ZTE ditubuhkan pada tahun 1985, dengan aspirasi untuk menyediakan panggilan telefon dengan harga yang berpatutan kepada semua orang, seterusnya merealisasikan komunikasi yang mudah. Dari mula lagi, ZTE komited terhadap telekomunikasi dan inovasi bebas. 

Selama 36 tahun, kami berpegang teguh kepada aspirasi asal kami dan berusaha untuk menghubungkan "individu, keluarga, perusahaan dan masyarakat" dengan usaha dan inovasi tanpa henti. Kami berazam untuk memenuhi visi dan misi kami, iaitu "untuk mengupayakan penyambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja" dan "untuk menghubungkan dunia dengan inovasi yang berterusan demi masa depan yang lebih baik."

Kini, ZTE telah berkembang daripada bidang CT kepada ICT. Kami telah membangunkan teknologi digital teras, seperti cipset, pangkalan data dan sistem operasi; kami menyediakan penyelesaian akhir-rangkaian-awan yang lengkap; dan kami menggunakan alatan pintar dan cekap untuk penggunaan, O&M dan pengurusan rangkaian. Di samping itu, kami komited terhadap pembangunan mampan dengan teknologi mesra alam. Menerusi penyelesaian digital kami, kami bermatlamat untuk menjadi "pemacu ekonomi digital", bagi menyediakan infrastruktur digital yang cekap dan andal.  

Mengukuhkan kedudukannya dengan inisiatif inovatif, ke arah Fortune Global 500

Bagi memenuhi peranan ini, kami telah merangka strategi pembangunan khusus yang mana tahun 2021 merupakan tahun yang sangat penting. Dalam tempoh strategi dari tahun 2020 hingga 2021, matlamat kami adalah untuk mengekalkan pertumbuhan yang mantap terhadap perniagaan ini dalam lengkung pertama dengan penglibatan selanjutnya dalam pembinaan 5G China dan meningkatkan kedudukan pasaran produk-produk utama kami di luar negara. Sementara itu, kami berharap dapat menggalakkan pembangunan perniagaan dalam lengkung kedua dengan mengukuhkan pelaburan dalam perniagaan perusahaan, melaraskan struktur perniagaan pengguna dan mengembangkan perniagaan baharu. Dalam tempoh strategi yang seterusnya, kami berazam untuk mengekalkan pertumbuhan yang berkualiti tinggi dengan asas yang kukuh dalam lengkung pertama dan lebih penting lagi, mencipta lingkungan baharu dalam lengkung kedua bagi mencapai pertumbuhan yang pesat.

Objektif kami untuk tempoh yang seterusnya adalah mengukuhkan kebingkasan ZTE untuk mengatasi risiko dengan tangkas dan merebut peluang dalam perniagaan baharu serta mengekalkan pertumbuhan tahunan untuk disenaraikan sebagai antara 500 syarikat terbaik di dunia. 

Sekarang, mari kita lihat kepada prestasi kami dalam tempoh strategi semasa. Berlatarbelakangkan pandemik dan persekitaran global yang sentiasa berubah-ubah, pada dasarnya kami telah mencapai matlamat kami terhadap pertumbuhan berkualiti tinggi dengan menggalakkan inovasi teknologi dan mengukuhkan operasi yang sihat dan cekap. Pada tahun 2020, operasi, perusahaan dan perniagaan pengguna kami menyaksikan pertumbuhan yang ketara, dengan pendapatan yang meningkat sebanyak 11.8% dan aliran tunai operasi semakin meningkat sebanyak 37.4%.

Pada tahun 2021, kami telah mengekalkan pertumbuhan yang berkualiti tinggi dan meningkatkan keuntungan. Seperti yang ditunjukkan dalam laporan kewangan pada separuh tahun pertama, pendapatan kami telah meningkat RMB 53 bilion dengan pertumbuhan sebanyak 12.4% berbanding tahun sebelumnya dan pendapatan telah meningkat sebanyak lebih 10% dalam pasaran Cina mahupun luar negara. Melalui penstrukturan semula kos yang berterusan, margin keuntungan kasar kami meningkat kepada 36.1%, satu peningkatan sebanyak 2.7%. Aliran tunai operasi bersih dalam separuh tahun pertama turut mencecah paras tertinggi. Dalam perniagaan operator, kami telah dapat mengekalkan pertumbuhan mantap dengan bahagian pasaran yang lebih besar untuk tanpa wayar 5G, rangkaian teras dan produk rangkaian pembawa di China. Pendapatan perniagaan perusahaan kami meningkat sebanyak 17.7% pada separuh pertama dengan perniagaan perusahaan Cina semakin meningkat sebanyak lebih 50% manakala produk pelayan dan storan meningkat dua kali ganda. Pendapatan daripada perniagaan pengguna mencecah RMB 12.3 bilion, dengan peningkatan sebanyak 66.6%. Khususnya, pendapatan daripada terminal rumah dan telefon pintar menyaksikan peningkatan masing-masing sebanyak lebih 90% dan 40%.

Berpegang kepada prinsip "tiga hala tuju, dua lengkung" bagi mencapai pembangunan mampan 

Kami menerima tempoh strategi yang seterusnya pada tahun 2022, yang penting untuk pembangunan masa depan ZTE. 

Dalam tempoh berkenaan, kami akan memfokuskan kepada inovasi, globalisasi dan penyelesaian hujung-ke-hujung untuk mengejar kemajuan dan dalam masa yang sama memastikan kestabilan dalam lengkung pertama dan mencapai peningkatan pesat dalam lengkung kedua agar dapat mencapai pembangunan yang berterusan.

Pertama, inovasi, ZTE telah menjadi sebuah syarikat yang mengkhusus terhadap inovasi bebas sejak penubuhannya. Kecekapan teras kami terletak pada teknologi inovatif yang dapat mencipta nilai buat pelanggan. Sebagai contoh, kami melancarkan ZXJ10 pada tahun 1990an yang merupakan sistem pensuisan SPC digital berkapasiti besar yang pertama di China; kami membawakan stesen utama SDR pada tahun 2009; dan dengan penyelesaian MIMO Besar Pra5G, kami memenangi anugerah Pencapaian Teknologi Mudah Alih Terbaik di MWC 2016 dan anugerah Choice 2016 CTO. Menumpukan kepada "penyambungan" dan "kuasa pengkomputeran", kami akan mengukuhkan pembangunan teknologi teras yang berkenaan seperti cipset, algoritma dan seni bina serta melanjutkan penerokaan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk dan teknologi yang penting.

Berhubung penyambungan, kami menyasarkan untuk mempercepatkan R&D teknologi 5G-termaju untuk mencipta nilai terbesar. Selain itu, kami telah memulakan kajian ke atas 6G dan akan berusaha untuk mempercepatkan aplikasi teknologi penting seperti permukaan pintar boleh dikonfigurasi semula (RIS). Di samping itu, kami melakukan lebih banyak usaha untuk meningkatkan prestasi rangkaian optik. Sebagai contoh, kami telah meningkatkan dengan ketara kapasiti transmisi rangkaian semua-optik. Bagi kuasa pengkomputeran pula, kami akan meningkatkan R&D infrastruktur awan generasi seterusnya dan mengintegrasikan selanjutnya AI dan data raya ke dalam PaaS dan SaaS. Tambahan pula, kami meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap reka bentuk mesra alam untuk pembangunan yang mampan. Secara spesifik, kami mengguna pakai bahan, komponen dan reka bentuk baharu untuk mengurangkan penggunaan kuasa peralatan dan menggunakan teknologi seperti AI untuk meningkatkan kecekapan kuasa semasa operasi rangkaian melalui kawalan pintar.

ZTE akan meningkatkan pelaburan dan memberi sokongan padu untuk inovasi. Kami menubuhkan "Makmal Masa Depan" bagi penerokaan dan R&D teknologi prospektif. Kami turut bekerjasama dengan universiti-universiti dan institut-institut penyelidikan terkemuka, dan oleh yang demikian mewujudkan mekanisme kerjasama jangka panjang untuk inovasi. Ketika ini, kami melancarkan lebih 800 projek bersama-sama rakan kongsi kami dalam bidang CT dan pembuatan termaju. Melalui semua usaha ini, kami berharap dapat menggalakkan inovasi teknologi dan mencipta lebih nilai bersama rakan kongsi daripada industri-industri yang berbeza.

Kedua, globalisasi selanjutnya. Syarikat ini komited terhadap globalisasi berdasarkan kepada komitmen kami terhadap pematuhan, keselamatan siber dan pengurusan kelangsungan perniagaan. Dalam perniagaan operator, iaitu lengkung pertama, kami menyasarkan untuk mengekalkan pertumbuhan mantap dalam pasaran global. 

Dalam pasaran Cina, kami menumpukan perhatian untuk berkembang daripada pembekal utama kepada pembekal terunggul yang memerlukan bahagian pasaran yang lebih besar untuk produk utama kami. Lebih penting lagi, kami harus merangsang permintaan pelanggan dan bukannya memenuhi keperluan semata-mata, melonjak daripada pengikut menjadi pemimpin dalam pasaran. Bagi mencapai matlamat ini, kami akan melakukan penambahbaikan selanjutnya dalam inovasi produk, R&D tangkas dan penyampaian yang cekap.

Dalam pasaran luar negara, kami akan memfokuskan kepada pasaran berkeutamaan tinggi dan produk yang strategik. Secara spesifik, kami merancang untuk meningkatkan pelaburan dalam pasaran baru muncul Asia, pasaran operator terkemuka dan pasaran Eropah yang strategik serta mengoptimumkan kehadiran produk kami melalui pembinaan rangkaian 5G serta rangkaian optik tetap, pembinaan semula rangkaian 4G sedia ada, menaik taraf rangkaian pengangkut dan lelaran telefon pintar dan terminal rumah. Kami akan merebut peluang dalam persekitaran global yang berubah-ubah untuk menjamin operasi yang sihat dan pertumbuhan yang mantap. 

Ketiga, penyelesaian hujung-ke-hujung. Sebagai sebahagian daripada penyelesaian hujung-ke-hujung, peranti terminal penting untuk pertumbuhan masa depan ZTE. Selepas penstrukturan semula organisasi dan penyepaduan jenama, kini kami bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi saluran dan menawarkan portfolio produk peranti terminal yang komprehensif termasuk telefon pintar, terminal industri, terminal maklumat rumah dan terminal inovasi bersepadu.

Dengan daya saing yang semakin meningkat, ZTE akan mempromosikan produk terminalnya dalam pasaran China mahupun luar negara. Melalui inovasi yang berterusan dan pelaburan selanjutnya, ZTE yakin dapat menjadi peneraju dalam perniagaan terminal, mencapai kejayaan baharu di China dan mengekalkan pertumbuhan yang mantap di luar negara. Pada tahun 2021, kami merancang untuk menyampaikan lebih daripada 100 juta peranti pengguna yang mana 50% akan membawa cipset kami yang dibangunkan sendiri.   

Meningkatkan keupayaan inisiatif bagi mencapai pertumbuhan perniagaan yang pesat dalam lengkung kedua 

Selepas mengukuhkan perniagaan dalam lengkung pertama, tugas utama kami dalam tempoh strategi yang seterusnya adalah untuk mencapai pertumbuhan perniagaan yang pesat dalam lengkung kedua.

Kami akan melabur lebih banyak dalam perniagaan perusahaan dari segi pemasaran, saluran dan penyelesaian. Selain itu, syarikat ini akan menyepadukan sumber dalaman, iaitu dengan membangunkan sepenuhnya kelebihan keseluruhan kami dalam penjenamaan, rantaian bekalan dan ekosistem rangkaian-awan, dan oleh yang demikian memudahkan pertumbuhan perniagaan perusahaan. Berhubung keupayaan untuk membina saluran, kami akan meningkatkan perkhidmatan kami secara komprehensif dengan terus meningkatkan sumber IT, proses, insentif dan latihan.

Di samping itu, kami akan meningkatkan daya saing produk utama termasuk komunikasi data, pelayan dan storan, pangkalan data teragih serta produk pusat data dan meningkatkan lagi pemasaran penyelesaian dalam sektor-sektor penting seperti e-kerajaan, tenaga, kewangan, Internet dan pengangkutan. Dengan menyediakan penyelesaian berasaskan senario yang bersepadu, kami menyasarkan untuk meningkatkan kecekapan keseluruhan kami dalam pasaran perusahaan. 

Bagi mencapai pertumbuhan pesat dalam lengkung kedua, kami juga perlu membangunkan perniagaan baharu seperti elektronik automotif dan transformasi digital. 

Pada bulan Mac 2021, ZTE mewujudkan barisan produk elektronik automotif, bertujuan untuk menyediakan teknologi dasar dan komponen teras dalam kenderaan digital serta produk dan penyelesaian terhubung pintar. Dengan bekerjasama bersama rakan kongsi, ZTE komited untuk memberi pengalaman automotif yang tersuai serta terbaik dan akhirnya mencipta rangkaian kenderaan pintar, laluan optimum dan awan berkuasa. Rangkaian produk kami bermula daripada cipset, platform perkakasan dan perisian hinggalah algoritma pemanduan pintar serta infrastruktur kenderaan pintar. Apa yang patut disebutkan, kami menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan China First Auto Works dan Shanghai Automotive Industry Corporation pada musim panas ini.

Tambahan pula, kami berusaha untuk merebut peluang perniagaan yang dibawakan oleh pendigitalan korporat. Berhubung hal ini, ZTE telah mengaplikasikan teknologi awan untuk pendigitalan kerja pejabatnya, R&D dan operasi, oleh yang demikian dapat membina sebuah syarikat yang beralih kepada awan (cloudified). Melalui amalan, kini kami telah merangka metodologi kami dan membangunkan siri penuh produk dan penyelesaian modular. Ini bererti, ZTE telah menjadi penyedia perkhidmatan transformasi digital untuk perusahaan. Penyelesaian transformasi digital ZTE meliputi asas rangkaian-awan, platform data, portal diseragamkan, pejabat digital, pengeluaran digital dan keselamatan siber yang tinggi. Menerusi pustaka komponen yang modular ini, ZTE menyediakan perkhidmatan sasaran untuk pelbagai faedah dalam operasi korporat, mempercepatkan transfromasi digital di perusahaan.

Dengan merebut peluang dalam pasaran baharu tersebut, ZTE pasti dapat mencapai pembangunan perniagaannya yang pesat dalam lengkung kedua.

Membina daya bingkas ZTE untuk bergelut dengan ketidaktentuan kebiasaan baharu    

Saya telah memperkenalkan strategi ZTE untuk menggalakkan pertumbuhan perniagaan dalam lengkung pertama serta kedua dan bagi mencapai matlamat ini, kami perlu membangunkan keupayaan untuk menjamin pembangunan yang mantap.

Sejak penularan COVID-19, perubahan global telah menyedarkan kami mengenai pelbagai ketidaktentuan selain daripada cabaran sedia ada. Kami menyedari bahawa kunci untuk mengatasi ketidaktentuan ialah kebingkasan yang membolehkan kami beradaptasi dengan cepat terhadap perubahan yang tidak dijangkakan. Menuju tempoh strategi yang seterusnya, kami komited untuk membangunkan ZTE menjadi sebuah organisasi yang bingkas, meningkatkan lagi keupayaannya terhadap jangkaan, perlindungan serta penyesuaian dan pembentukan. Justeru itu, kami akan berupaya memastikan penemuan awal, kevitalan yang kukuh dan pemulihan pantas apabila menghadapi risiko-risiko operasi.

Ketangkasan menjamin kejayaan. Selain daripada kebingkasan, kami juga perlu bertindak balas dengan lebih tangkas terhadap risiko. Kunci kejayaan adalah untuk menggalakkan transformasi digital dengan tegas, memperluas dan melancarkan rantaian nilai di dalam dan luar syarikat dan mengoptimumkan seluruh proses melalui penggunaan data raya, seraya dapat menjamin operasi syarikat yang tangkas.  

Bagi pembinaan sebuah organisasi yang bingkas, transformasi digital merupakan prasyaratnya dan juga dapat meningkatkan kualiti operasi dan kecekapan syarikat. 

Dari segi kerja pejabat dalaman, kami memiliki Pocket ZTE, aplikasi telefon pintar yang mengupayakan pejabat bergerak dan menjamin kelangsungan perniagaan. Pada awal tahun 2020, awan pejabat kami yang dibangunkan sendiri dan awan R&D membolehkan lebih 30,000 pekerja bekerja dari rumah, mencapai 95% kecekapan kerja pada hari pertama bekerja. Hari ini, kami akan bersiap sedia untuk telekerja yang lengkap dalam beberapa jam menerusi platform digital kami dan dalam masa yang sama mengekalkan kecekapan yang sama seperti bekerja di pejabat.

Berhubung rantaian bekalan, kami telah membangunkan rangkaian, model dan platform baharu melalui perekayasaan proses perniagaan dan penstrukturan semula sistem IT. Rantaian bekalan berpusatkan Shenzhen terdahulu telah diubah menjadi rangkaian rantaian bekalan dengan pelbagai pusat yang terletak di Shenzhen, Heyuan, Nanjing, Xi'an dan Changsha, melibatkan pelbagai pelabuhan, pusat penghantaran, tapak pembuatan dan kilang. Di samping itu, kami telah membawa perniagaan kami ke dalam talian dan mencapai pengurusan pintar untuk perniagaan penting melalui data raya dan AI yang memaparkan perubahan dan risiko bekalan-permintaan pada waktu sebenar. Kami telah menubuhkan sebuah pusat operasi pintar, meningkatkan kebingkasan rangkaian rantaian bekalan kami dengan ketara dan menjamin kelangsungan perniagaan.

Kebingkasan kami dalam pemasaran dan penyampaian kejuruteraan ditingkatkan dengan penggunaan teknologi digital. Dalam menghadapi cabaran yang dibawa oleh pandemik ini, kami dengan pantas menubuhkan saluran dalam talian untuk bagi tujuan lawatan, demonstrasi, pameran dan pengujian bagi memastikan komunikasi yang lancar bersama pelanggan. Lebih-lebih lagi, kami telah membina sebuah pusat penghantaran awan global. Dengan memanfaatkan alat automasi hujung-ke-hujung dan sistem digital, kami menyediakan operator dengan penggunaan rangkaian tanpa sentuh dan segera serta O&M. Menerusi penyelesaian awan kami, pengguna global dapat menikmati perkhidmatan yang mudah di lebih 200 rangkaian.

Dalam tempoh yang seterusnya, kami akan memperkukuh transformasi digital bagi meningkatkan kecekapan kami dalam operasi, R&D, pengeluaran dan perniagaan luar, seraya membangun menjadi sebuah syarikat yang beralih kepada awan (cloudified) dengan rantaian bekalan yang berdaya tahan, keserasian R&D yang tinggi, operasi dengan respons pantas serta penyampaian yang fleksibel.

Berhubung pembangunan yang mampan, ZTE sentiasa mematuhi strategi pembangunan mesra alam. Kami bermatlamat untuk menyediakan operator dengan asas ICT mesra alam dan memperkasa industri-industri vertikal menerusi inovasi digital bagi meningkatkan kecekapan tenaga. Bagi ZTE, kami komited terhadap operasi rendah karbon melalui pengeluaran mesra alam dan ekonomi kitaran, seterusnya menyumbang kepada pengurangan emisi karbon.

Di titik pembangunan ZTE yang penting ini, kami berharap dapat membina masa depan yang saling menguntungkan bersama pelanggan dan rakan kongsi berdasarkan kepada keterbukaan dan kerjasama. Di tengah-tengah ketidaktentuan dalam konteks global ini, ZTE akan mematuhi strategi pembangunannya, berusaha untuk bertindak balas kepada risiko dengan kebingkasan dan mencipta nilai yang lebih besar melalui inovasi. Menjalin kerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi kami di serata dunia, kami yakin dapat mengupayakan penyambungan dan kepercayaan di mana-mana sahaja.

Terima kasih. 

Hubungan Media:
Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment